ARIGATO GOZAIMASU.

Wednesday, May 30, 2012

tak selamanya PERTAMA itu indah.




Assalamualaikum kawan-kawan blogger

Kita dari kecil selalu diingatkan untuk selalu jadi yang pertama. loceng sekolah berbunyi menandakan masuk waktu rehat. berlari mencungap-cungap macam tak cukup tanah keluar kelas ikot pintu belakang . apa kes? nak jadi orang pertama yang jejak canteen doh ! (ayat tolong jangan remp-it sangat). eh tapi ni bukan aku tau, sebab aku jalan macam itik pulang petang, sampai canteen makanan dah tinggal serdak-serdak je. hiew. 


# Exam 
Mak ayah selalu sogokkan benda yang best-best supaya kita rajin belajar. diorang tak kata "nak .. belajarlah rajin-rajin, pastikan kau dapat nombor last. second last pon alriteee". idok idok. kalau kita jadi yang pertama dalam kelas, habuannya henponggg (zaman aku Nokia 3310 je), PSP, rollerblade, tapi semua aku tak pernah dapat! hua hua. nombor dua dalam kelas je yang aku mampu, tu pon masa darjah enam and form 3. yang lain-lain korang jangan sebok-sebok nak cungkil rahsia kejayaanku wahaha. 


# Sukan
Pernah dapat Johan Lompat Kijang masa sekolah menengah, tu yang paling indah. padahal semua sukan balapan aku main kecuali lontar peluru (takot aku yang terlontar). lain-lain nombor dua jugak yang termampu. (ceh kau .. ) 


# Poligami
Kalau ditakdirkan aku bermadu, haruslah den isteri pertama. tapi sebelum minta izin nak kahwin lain, please belikan benda-benda yang tak seberapa dari bini pertamamu. Rumah banglo area Damansara, kereta BMW yang paling latest, bla bla bla. 

semua yang pertama pertama pertama , orang sibuk nak rebut. tapi .. orang pertama yang tertera namanya dalam CONTACTS  handphone aku sepatutnya merasakan aura malang tidak berbau di situ. serius tak untung langsung, mendapat malapetaka seperti :

  • adik aku (7 tahun) suka send message berbunyi  "&^otTHlp", seterusnya select nama pertama yang keluar di screen. gotcha !

  • dia suka berangan nyanyi-nyanyi and record sendiri. (takde kena mengena terkenan ke hape dengan perangai aku) seterusnya send ke nama pertama yang keluar di screen. gotcha !

  • tangkap gambar candid kakaknya yang tak sempat lagi nak mandi muka macam orang minyak, mencangkung pakaikan dia baju lepas mandi. seterusnya?  send ke nama pertama yang keluar di screen. gotcha !


semalam ciri-ciri pertama dan kedua dia dah buat kat member aku. baik punya kawan aku hantar message "apa kau merepek ni?". aku terkezut dengan kehadiran message beliau yang seakan-akan tak diundang tu, tiba-tiba mendapat je setepek. APA BENDA YANG AKU MEREPEK? check kat sent messages rupa-rupanya .. haru! dah selamat sampai lagu rojak dengan lirik "i like spongebob, i like patrick, bla bla sengau dan serak". terus aku pandang tepat ke anak mata beliau (budak 7 tahun yang nakal nauzubillah) . KAU SEND APA KAT KAWAN AKAK? dia hanya bisa menunjukkan beberapa batang gigi jarang-jarang yang sekejap je lagi akan hilang semuanya, kena penumbuk !




[ untuk blogger baru, ni zaqwan ]
hai kakak abang .. MISS ME huh? xD




35 comments:

aliza zeke said...

hahahahha..budak2 mmg salu camtu :)

hanabunga said...

Hahaha nakal tapi comel :)

Qaseh Qhaleesh said...

tak memasal dah kene cop pesalah .
hihihihihi :DD
btw , cantik header akak :)) secantik akak ... ngeee ~

Anissazira Mahmod said...

banglo area damansara yang tak menahan tuh. hehe

kura said...

hahaha. nakal gileee. ketam kan ajeeeeeee! hahha

♥CIK SHA♥ said...

hahaha..miss him! kim salam hokey!

iyka zulaika said...

hahaha. kelakar je la adik tu. :D

Faraa Hanieys said...

nyiahahaha lawak lawak :D

Chikova_Airashii said...

yes! lagi satu ai salu salah send msg (diri sndiri yg salah) n salu terhantar macam2 kt abah sebab nama abah org pertama kan..

so skang nama pertama dengan nama A then xde num.. kire no utk org yg xwujud laa so save skit..ehehehee

Rozuan Ismail said...

baik sgt adik kau kan.huhu

Maly F said...

hihihi. adavance cara zaqwan kacau kakak dia!

Hidayah Rusli said...

ensemmmmnyeeeee ! hehe

reyna said...

hahaha,,kesian dia jgn marah dia,,

dye.yana said...

hahaha. budak-budak sekarang memang lah. otak sentiasa jalan untuk bekerja.

Atiqah Wadiah said...

nasib baik nama sy last skali kan dlm fon yaya?eh eh..heee :)

Laila Mahfol said...

Byk nakal itu budak. Haha. Kena letak password dkt fon tu.

Marya Hana said...

aliza zeke : tapi budak ni luar biasa..

Marya Hana said...

hanabunga : comel tu satu, nakal mengatasi..

Marya Hana said...

Qaseh Qhaleesh : kejam kan? >.<

thanks qaseh ...

Marya Hana said...

Anissazira Mahmod : tamak haloba tak hengat .. haha..

Marya Hana said...

kura : dia memang mangsa tetap ..

Marya Hana said...

♥CIK SHA♥ : cik sha memang suke si raksaksa ni.

Marya Hana said...

iyka zulaika : kadang2 i pon tergelak sorang2 dengan gelagat dia.

Marya Hana said...

Faraa Hanieys : nasib baik ada elemen lawaknya tu, kot tak nahas dia kena balon..

Marya Hana said...

Chikova_Airashii : wah, tak sangka bijak jugak eh? patotnya kena buat mcm tu lah agaknya..

Marya Hana said...

Rozuan Ismail : tengok kakak dia..

Marya Hana said...

Maly F : kepala besar, idea pon besar ! :D

Marya Hana said...

Hidayah Rusli : sekali senyum, pengsannnnnn.. :D

Marya Hana said...

reyna : takde kesan pon budak tu kalau kena marah .. agaknya suara kita ni mcm langau je bagi dia..

Marya Hana said...

dye.yana : budak2 sekarang otak jenis apa entah. tak mcm kita dulu2.

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : jap nak check, hadooo ke eh ? >.<

Marya Hana said...

Laila Mahfol : letak password kang mampuih dia mengamok. sbb dia main game kat henpon i..

♥CIK SHA♥ said...

hehehe..tahu takpe..suke baca cerita die membuli hakak maghia die yg cun tu..;p

Nur Aischa said...

wahh hahaha kecik2 dah pandai dia sent mesej kat kawan2 akak dia. sian akak maria comel ni ;D

bella lim said...

haha ni lawak.. ni lawak.. bongoknya zaqwan