Tuesday, March 6, 2012

Keputusan JPJ Test Imkeda Cheras.




Jam dinding "home sweet home" menunjukkan tepat pukul 10 malam, lepas aku melantak KFC hingga menjilat jari jemari. huarghh mengantok awal pulak malam ni. esok ada JPJ test kat Imkeda Cheras. kalau hal-hal JPJ Test confirm buat aku tak lena. tapi kali ni lena .. 


pukul 3 pagi terjaga. YA ALLAH, ah sudah .. tak dapat lena pulak! dalam hati asyik fikir dapat tester lelaki ke perempuan kali ni. memandangkan aku retest Bahagian 3 (jalan raya), so trauma tu masih ada. practice selalu pakai kancil lama (bughokkk senang cerita), masa test semua pakai viva. 


semangat kesukanan, semangat anak merdeka berkobar-kobar dalam diri. dah tunggu tepat pukul 7.30 pagi kat Imkeda AU3 Keramat. alik-alik pukul 8 lebih baru gerak ke Imkeda Cheras. agak-agak kalau buat agar-agar ke, cekodok pisang ke, kompem dah berkuron siap.


sampai-sampai aku teros check no giliran, i'm the lucky no 14. mulalah nak terkencing, nak terberak, semua menjadi satu. gubra punya pasal. tak senang duduk. aku perhati muka budak lain satu persatu. 


"awat depa semua muka confidence je ni?". 


makcik yang jaga no giliran kat luar tu suka jerit-jerit. sape penah test kat imkeda cheras tau ah. tapi makcik ni baik ngan aku. (maybe dia asyik nampak muka aku je kat sini, wakaka). nampak je muka aku, muka makcik tu berseri-seri. then dia angkat kening tanda menyapa "hai.. awak lagi ".  HAHA. 


tu dia, dah nampak testers mula berjalan ke arah kereta masing-masing. sumpah semakin cuak. lepas tu terngiang-ngiang comment a few blogger yang kata "baca bismillah banyak-banyak, baca ayat qursi". wah thanks a lot korang, memang bagi ketenangan kat aku. 


no giliran aku semakin hampir, bantai borak dengan budak ulangan lain. nak hilangkan nervous, tanya hang dulu kantoi kat mana, macam mana. sedikit sebanyak boleh mengajar aku. tak payah tester panggil aku dah tercongok sendiri tepi kereta. budak yang sebelum tu lulus. elok je budak lelaki tu keluar dari kereta, aku dengan ramah tamahnya salam and ucapkan TAHNIAH dengan bersungguh-sungguh. sebab bagi aku, lesen kereta payah gila nak dapat. and selalu buat hidop aku murung and tak bersemangat. AKU BENCI JPJ TEST, haha. nervous nervous!



aku dapat tester perempuan? OMG. dah lah muka garang, pakai sunglasses hitam, muka ketat. aduh, buat rilex. bagi salam panjang-panjang. dah macam ustazah pilihan..  betolkan itu ini. mulakan perjalanan.. 



tau tak tengah-tengah jalan ada kucing tengah jalan. aku dah hon limaenamratus kali dia taknak berganjak. tester tu kata "kucing tu nak ngorat awk kot, awak turon jap halau dia". kereta belakang pelik, nampak aku ter'syuhh syuhh kucing tu. aik pandai pulak tester ni bergurau. semenjak tu aku bantai sembang ah ngan dia. tanya dah kahwin ke, anak berapa, dok kat mana. dia pon macam ok je ngan aku. bila tester macam tu, aku rasa cool nak bawak kereta. enjin tak mati. bukit kat traffic light tak mengundur. kiranya semuanya berjalan lancar. 


abang sekolah memandu aku suka down'kan aku. itu tak kena ini tak kena. padahal pompuan lain yang bawak kereta ngan dia, takdelah hebat mana. break mengejut semua. tapi dengan aku dia paling tak puas hati, sebab aku kuat melawan wakaka. dia kenal mak aku, that's why dia suka buli aku lebih. bila dia bebel aku kata "lah.. membebel pulak?". abang tu panas baran, aku men bedal je. jangan ingat kita amatur dia boleh perkotak-katikkan. 


