ARIGATO GOZAIMASU.

Monday, May 14, 2012

Jangan Terlalu Membenci.




Budak kecik mana yang suka makan ulam-ulaman? NON-HADOO jah.

kita suka makan yang manis-manis belaka and cantik di mata. apa maksud kau "KITA"? (gelak kecil) maaf, sedar diri dah tua bangka (-_-) tengok ulam pon tak berselera, terbayang mana-mana kawasan dia petik entah! nasib baik ada ayah yang paksa mencuba. Bila dah biasa makan ulam .. menggagau selongkar peti ais, rasa tak complete tanpanya. wah ayat aku bukan main sekarang .. don't judge a book by its cover. ulam bukan saja sedap di makan bersama lauk-pauk yang marvellous, tapi sihat untuk tubuh badan kita yang  malas bersenam ni. 



sama juga, dulu aku macam "euww euwww kau suka k-pop?". selalunya k-pop untuk budak-budak skema yang suka mendambakan mata sendiri di depan laptop lepas buat assignment. tengok lidi joget-joget sambil bajet comel, kagum dengan mamat and minah plastic surgery. and and .. huh penat type, sungguh beremosi. but SANGKAAN TU DULU. 



"jangan terlalu membenci, takut-takut suka di kemudian hari"



ya itulah yang terjadi pada diri aku. Tuhan kalau nak tunjuk sekejap je der. punyalah dok "euw euw k-pop" Tuhan terbalikkan hati aku. dah ter'suka melebih-lebih pulak sekarang. baru-baru ni kawan aku singgah kedai buku, "ya, taknak beli e-pop?". "taknaklah, kalau ada CN Blue baru aku beli". (konpiden gila, takkanlah dalam banyak-banyak artis korea, CN Blue nak memunculkan diri di kala-kala ini. 



dalam kereta : 

"Ya, poster CN Blue kat E-Pop kali ni !". 
what? kenapa hang tak habaq? kenapa tak suruh beli tadi. what what? (over tau)


lepas tu ronda kawasan Bukit Jelutong, kau tau tak payah nak carik majalah E-pop kat kawasan sini? kucilwa je. si dia gelak besar sebab dia jeles sangat dengan CN Blue aku tu. "mamat blue" katanya. what the.. (u__u) jeles kata jeles kan kan? 


akhirnya jumpa jugak kat 7Eleven je pon. #kesat peluh .

di facebook pon sedang berleluasa, default picture kemain berbiru-biruan!
CN Blue    


kesimpulannya, bersederhanalah dalam semua perkara. jangan terlampau membenci, kalau Tuhan menguji, apa pon takboleh kata dah. kan? thanks for reading, bye.

p/s : Top 5 Blogger Aku Admire. Thanks (:



10 comments:

Zuziana Abang said...

hihihi mcm kena kat btg hidung aku jugak..dulu xsuka kpop-kpop dh tgk cerita yang best2 skng gila kpop..uish Tuhan maha Adil kan..cash payment dia bagi...hihi mulai saat ini daku akan bersederhana dlm semua pekara hiew hiew (=_=')

Nurmujahidah Ismail said...

amboi amboi amboi,, dari form 3 muja suka drama korea and until now minat suam2 kuku je lagu korea,, hehe

Asyiqin Haulisah said...

awak pun dah mcm korea tahu.

nairaariaa said...

mmg tak boleh terlalu bnci takut terlalu suke lak..hee.tp buat mase skrg takde rase cinta kat k pop lg..hee

Atiqah Wadiah said...

hehe..baiklah akk..lps ni adk akan bersederhana dlm segala hal :)

Rozuan Ismail said...

ko minat kpop ke marya?

kura said...

err. perempuan mmg mcm ni. kasihan sy tgk kawan2 sy yg makin forever alone disebabkan gf-gf mereka dok eee eee syukeww kpop kpop. dok doplohppatjam mengepop. kasihan merekaaaa. hahha

ascil.punye.lah said...

punya lah benci kemain,last last suka.memang selalu pun terjadi camni.

bella lim said...

ahhh menggelabah. aku tetap benci kpop. movie diorang je aku tengok. yang lain, bolayannnnnnnnn

Maya Lisa said...

heheh ! betul !