Saturday, February 18, 2012

Don't look down on others.


Bila tepek make up lebih sikit orang panggil "artis". (should i take this as a compliment? padahal..) bila beraya rumah saudara mara yang lebih 10 tahun tak jumpa mesti ada ayat "amboi segaknya anak dara, tinggi macam model". kiranya apa sahaja yang cantik dan indah orang akan kaitkan dengan artis. so bila ada rancangan yang kita boleh tengok artis comot-comot siapa yang taknak lepaskan peluang? 


contohnya rancangan kat Astro Ria "Kalau Aku Bukan Artis". motif utama bila terpandang iklan rancangan ni ada akak kita erra fazira woot woot. patotlah sekeras-kerasnya rebut remote tv. tp sedikit hampa rupanya episod kali ni Liza Abdullah ler. ok jugak, dia pon fav actress. drama Tentang Dhia lakonan jahat dia best!


cabaran dia jadi buruh binaan. 15 minit kemudian my mom kata "alahai artis belom lagi kerja membanting tulang macam aku ni, diorang tahu make up.belakon. apa lah sangat". (ok aku terkedu, malas ambik port)


suddenly aku terasa duduk dalam dewan masa pertandingan debat budak sekolah menengah, HAHA. ayah aku kata "cuba awak pulak pergi jadi pelakon macam dia. boleh ke? mesti lakonan kaku. setiap individu lain-lain kelebihan dia".  1-0 !   :D 

(bunyi cengkerik, mak aku tak terkata)



ada misi baru, mari mulakan! 



Tuhan Maha Adil. kalau dari darjah satu memang bengap kira-kira tapi disebalik kebengapan tu mesti ada tersirat kepandaian atau kepakaran. korang check tak?


maybe korang terer gila Kemahiran Hidop (KH). jahit menjahit pejam mata pon dah jadi apron, sarung bantal ke. dan mungkin ada di antara kawan korang yang sumpah rasa salute gila dengan Add Math dia selalu dapat A+, tapi masa subjek Kemahiran Hidup pulak dia rela merayau keliling sekolah buat buat busy dengan persatuan  kelab kewangan , contoh contoh ..


A : kau dapat pointer berapa?
B : 3.8 JE ("je" yang kebulur tapak kaki)
A : oh, bolehlah. sebab course kau senang. course aku lagi susah dari course kau..
B : (-.-")


situasi ni mungkin terjadi kepada beberapa orang antara kita. perlu ke mempersoalkan tu semua? kalau si "A" tu terer sangat, kenapa tak dapat score. kenapa harus merintih itu susah, ini susah.




macam kat fakulti aku terbahagi kepada 3 jabatan. (filem, teater dan animasi). so masing-masing dengan kelebihan dan kepakaran masing-masing ler kan. contohnya macam aku dalam jabatan filem (skrin). kalau bab-bab menari or goyang inul ni memang failed. janganlah pakso den, haha. kita dijadikan lain-lain kepakaran untuk saling melengkapi. kalau takde orang-orang seni, macam mana korang nak tengok TV? hehe. kan? 


so kalau CGPA aku merudum tu maknanya aku terlebih tengok Running Man, drama korea berduyun-duyun dalam laptop.tak boleh salahkan orang lain. dan kalau CGPA gempak, alhamdulillah. berkat usaha sendiri kan? tak susahkan siapa-siapa pon.






kalau suruh aku jadi doktor lagi HEBAT. habis tunggang langgang pesakit-pesakit aku. suka suki boleh makan ubat pukul berapa, bagi injection ikot mood. rosak-rosak !


samalah kalau kau doktor ke, cikgu ke, engineer ke, etc.  ada bidang serta kepala otak yang tersendiri. kalau tiba-tiba depa ni aku suruh berlakon teater secara tiba-tiba, sawan kot. unless kalau ada bakat terpendam kan. who knows?



satu lagi, kepantangan aku bila orang menilai "level" seseorang. contohnya "kerek gila makcik kat pejabat bendahari tu, dia tu apa kelulusan dia? sijil? diploma? degree? ke guna orang dalam.". this is too much. walau macam mana longkang pon mulot makcik tu, siapa kita untuk berkata begitu? how do you respect elders?


so, aku nak nasihat. jangan memperlekehkan kerjaya seseorang. tak kisah apa bidang sekalipon. kalau anda mahu dihormati, hormati orang lain dahulu. (dah macam iklan RTM pulaks). sekian sahaja.








