ARIGATO GOZAIMASU.

Saturday, July 14, 2012

KARA.


Assalamualaikum kawan-kawan

Dulu kami 3 beradik je. Umur takdelah jarak mana pon, lebih kurang selang setahun. Aku 23 tahun, Affan 22 tahun dan Bella Lim 20 tahun. So.. waktu kecik dulu kitorang macam kumpulan boria anak tanjung, tak tahan gelak. mak aku kira nak senang, beli baju patern yang sama tapi lain-lain warna je. mak aku mak aku..


kalau tersesat kat pasar malam pon, boleh cam kot .. 3 budak boria.. 
baju yang lari tema sah-sah anak orang lain, HAHA


kadang-kadang aku and bella suka berangan "kan best kalau kita adik kecik". dalam bayangan mesti nak adik yang best, cute macam mia sara, dengar kata, and boleh jadi khadam kakak-abang dia untuk ambikkan air ke hape ke. Tuhan makbulkan permintaan kami adik beradik, masa aku form 4 aku dapat adik kecik. yeay! yeayyyy sangat sebab sekarang aku yang jadi khadam dia. kaki-buli-sangat. 


"pergi buatkan adik susu, adik kira sampai 3, kalau tak adik tumbok kakak!". hari-hari aku berdepan dengan anak chucky ni. tapi dia boleh terkincit kalau bella lim yang hamun dia. boleh kena stroke seminggu, hiew. dengan aku kemain dia ayam-ayamkan. sebab aku kennn kakak yang baik, kasi chance.. 



semalam secara rasminya aku dah angkat kaki dari Kolej Jasmine UiTM Kampus Puncak Perdana. Isnin dah start praktikal kat .. [rahsia]. nanti aku update lain. hari ni hari Sabtu so aku kena berhadapan dengan dia sehari suntuk dari Subuh sampai dia kiok. mulut kot macam aku (pendiam ni) takpe jugak, mulut dia macam bertih jagung pot pet pot pet bahasa budak-budak yang aku erm macam malas nak ambik port.


pagi tadi tiba-tiba dia kata : "kakak, KARA tu apa?". 



dengan serta merta aku terbayang kumpulan KARA dari Korea yang jumpin' jumpin' jumpin' now tu! garu kepala macam mana nak terangkan kat budak ni. takkan nak kata penyanyi dari korea yang suka buat plastic surgery tu, ops jahat mulut. then fikir lagi.. taknak bikin malu kalau tak dapat jawab. 




then aku tanya dia "kau tengok kat iklan dalam TV eh?". sebab biasanya budak-budak suka terpengaruh dengan iklan-iklan kat TV. tu yang kadang-kadang aku bankrup dok belikan dia coklat itu ini. then, dia buat muka pelik. "mana ada kat tv lah, ni haaa !". (sambil menunjukkan sesuatu kat dapur). 



rupanya KARA jenama santan, aisehmen mengabiskan beras betollah ! k bye. 




19 comments:

Syafik Coklat said...

jatuh martabat jap..haha

Cik Rongoks said...

hahhaha..saje dia nk uji kakak dia :)

One-Nie said...

ahahha! lawak tol adik kau ni ude. teringat time kita keluar bertiga dengan ain dulu mula2 malu2. lama2 mengganas... aritu anak tarzan, dah tukar anak chucky? kejam kau! :))

faa.rosli said...

lawok r..huhu

mira maisara said...

haha..nasib baik tak cerita abis pasal group KARA tu. kalau tak lagi naye die nak related ngn santan tu..haha

Atiqah Wadiah said...

hehe~lawaklah adik yaya tu..btw,yaya kita geng..sepsep ^^

fya zainal said...

Hahahahaha. Mati2 ingat KARA korea tu haha :p

ascil.punye.lah said...

kahkahkhahhh jenama santan ghupenye.

Marya Hana said...

Syafik Coklat : hampir2, belom jatuh lagi , huhu..

Marya Hana said...

Cik Rongoks : lain kali tunjuk dulu bendanya baru tanya, kan? haish.

Marya Hana said...

One-Nie : dia flexible, segala2nya boleh.. haha..

Marya Hana said...

faa.rosli : MEMANG -,- hihi..

Marya Hana said...

mira maisara : jenuh nak putar belit balik, kang nampak beno bengap kakaknya. haha.

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : kenapakah kita geng? sbb ada adik mcm anak chucky eh..? hehe..

Marya Hana said...

fya zainal : saya juga berfikir begitu. phewww ~ hehe

Marya Hana said...

ascil.punye.lah : tak disangka-sangka kan.. aiyoo..

Aesya Zealous said...

aku pun ingat kara korea tu..hahahh hampeh

Marya Hana said...

Aesya Zealous : hampas kelapo.. kuikui..

Namee Roslan said...

hahah! comel gila adik marya....yang ditanay santan ghupa nya! adik namee skang makin besar..sombong la. dia taknak dah geng dgn kakak2 dia. :( sibuk dengan laptop dia je..