ARIGATO GOZAIMASU.

Friday, December 30, 2011

Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1).



Assalamualaikum kawan-kawan blogger ^^



Terasa mengimbau kenangan lepas. kalau cuba dicungkil kenangan zaman sekolah rendah, aku ni pelajar yang biasa-biasa aje. Tak pernah buat masalah disiplin , panjat pagar ke, panjat pokok ke, melawan cikgu ke, meniru masa exam ke. no no no! 


zaman sekolah rendah boleh dikatakan melegakan hati mak bapak aku sikitlah.. duduk kelas depan-depan.. kot duduk kelas belakang sah kena "belasah" awat bingai and bebal benau aku ni.. alhamdulillah.. bapak aku sentiasa pantau result aku. 


haaa. bercakap pasal result .. rasanya follower lama dah pernah tahu kisah ni..


aku pernah sorokkan result exam dalam sarung bantal sebab taknak ayah aku tahu kertas ujian cikgu dah kasi balik kat budak-budak. dapat B aiishhhh ok lah tu. tapi bapak aku kata K.O. at last, nyorokkan dalam sarung bantal sampai kepam, bila dah tiba masa cuci sarung bantal, copek-copek hapuskan bukti laju ke dalam tong sampah. hua hua hua. bingai bingai..



so aku mengambil langkah "bijak" (ketika itu) untuk berkata ..

ayah : kertas exam dah dapat ke belom?
aku  : belom .. cikgu tak cakap apa-apa ponggggg.. 
ayah : dah berapa haribulan ni, takkan tak dapat lagi.(seakan tahu trick anak dia)
aku  : memang belom.. takde pon dalam beg sekolah.. 


PERHATIAN : adik-adik yg masih bersekolah jgn contohi peel budak bingai. HAHA.


Kenangan manis pernah jugak naik pentas hari kecemerlangan , sebab dapat no 2. sepanjang aku sekolah tak pernah merasa dapat no 1. kucilwa sunggoh daku (T.T)


so hari ni sekali lagi aku jejakkan kaki kat sekolah yang banyak sangat kenangan pahit dan manis selama 6 tahun. yelah darjah 1-6. naik tahap dua darjah 4,5 and 6 aku memang kaki pergi camping and lawatan. Cikgu bagi jelah surat apa-apa pon pasal lawatan or camping, copek yo mak bapak aku bagi kebenaran! belajar-belajar jugak, tapi bila time berseronok and nak dapatkan pengalaman, mak ayah aku no hal.. 




hari ni budak darjah 1 ada orientasi. so sepatotnya mak ayah yang kena teman si anak tarzan tu. tapi .. memandangkan aku ada kat rumah. memang tak diberi option lain, kompem kompemlah aku yang akan jadik "mak" budak tu. 

nampaknya aku macam "ibu tunggal". hikhik. sebab datang sorang-sorang.. al-maklomlah laki i out station (Adi Putra) jyeahhhh.. berangan..





muka tak boleh bla , sementara tunggu nama dia kena panggil


lepas budak-budak masok kelas, ibu bapa ada taklimat pulok~ aku dah rasa macam nak dapatkan katil and bantal pelok. aaaa ~

tak banyak pon berubah sekolah aku ni.. 


ingat lagi masa tahap dua, aku aktif dengan rumah sukan.
 Rumah hijau! yang selalu aje corot masa tu.. haha.. 

kat sini lah aku lawan bola tampar ! dulu aku suka bola tampar! 
sekarang? zzzzz.. 



Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1)
Jalan Enggang Timur, Selangor Darul Ehsan

yang tak disangka-sangka, cikgu yang dulu rapat dengan adik aku si Bella Lim tu, cikgu kelas zaqwan.. haih.. semua cikgu yang aku jumpa tanya pasal si Bella. dulu kat sekolah rendah memang cikgu-cikgu kenal dia. sebab dia aktif itu ini. sukan memang aktif sakan sampai kepala dia nak kena hantok kat dinding dek mak aku. then dia aktif dgn Caklempong lagi.. pengawas mawas pulak tu .. 





aaaa macam ni lah kot pecaya dengan kebolehan budak tu tangkap gambar ..
gambar aku nampak lobang hidong je haaa :D siot !


