Saturday, March 17, 2012

Filem Bunohan, apa kata pengarah?


Assalamualaikum 

Dilemma nak pilih ayam atau daging. AYAM atau DAGING? macam iklan mcdonald's. kini aku berada di semester empat ijazah sarjana muda skrin UiTM Shah Alam. yang meletakkan diri untuk memilih major sekaligus menentukan hala tuju. directing, editing or cinematography? cinemato memang tak ah! awal-awal dah terkeluar carta memandang aku langsung tak minat. so antara directing and editing. 


flashback. ya tujuan asal aku masok course ni adalah untuk menjadi seorang editor. kalau bukan editor pon, aku mesti kerja bahagian belakang tabir mana-mana stesen televisyen. cita-cita aku . 


in order to fulfill my ambition, tanpa rasa was-was aku mendaftar "editing" sebagai major. so semester ni budak-budak editing harus belajar subjek sound and technology. 




En Andy lecturer for this subject. handsome tak? agagagaga .


rakan-rakan seperjuangan yang akhirnya memilih major yang sama


nenek nenek si bongkok tiga. bongok aku nampak bongkok
dalam gambar ni, don't know why

masa diploma ada ambil subjek audio tapi pemahaman tak berapa mendalam. so masa degree ni baru kita tahu apa itu PRS, Mono jack, voltage meter, etc. 








aku tunjok gambar je dulu sebab aku still mamai duduk dalam kelas tu, wakakka pengakuan jujur. 


kakak zirafah , pakai flatshoe pon dah terasa diri sangat ganjil



eh ni apa kes? 

actually nak buat sanggul. tapi rambut aku ni licin, buat sanggul mesti cepat terburai. 

macam mana eh? kadang-kadang aku biarkan rambut berterbangan. bila orang pandang-pandang, terasa aku sudah mengerikan diorang dengan gaya "mak lampir" hakuuuu. nguhuhu.. 


malam tu ada seminar untuk filem Bunohan. pelajar aswara pon mai memeriahkan majlis. 





sekali imbas, gaya and raut wajah Saudara Dain Said macam Arwah Loloq



kata-kata aluan oleh Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM
Prof A. Razak Mohaideen

" 4 hari penayangan 400 ribu kutipan, penonton sudah menjadi lebih baik untuk menerima filem artistik seprti ini" - Prof A. Razak Mohaideen 



Moderator malam tu pensyarah kami Encik Fikri. Pengarah filem Bunohan, Saudara Dain Said. dan salah seorang pelakon dalam filem Bunohan, Saudara Amerul Affendi. 

ehsan dari page Encik Hassan Mutalib , mana satu aku? 

actually aku yang mula-mula tangkap gambar dengan Amerul Affendi haritu. tapi balik balik kolej rupanya video daaa . 



video

confirm kepala korang terteleng-teleng ah :D 

malam seminar tu, adalah tayang 15 minit pertama dari filem tu, selebihnya saksikan sendiri di pawagam berdekatan. so a bit frust kat situ, terus tanam azam. apa-apa terjadi, aku tetap nak tengok Bunohan secepat mungkin. 

exciteddd sangat, semalam si dia ajak tengok Bunohan. si dia ni memang tulang belakang aku. mana-mana yang membantu proses pembelajaran aku, dia turutkan aje.. (tapi lebih banyak yang takde kena mengena dengan proses pembelajaran ah ) wahaha. 



SPACE U8 , shah alam



The Lorax, nak tengok jugak tapi lain kali lah kot .. 

sorry kualiti gambar tak berapa elok sebab pakai kamera digital biasa je, bukan DSLR. 

tambah tolak darab bahagi sebenarnya Bunohan ni berkisarkan 3 beradik yang berebut tanah. Ilham (Faizal Hussein) , Adil (Zahiril Adzim) , and Pekin Ibrahim (Bakar).  rindu sangat dengan lakonan Faizal Hussein, lama dia menyepi kan? 

entah apa semangat, malam seminar tu aku kemain take note. sampai dua muka surat. tapi aku ringkaskan aje apa yang Pengarah and pelakon filem Bunohan kongsikan malam tu . 


