Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang.
(Imam Al-Ghazali)
hati hodoh terpancar pada muka , ni adik beradik mak lampir ke apa
Kau aku serta kalian semua. pernah tak walau sesaat cemburu, iri hati atau dengki dengan kejayaan atau kesenangan orang disekeliling? Jangan Bilang Tidak (pinjam lagu Raffi Ahmad & Ayushita). Kita semua manusia biasa. Maka wujudnya perkataan "kita semua manusia biasa. tak lari dari kesilapan". So ramai pulak antara kita yang bertepuk tangan hip hip horray dengan perkataan tu. (tiba-tiba aku rasa aku tengah menaip skrip untuk TV Al-Hijrah). please sangat jangan skema marya hana..
ibarat jiran sebelah sidai baju MNG kat laman rumah. kita teringin sangat nak baju tu. so kita dengan tak sengaja terambil dan terbuat harta sendiri. kan "kita semua manusia biasa. tak lari dari kesilapan"..
ataupon dengki dengan cadar roomate yang cantik berseri macam muka Maya Karin dalam iklan Innershine. so tiap-tiap hari wajib gigit cadar dia , and tinggalkan air liur basi supaya cadar dia kepam dan tak berseri lagi. "kita semua manusia biasa. tak lari dari kesilapan"..OK masa type ni aku sendiri tergelak cirit sebab tak sangka contoh macam ni yang terkeluar kat kepala hotak aku. kepala hotak la!
iklan sekejap.
actually mak aku suka sangat drama korea Lie To Me. siaran ulangan pon dia still tercongok depan TV. so aku pon layankan. salah satu watak dalam drama tu, kawan baik sendiri sakit hati tengok kebahagiaan kawan dia. tu yang AHA TARAA aku ada idea nak menaip entry ni.
#satu dan dua #
masa zaman sekolah, sebok dengki dengan markah and kepandaian orang lain. so kita pon berlumba-lumba nak pandai dan lagi pandai. tu takpe. tapi pantang tengok kawan sebelah ada pencil box purple comel-comel dengan pen berlambak-lambak. kita pon sebok merengek dari waktu makan pagi sampai dinner bodek mak bapak belikan jugak macam dia punya. kalau tak dapat mogok taknak makan sampai habis, masok bilik hentak kaki mengalahkan kawad tentera.
#tiga#
zaman universiti toksah cerita. tikam kiri kanan depan belakang sebab otak tu dah bergeliga. tak boleh tengok pointer orang lagi tinggi mesti ada suara kera sumbang kata "alah .. assignment tu bukan dia buat sendiri. mesti boyfriend dia buatkan. patotlah markah tinggi sangat, gayat tengok pointer dia, ui tinggi".. aku still kat stage ni. kadang-kadang cemburu jugak kawan-kawan dapat carrymark tinggi, pointer bagus, tapi tu kan boleh dijadikan semangat untuk aku terus berusaha dengan titik peluh aku sendiri.
#empat#
umur-umur macam ni galak dok carik boyfriend/girlfriend. lepas tu banding-bandingkan. eh boyfriend aku lagi handsome sebab ada taik lalat Azean Irdawaty. boyfriend kau hadoo? takdo diam. yang lelaki-lelaki pulak cari awek ala-ala ratu kebaya sebab boleh bangga depan kawan-kawan yang dia berjaya ada awek sedemikian ghope sedangkan dia rupa tak somonggah mano pon. pokok pangkalnya untuk "berlagak" aje.
#lima#
what? umur 32 tahun baru menikah? dengan sape? kerja apa? mak bapak dia sape? soalan-soalan wajib seorang yang berpewatakan joyah sport!
#enam#
anak kau dapat berapa UPSR? anak aku dapat 2A 2B 1C. yang sebenarnya dia boleh dapat 5A. tapi disebabkan dia nak nampakkan kepelbagaian dalam grade dia, so nampak harmoni sikitlah.. A ada B ada C ada. D tak berkesempatan lagi nak dapatkan.. (u__u) hal anak-anak pulak .
#tujuh#
apa? dia dah pergi umrah? 7kali? ish ish ish.
sampai bila orang nak berhenti mendengki dan bercakap? tak penat ke? so kesimpulannya, sepanjang hidop kita ni jangan risaulah. kompem ada dua tiga manusia yang ada peel kureng murni macam ni. apa yang kita kena buat, hadapi dengan senyuman. then bila orang dah mengata kita. kita pulak jangan nak mengata dia. kalau macam tu, kita dan dia sama saje. takde beza pon. mengata dulang paku serpih. mengata orang dia yang lebih. ye dok.
oh hari ni marya hana bebel lebih sikit. al kisahnya harini budak-budak masuk sekolah, so takde sape nak kacau aku menaip harini. kot tak "kakak.. adik nak tengok ben10 kat laptop kakak sekejap". ataupon "adik nak tengok osbon boleh?". adeh adeh .. harini lapang dado den..
p/s : aku pon manusia biasa . tak lari dari kesilapan.