Rabu depan dah start sekolah  , macam mana lah budak tu .. hope tak merengek macam kakak dia dulu-dulu. ops ! (-.-")

p/s : Thanks Syazwani Mazlan untuk entry 6 blog yang aku suka tahun 2011 . Aku sentiasa menghargai pembaca-pembaca blog ni =)



Thursday, December 29, 2011

Puan Marya Hana.



Assalamualaikum kawan-kawan blogger ^^


Amacam ending Tentang Dhia. puas hati kome?hehe. kalau tanya aku, rasanya puas hati walaupon hero & heroin meninggal dunia. Kalau Zikir hidup heyyy teman tak dapat nak bayangkan ler macam mana dia hidop dengan perempuan tak sedo diri si Rose tu. dasarrrrr perempuan terhegeh-hegeh. eh emo apa kau ni Marya? tarik nafas .. kentot.. one more time bebeh! tarik nafas.. tahan ..



ok kita sambung. tu hanya intro semata-mata.



starting from now korang boleh panggil aku "Puan Marya". what the fish dapat title puan takda taufan takde tsunami ni. al-kisahnya pagi tadi aku call pejabat sekolah rendah yang bakal adik aku masuk tahun depan ni. ada lah benda-benda sikit nak ditanya. aku tersentap bila kerani tu kata :


"ya.. puan boleh datang ke pejabat nanti untuk dapatkan jadual pelajar tahun 1"


erk kejung aku kat tepi telefon rumah! PUAN? wow! haha.


mungkin aku lambat lagi nak kahwin. dan mungkin juga aku belum habiskan degree aku ni. hikhik. perasaan nak kahwin tu membuak-buak semenjak tengok Zikir dan Dhia (Tentang Dhia).


ini ke Puan Marya tu? ahak ahak gelakkan dia. muka macam budak tak cukop umur!
ok berhenti gelak. agak agak ah .. tahun depan 23 Tahun kot ..




untuk meyakinkan para pembaca sekalian, ehem .. silakan lihat semua persiapan adik aku untuk masuk darjah satu.. semua dibawah jagaan dan pengawasan Marya Hana.

serba serbi semua dah ada. baju sekolah kebangsaan & baju sekolah agama ^^

disebabkan budak Zaqwan a.k.a anak tarzan tu die-hard-fan Angry Bird..
maka aku beli pencil case pon "burung marah" itu :D

bag juga ^^

dia masok sekolah mana? sila baca betol-betol kat buku latihan tu.
ahaa sekolah yang sama akak-akak dan abang dia dulu

dari dulu memang aku kena tuliskan nama untuk buku latihan adik adik aku

masih ingat kejadian membalut hadiah untuk birthday kawan aku hari tu?
disebabkan failed , so aku beli pembalut yang senang ! zupzapzupzap siap!

Sabtu ni zaqwan ada orientasi kat sekolah dia. bak kata mak aku "Hari Melawat Tandas". kuikui. tapi betol jugak. yang paling penting budak-budak kena ingat tandas kat mana .. jangan kira nak kincit merata-rata..

risau jugak hari pertama dia kat sekolah. hope dia berkawan dengan budak baik-baik. budak pandai. and paling penting dia pandai berdikari . al maklomlah adik bongsu ..

p/s : Thanks Fatin Nasir untuk entry "I Adore Her". & Kenshiro untuk entry "Blog Wanita Terbaik 2011".



oklah , bye bye.










Tuesday, December 27, 2011

Sponsored Post. apa nak buat?