Pengarah, penulis, production designer filem Bunohan, Saudara Dain Said
  • from Tumpat, Kelantan. ibunya seorang guru Bahasa Inggeris. sejak kecil memang didedahkan dengan segala jenis buku
  • actually beliau dah lama terfikir tentang filem ni. sebab semuanya bermula dengan memori beliau semasa kecil. sering dibawa menonton wayang kulit, menora dan sebagainya
  • di awal umur 11 atau 12 tahun beliau sedar yang beliau akan menjadi seorang pembikin filem suatu hari nanti , sangat sukakan photography
  • beliau sangat suka german film 
  • kenyataan beliau "buat filem bukan untuk buat gimik". 
  • "you need to know everything untuk menjadi seorang film maker". (contohnya architecture, painting, music, theatre, etc)- Dain Said
  • "semua orang boleh pegang camera, menulis skrip tapi bukan semua boleh jadi a good film maker"
  • perasan tak beberapa minit pertama, scene kat warung pelakon-pelakon extra ada sebut realname pelakon utama dalam filem ni.  tv kat belakang menunjukkan gambar Faizal Hussein, then pelakon extra ada sebut "Faizal Hussein". sama juga dengan Zahiril Adzim. pengarah sengaja membuat kelainan. selalunya opening title dalam bentuk tulisan, tapi filem Bunohan dengan "sebutan".
  • bagi beliau ambience, folley, music background harus lebih rendah dari dialog 
  • banyak menggunakan wide shot untuk beri penonton ruang untuk berfikir (cold distance)


    Saudara Amerul Affendi
  • berlatih tomoi, kecek kelate sebelum penggambaran bermula
  • selalu berbincang dengan pengarah tentang watak, dan beberapa idea untuk penambahan


    filem ni memang yang terbaik setakat ni. dialog yang tersirat, buat penonton berfikir, cinematography sgt awesome! pemilihan pelakon yang bijak, art direction,  eh semua aku nak puji sebenarnya! malaysian, buka minda anda, terima filem-filem sebegini mulai sekarang. sekurang-kurangnya ada film maker yang sebegini di negara kita. terbaik  wok 

    sesiapa yang belom tengok Bunohan, apa lagi? 



hak cipta terpelihara dari notebook Marya Hana, hehe. k bye.




36 comments :

kura said...

eh. ni terasa membuak buak nk tgk bunohan ni.

Nurul Amanina said...

Sis yaya cantik, saya suka! hehe

http://amaninajailani.blogspot.com/2012/03/hijab-square-jadi-trend-semasa.html

entry terbaru sy, jemputla baca dan komen :DD

oshinz said...

hah betul.. kadang tu muzik latar lebih kuat dari suara. annoying.

Innanie | Ariffin said...

nak tngok jugak lah.

hazanis said...

pengarah cite bunohan dr tumpat???hoho kita pun dr tumpat...^^

Amirah Jafri said...

Ok you cun !! best baca cerita u coz kwn i pun amek kos sama xsilap, sem4 jugak :) haha.

Ezy Chiaki said...

dh tgok cite ni..
masok panggung je cite dh start so xpham ckit la..
ok la kot cite ni.. tp ending die camtu jeee..
hee..

prnh pegi skali je kat spaceu8!

mira maisara said...

cam best je kos awak nie?

nurdani said...

semoga berjaya dalam bidang tu. seronok bila kita belajar bidang yang kita minat. sukses..hehe

Namee Roslan said...

orang kata bunohan best.tu yang eager macam nak tengok tuh. :)

Eza Boom Boom said...

semoga berjaya kak maria. :) hehe, yang penting ikut minat akak, bukan orang lain :)

Rozuan Ismail said...

wah,major editing ye.all the best!! erm, nanti nak tgk gaklah bunohan ni. i kan fhm kecek klate

Ida Roslan said...

ok confirm nak tengok bunohan =).
kak marya cantik, kita pnya rambut pn licin sush nk sggul asyik jatuh jew.