aku bertekad kali ni kena lulus, sebab aku dah tak sanggop nak mengadap muka dia untuk extra class. jahatkan aku? ok sambung cerita. bila dah lepas highway, aku dah mula rasa happy. "aku lulus ke ni" sebab dah nak masok pintu gerbang IMKEDA. aku bawak penuh berhati-hati. 


sampai-sampai je, terima kasih Ya Allah. i'd tried so hard, alhamdulillah .. lulus!



ucapan terima kasih puan, terima kasih tak pernah putus. sambil keluar dari kereta, sengih macam kambing gurun. lantaklah apa orang nak kata, janji aku dah lulus. masok-masok je bilik nak letak borang tu, abang tu kata "awak dapat 17, cukop-cukop makan ni". aku menjawab sambil tersenyum "eh mana ada cukop makan bang.. kan cukop-cukop makan 16, saya dapat 17". haha. then dia melirik sambil kata "OH pandai awak eh!". heee (:



bawa kereta viva syok memang syok sebab kereta baru kan. clutch tinggi pulak. so ada dua cara. kalau kancil aku lepaskan clutch sikit pon kereta dah bergerak. viva jangan hareeeepppp lah. SO i learn from mistake. lepaskan clutch perlahan-lahan sambil tekan minyak, oh begitu rupanya. 



tulisan ketar-ketar tu, before mulakan perjalanan HAHA


lepas tu lepak kat kedai makan sambil menunggu budak-budak lain habis test

masa ni ah galak dok mesej mak ayah, adik beradik, kawan rapat, si dia. excited kan dah lulus? gini ah ghopenya.. blink blink mata bersinar-sinar..sambil tu tengok budak-budak yang tengah test, dalam pukul 11 berderet-deret orang yang failed. aku rasa tester lapar, tak lunch lagi kan .. 


yang kanan ni nama dia Kak Mala. ada sorang budak perempuan tu tegur kitorang "dah lama kenal ke?". erk tak lah, baru je kenal pagi tadi tapi atas keramahan aku yang ter'over ni menampakkan kitorang dah lama sebantal and sekatil hua hua. ok bye :') 








77 comments :

Balqis Shafikah said...

ho yeah! tahniah marya! alamak...i pulak rasa cuak nak buat lesen nih...huhu. ;)

fina fento said...

Ahah. Kelakar. Saya pun ada pengalaman dengan sekolah memandu dulubila fikir - fikir balik macam tak patut je kejadian tu berlaku..huhu

Apa pun, tahniah ye!

kura said...

tahniah kak marya :')

syieda_syaada said...

wahhh tahniah kak marya... :D

nabila azmi said...

tahniah awak=)=)=)=)...alhmdllh kan=)..legala pas ni blh meronggeng..hihi

.zara. said...

congrats yaya! akhirnya! ;)

Auni said...

wah, tahniah ! lepas ni dh boleh drive xpayah takut polis ada lesen ke xde.kan kan? :))

Nay Yazid said...

Yeay congratulations :)

Cik Zety said...

Tahniah dear :)

EZAN IDMA said...

congrate!

cik aiLebiu said...

haaa akhirnya! haha congrates...ni kalau terbaca dek yang belum ambik lesen mesti cuak nak batalkan niat ambik lesen ni..xpe bulan mei ni dah start auto punya...senang sikit hehe...

diya said...

Finally. tahniah kak Marya, setelah berkali kali berjaya jugak. hehehehe

::cik asha:: said...

lulus jugak akhirnya..tahniah..hihihi..
eh,same plak markah..dulu saye pon dapat 17 jugak..