26 comments:

onie said...

yaaa,betul .... tapi kalau kita hormat yang tak hormat kita pon susah jugak.... yg penting niat kita baik

Teenager Housemaid said...

love this!
betul2..jangan memperlekehkan kerjaya orang..

and then, saya pun tak faham kenapa mesti orang macam nak perli2, kalau pakai make-up..
hurm. maybe shud take that as compliment tu..haha

Rozuan Ismail said...

setuju.. kadang2 kita suka perlekehkan kerja org.cuba kita try wat keje die,baru taw susah ke senang kan

♥CIK SHA♥ said...

true! respect others if u want them to respect u back..simple 'calculation' on respect terms..kan?;p

hudahassan ^^ said...

betul2 .

Allah anugerahkan manusia dengan berlainan kelebihan . Agar kite boleh memenuhi kehendak sesama lain .

:)

Anissazira Mahmod said...

actually takde istilah course tuh senang ke susah. depends pada kerajinan kita jep. tak perlu kot nak cemburu dengan orang laen....

kalau malas, sikit la korang dapat. kan3? :)

littledolphin said...

ini pesanan sangat bagus!

1.everyone ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

2.if you fail,dont blame others

3.jangan perlekeh orang lain.

rasa semangat sikit bila baca pasal kelebihan orang tu.saya selalu rasa macam tak ada bakat T.T

tapi takpe dah rasa semangat balik!

saya akan cuba cari apa bakat saya! :D

doakan saya kawan!

Gadis Biasa said...

btul2...tp kdg2 org x sdar..tahu nk mempertikaikn klbihn org lain dan mnjtuhkan org lain..

Izzul Amir said...

nasib aku layan running man lepas spm. klo x habislah result nnti. haha

lisa said...

3.8 tu kalau cakap 'je' je memang nak kena tembak. haha semuanya bergantung pada kita. nak nilai org mcm mane. tp kena ingat, apa kita buat, kita dpt balik. :)

❤~Emma Abduh~❤ said...

fuyoh....beminat jg dgn cos tu tp apa leh bt da dpt rezeki len..nway, gudluck 4 evrthing..keja pefilemen bukan mudah,,,hehe

W.N.G said...

haha btul2 keadaan ni mmg terjadi... nice entri:)

A retarded kitty said...

kalau aku jadi B dah lama aku pelangkung si A tu, kerek sangat apehal

*emo

Marya Hana said...

onie : walaupun dia tak hormat kita, kita hormat je dia. lain kali biar dia fikir balik, patot ke tak perbuatan dia tu :)

Marya Hana said...

Teenager Housemaid : yep (:

haha, tang make up tu, diorang jeles letewww kan?

Marya Hana said...

Rozuan Ismail : tau takpe, cuba letakkan diri kat tempat diorang. merengek-rengek kang..

Marya Hana said...

♥CIK SHA♥ : tepat sekali cik sha (:

Marya Hana said...

hudahassan ^^ : love ur words (:

Marya Hana said...

Anissazira Mahmod : yep, kena usaha barulah puas hati.. ni tak usaha then tak puas hati dgn org lain pulak? aik..

Marya Hana said...

littledolphin : always (:

apa2 pon kita jgn dengki dgn kejayaan org lain, juga jgn merendah2kan.

Marya Hana said...

Gadis Biasa : ignore them (:

Marya Hana said...

Izzul Amir : haha, spm dah lepas. yang seterusnya ni? aaa..

Marya Hana said...

lisa : haha, CONTOH.. :D

what u give, u get back.

Marya Hana said...

❤~Emma Abduh~❤ : oh really? its ok.. rezeki u kat situ..

Marya Hana said...

W.N.G : semua ada pengalaman kan..

TQ (:

Marya Hana said...

A retarded kitty : PENAH lalui letewww? hehe..

sabar *