29 comments:
mak kite boleh geng! ahaha..
betul la yaya..tak banyak mesti ade sikit dengki tu ha dalam hati manusia yang tidak maksum ini..tp kalau dengki untuk kebaikan bagus sebenarnye kan? jangan dengki untuk membawa kemusnahan sudah..itu memang tak elok..
aku pon manusia biasa x lari dari kesilapan..dengki ngan ko tang no.3 & 4 tu..hahahaa...
lagi 1..bile mase plak ko amek gambar ni..bleh plak aku terselit tang tepi tu..tu xpe lg..ni segi tiga bermuda dell tu pn nk terselit gak ker...hahahaha....(>_<)
seram tengok gambar first tu . HAHA :)
mmg kan...manusia ni, kite la 2 kan..mmg x lari dr kesilapan dan x lari dr hasd dengki..semua benda nak dengki..kdg2 cam x logik je..hahaha...
btw lie to me 2 mmg best..hahaha
mmg betullah tuh.
sampai bila nak ada perasaan hasad dengki& cemburu tp kita nih kan manusia biasa. tak terlepas dr rasa semua tuh.
PhD ni mmg penyakit masyarakat seluruhnya...
no 4 tu best! haha
ape2 pun biaselah manusia. memang takkan lari dngn phd ni.
bahaya la penyakit dengki ni. Kadang-kadang rimas tau dengan perangai orang macam ni. Yang peliknya, orang kaya jeles dengan orang yang sederhana. Eza kata dalam hati, " Apa hal dia ni?" Erk..
Tak dinafikan orang yang penyakit pendengki ni suka menjatuhkan orang lain.. kejam. uhuk.
Apa-apa pun dengki untuk positif boleh, dengki untuk negatif sila muhasabah diri. :)
Eza singgah sini kak marya~ :D
lebih2 lg org melayu.memang suka dengki ni
lumrah manusia, dgn diri sendiri pun tak pernah puas, apa lagi tengok org lain yg lebih sikit dari dia..dari situ dtg dengki..kawal nafsu dan bersabar &bersyukur je caranya :)
♥CIK SHA♥ : setuju cik sha, dengki membawa keburukan ni yg kita patot hindar. walaupun susah..
eh, mak cik sha pon? wah wah.. lie to me mengganas..
Amane Misa : HOI dengki eh kau ngan aku? aku gigit cadar kau baru tawu. haha.
kau layan koreaaa aje, mane nk perasan.
E y r a a Atiqa : mak lampir .
Gadis Biasa : 1st time comment kat sini ye atiq ..
aha, tak logik sbb benda kecik pon kdang2 boleh jadik punca dengki.
lie to me mmg best. bile dihujung2 mcm sedih. tu yg my mom tengok ulangan lagi.
Adila Saidi : dengki berpada-pada. boleh tak mcm tu? hehe.
capt. keon alhan : strongly agree with u :)
Yatie Musa : haha, no 4 tu. gelak*
betol tu. so kita kena sentiasa bersihkan hati. dgn cara tu kot..
Eza Boom Boom : sama2 muhasabah diri. i pon kadang2 dengki bebeno tgk artis semua lawo lawo. eh ! hehe
thanks Eza Boom Boom sudi comment kat sini.. teruskan membaca ..
Rozuan Ismail : yep, tak dinafikan ..
lisa : suka comment ni, insyaallah.. sama2 kita (:
haishh..mmg tak dapat nak lari lah..nak taknak mmg ade je PHD...atoiyaiii...
hahaha...ada mse free, main comment2 la..huhuhu...slme ni ske jd silent readr je..kalau bnda kcik pon nk jeles kne pelengkung je org 2..tp kalau org 2 lg cntik n dia dpt perhatian lbh dr kita..blh x nk jeles n dengki??? wakakaka...
gadis biasa : hai silent reader, haha.
ohh, kalau mcm tu nak buat mcm mane ek? kadang2 yaya pon same jugak. yelah, perempuan pon suke tengok perempuan cantek. kan? (:
Fana | Aqim : haha . seumur hidop , kan? (:
nombor 4 tu mmg biasa bg perempuan kan? erk
Manusia memang tak boleh lari dari sifat ini kan?harap kita terpelihara dari benda tak elok nih
dah nama pon manusia. huhu. memang takda yang sempurna kecuali Rasulullah :)
muka hodoh leh tahan lagi dari hati hodoh kan? moga kita beringat
tun semua permainan budak budak je. kau kan dah tua, takyahla nak jeles jeles.
HAHAHAHAHAHA
Post a Comment