Atiqah Wadiah said...

congrat marya :)
lps ni boleh lah kita remmpittt..hiks

Korean Style Online said...

congratulation! interesting...and nice, please do visit me too..maybe there's something cute for you here Korean Fashion Online

Innanie | Ariffin said...

finally!!! tahniah! hahaha kena psycho yee... nasiblah sy dulu semua sekali je trus pass *kerek tak? kehkehkeh

Eza Boom Boom said...

tahniah kak marya!! :) At last, selesai sudah satu penantian. Pasni dah leh g round-round kota raya :)

Rozuan Ismail said...

tahniah,lepas ni boleh ajar aku ye.haha.dah lama aku x bawak kete.kih kih

qurratu.kushairi said...

congrats :D same la tempat kite JPJ test :P

the puffy clouds said...

congratulations marya! :)

Ip Man said...

ok lepas ni turn u pulak bwk i jalan2 k..ehehehe

*kantoi kat bhgn menggunakan gear sesuai mengikut kelajuan...ekekekke

Ida Roslan said...

Taniah Kak marya. nanti boleh lah bawak kita jalan-jalan kan hehe =).

nuurellajamuri said...

wahh.congrats kak.
sy dulu retest kat bukit.
lepas dapat lesen,sekali je bawak manual.hee.seriau punya pasal.
skg bawak auto jelaa.selamat :)

Marya Hana said...

Balqis Shafikah : hehe, kenapa nak cuak? belajar betol2, pastikan jgn failed, haha. mcm i ..

Marya Hana said...

fina fento : haah, tp pengalaman tu yg mengajar kita kan.. ok lah..

Marya Hana said...

kura : terima kasih kura2..

Marya Hana said...

syieda_syaada : tenkiu dear (:

Marya Hana said...

nabila azmi :tu lah pasal, lega sangat-sangat.. masa keluar kereta tu menyengih aje..

Marya Hana said...

.zara. : HAHAHA. akhirnyaaa ! dapat jugak.. ^^

Marya Hana said...

Auni : haha, kalau takde lesen mmg takdenya nak bawak kereta lah... x berani..

Marya Hana said...

Nay Yazid : thanks dear (:

Marya Hana said...

Cik Zety : thanks dear (:

Marya Hana said...

EZAN IDMA : THANKS ^^

Marya Hana said...

cik aiLebiu : so starting kena warning dlu, yg tak ambik lesen lagi jangan baca. haha

tu lah, act i nak amek yg bulan 5 auto tu. tp lesen i mati bulan 6, takot apa2 jadi takot tak sempat so i teruskan aje.. sekarang dah ade lesen yeay !

Marya Hana said...

diya : jangan lah "berkali-kali" sgt, haha. malunyaaaa, 3x je. akak yg ambik dgn i tu, kali ke 6 haha.

Marya Hana said...

::cik asha:: : hehe sep !

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : aaa niat kene betol, jom rempitsss haha.

Marya Hana said...

Innanie | Ariffin : congrat's.. caya ah !

Marya Hana said...

Eza Boom Boom : haa lepas ni lenjan kereta adik i ! haha.

Marya Hana said...

Eza Boom Boom : haa lepas ni lenjan kereta adik i ! haha.

Marya Hana said...

Rozuan Ismail : hehe, kau dah lama tak bawak kereta? abes selama ni kau naik apa..? motor..

Marya Hana said...

qurratu.kushairi : yeke? hai hai..

Marya Hana said...

Ip Man : HHAHHAHA, nampak yg tu je kantoi, diam diam.. :D

Marya Hana said...

Ida Roslan : berani ke naik ngan i..? hua hua hua.

Marya Hana said...

nuurellajamuri : i rela buat test bukit tu berkali2 dr on the road hehe, apa2 pon aku dah berjaya..

ai shah zawani said...

taniah kak marya. echah punade sikit la mcm kak marya last2 kne amik semula sbb tamat tempoh. hee

Baby Gurl said...