NIA SI DRUMSTICK said...

teleng.. 1st time dga word tu rs nk ketawa je dlm class..hahaha..mcm lucu plak..

Atiqah Wadiah said...

nk tgk tp kat kelantan x der cinema :"(

Marya Hana said...

kura : memang aku sengaja membuak2 kan perasaan korang, haha.

Marya Hana said...

Nurul Amanina : aww, takde maknanya.

insyaallah (:

Marya Hana said...

oshinz : kadang2 bagus jugak, utk membantu scene, atau melancarkan jalan cerita.. depends..

Marya Hana said...

Innanie | Ariffin : silakan, bawak kawan ramai2 gi tengok ..

Marya Hana said...

hazanis : yep, dia dari tumpat. membesar di luar negara ..

(:

Marya Hana said...

Amirah Jafri : aik yeke? siapakah..?

Marya Hana said...

Ezy Chiaki : ohh, pasal ending tu.. dia bagi tanda tanya lagi kepada penonton kan.. aaa fikir2kannya.. hehe..

Marya Hana said...

mira maisara : best pada sesiapa yg berminat , hehe

Marya Hana said...

nurdani : yep, so belajar takde dalam keadaan terpaksa kan..

Marya Hana said...

Namee Roslan : haa, best! boleh gi tengok..

Marya Hana said...

Eza Boom Boom : yep, takkan pernah ikot org , hehe..

Marya Hana said...

Rozuan Ismail : gi ah tengok, kalau diorang kecek kelate takde subtitle, memang mati ah aku.. haha

Marya Hana said...

Ida Roslan : pergi tengok dalam masa terdekat..

hehe, tq. haah susah rambot licin.

Marya Hana said...

NIA SI DRUMSTICK : haha, nia tak pernah dgr perkataan "teleng".. ?

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : ohh, tu tak dapat nak nolong , hehe..

Nay Yazid said...

Teringat time terserempak dgn sis marya. reben besar warna kuning dekat kepala tu comel gila. hi hi hi..

Marya Hana said...

Nay Yazid : akak selalu tak kenal org bila terserempak, mase pandang awk dlm hati "macam pernah tengok", so nampak awk senyum, akak pasti .. hehe.. ^^

oh ribbon tu, haah besar gabak .

Zuziana Abang said...

yep BUNOHAN dh jadi filem yang akan membuka mata serta minda penonton filem malaysia.Ini bru dikatakan filem yg ada kelainan dan memberi ruang kepada kita sebagai penonton melihat yg sebenarnya kehidupan lebih mencabar dan pelbagai dugaan.sekaligus filem ni memberi inspirasi bhw manusia harus menghargai diri dan hidup yg sentiasa mempunyai turun naik...bersifat emosi gelap dan filem ini sgt superb even dlm loghat kelate... (panjang pulak komen aku haha)

Marya Hana said...

zuziana abenggg : weyh, kau buat review ke kat sini? hahahahhaa :D

aisya said...

teringin sangat nak tengok bunohan ni tapi bila entah tak tau la.. huhu

Siti Zafira said...

Saya sudah menonton Bunohan dan saya tiada kata yang paling tepat untuk menggambarkan kehebatan filem ini. Saya sedang berusaha untuk menghasilkan ulasan filem ini. Dari aspek sosiolingustik dan dialektolgi, saya paling jatuh hati dengan kejiwaan dialek atau loghat Kelantan yang dituturkan oleh Pekin Ibrahim. 'Gist' tuturnya tampak lebih hidup berbanding pelakon-pelakon lain (kekecualian kepada pelakon yang berasal dari Pantai Timur seperti Tg. Azura).