Tahniah kak kama =))) wahh ain la antra yg dpt msg bgtahu da lulus tu.. tp nk buat cmne xde kredit nk responsss hehehe =))

ape-ape pun TAHNIAH =)))

Nanti leh bawak ain jejalan =) jgn lupe amalkan selalu nnti lupee dan nervous semulaa hehehe taw =)))

Gadis Biasa said...

congrats ye yaya...best lah dah ada lesen...hahaha

Marya Hana said...

ai shah zawani : ler, buat rugi je.. akak punya lesen kalau tak mati bulan 6 ni, tu yg nak taknak kena ambik cepat.

Marya Hana said...

Baby Gurl : tq, hehe. tu lah.. nnt kita try bawak kereta adik kite.. sbb nnt lame2 x bawak kereta jadi takot..

Marya Hana said...

Gadis Biasa : thanks atiq, tu lah .. lesen salah satu wishlist 2012, dah berjaya! ^^ syok sgt.

Marya Hana said...

Gadis Biasa : thanks atiq, tu lah .. lesen salah satu wishlist 2012, dah berjaya! ^^ syok sgt.

E y r a a Atiqa said...

Eyraa ade tag akak kat sini

http://blogeyraa.blogspot.com/2012/03/megagiveaway-by-penmerahcom.html

lisa said...

tahniah dah lulus!! terketar2 pun lulus gak :)

hazrinaitusaya said...

tahniah! (:

Marya Hana said...

lisa : sbb nervous sgt, makanya terketar2.. alhamdulillah lulus ^^

Marya Hana said...

hazrinaitusaya : toche ^^

Ida Roslan said...

Kak marya: cuba memberanikan diri haha =)

Muhammad Fadhli said...

congrats

ashikin said...

Tahniah...lepas ni boleh la tumpang jalan-jalan huhu

Nak tanya boleh?? Banner blog Marya lawa la...buat sendiri ke??

Boleh ajar tak??

Man said...

dah sudah, knp aku lak yang cuak ni!!

Khuzrin Kamarudin said...

Untunglaaa ada lesen.

Wani Omar said...

bestnya dah ada lesen. boleh la bwk kita jenjalan :) hee

ezzaty said...

tahniah kak marya ! kite pon xd lesen lagi ! hehehehe :D

amirah anis said...

tahniah!!!!! o yeah... :) muahahaha

Lynn Damya said...

hahaha lawak lah citer awk.. (>_<)
btw, congratez lah dh lulus..sy lom amek lg lesen keter..huahhh...neves, neves !!

Marya Hana said...

Ida Roslan : harus.. kalau takot2 kang failed lagi..

Marya Hana said...

Muhammad Fadhli : TQ.

Marya Hana said...

ashikin : yep, buat sendiri.. buat simple2 je, nak ajar pon mcm segan.. rasanya ramai blogger buat tutorial buat header.. (:

Marya Hana said...

man : takde lesen tu yg cuak ..

Marya Hana said...

Khuzrin Kamarudin : sgt untung..

Marya Hana said...

Wani Omar : ambik lesen sendiri, then boleh jalan2 sampai lebam , hehe..

Marya Hana said...

ezzaty : thanks, cepat ambik lesen..

Marya Hana said...

amirah anis : tq .. (:

Lynn Damya : hehe, oh cepat ambik lesen k.. mula2 neves, bila dah lulus lega tak terkata..

Ismalia Ismail said...

Tahniah ! :) kite baru kursus kpp .. haahah :D cuakkk ....

NorSyahirahZaini said...

hahaha, btul la kak, mak cik yg jaga borang tu mmg suka jerit2..nmpk garang tp peramah. :D tahniah kak dpt lesen. sy bru lulus smlm, lps ni bolehlah drive sndiri

Mirza Falisha said...

Congrats kak. Hm akak, saya baru buat lesen jpj kereta jumaat lepas. Alhamdulillah test jalanraya lulus, tapi... yang bukit kantoi lah kak. Selalunya if belajar dengan tempat belajar okay je, tapi saya rasa kereta imkeda lain sikit. Ada suggestion tak if dah ada kat atas line bukit tu? Saya nak retest 3hb ni. Tq :-)