Assalamualaikum kawan-kawan bloggger ^^




Masa aku mula-mula blogging, satu haram pon aku tak tahu. menaip merepek mestilah bakat semulajadi. tapi masa tu nak pilih layout ke. nak adjust apa-apa yang patot kat blog ni semua aku tak pandai. cuma berbekalkan azam yang kuat dan semangat anak merdeka (konon) aku cuba jugak sampai mahir! berapa banyak kali give up sampai gigit selipar. akhirnya .. aku godek godek, hah jadi jugaklah blog haa walau tak somonggah. kui kui ^^




and bila aku tengok kat blog orang lain ada iklan apa jadah kat tepi tepi blog, aku pon ada rasa ingin tahu. so aku pon register si NUFFNANG. tahun pertama dan kedua aku blogging perghhh seksa bukan main. earning RM 12.50 tak naik naik (-.-"). eh yang tu ok lagi kot. ada kawan-kawan yang mengadu RM 0.25 sen stay sampai sudah.




bila bilangan follower makin bertambah, maka secara tak langsung bilangan viewer bertambah. so nuffnang berbaik hati mula bagi aku Buffered Earning. masa ni earning aku dah adooo perubahan sikit demi sedikit. dari "posen" dia naik ke "puluh". dari "puluh" ke "ratus". cuma "ribu-ribu" je aku tak pernah cecah. untuk blogger yang dah cecah ribuan ringgit, tahniah! bukan senang nak buat duit hasil dari penulisan kan? nak-nak personal blog. terkedek kedek nak naik.




tapi Hanis Zalikha membuktikan yang personal blog pon boleh berjaya. tapi kot personal blog macam aku ni payah, berat and seksa sikit ah. meraban tak sudah.




baru-baru ni aku ada terima satu cek dari Nuffnang. jumlahnya rahsialah deyyy. kecuali si dia yang ikot aku pergi cash out kat bank haritu.kuikui. nanti kena belanja dia , supaya dia tak bocor rahsia (-.-") haha.



alhamdulillah ..

selain belajar, ada jugak side income yang aku dapat..





tapi pagi tadi macam terkejot cipanzi depan laptop !
mana taknya , buka je nuffnang acc ternampak satu lagi objek pelik hehe.





sponsored post kiri sekali tu haaa. siapa tahu pasal sponsored post tu..? yang ni aku lemah sikit. dengar kata kalau kita buat sponsored post, untungnya berlipat kali ganda. boleh cecah ribu-ribu. yeke? ok kita serahkan pada yang pakar :)


p/s : terima kasih Nuffnang ! :)









Kenapa suka mandi?

Assalamualaikum kawan kawan blogger ^^


Kenapa aku suka mandi ?
Kalau salah jawab ni maka jatuhlah reputasi aku sebagai anak dara. hiew hiew. ada orang suka mandi sebab dia TERPAKSA mandi. kot tak mandi 15x sehari, lembu lalu sebelah pon boleh ta'un. maybe hormon orang jantan berlebihan maka dia mengeluarkan peluh yang berlebihan. it's ok, itu boleh tepuk tangan sebab ada effort nak mengharumkan bukan ketiak jiran sebelah, ketiak dan badan sendiri jugak. ye dak?



tahu ke laut ke laut .. lain yang ditanya.. lain pulak yang aku merapu, kembali kita.

Dari sekolah sampai sekarang .. (konon sampai sekarang) aku suka mandi sebab :



Kaki Berangan , bukan buah berangan.
masa zaman sekolah kan hot dengan AF. bukan Alam Flora tapi Akademi Fantasia. so aku selalu tengok video masa diorang tengah audition tu. jangan haraplah nak tengok je, mesti mau "feel" sket! korang perasan tak, sebelum menyanyi diorang akan sebut nombor giliran audition tu. contoh :


"saya bernombor 001 akan menyanyikan lagu Awan yang terpilu".
amboi amboi aku pon pandai ! dalam bilik air perasan sengsorang.


"Hai saya marya, bernombor 000 akan menyanyikan lagu Pelamin Anganku Musnah".
lepas tu PERAHSANTAN ler sorang-sorang. macam dapat pergi next stage.





aip aip jangan pandang lama-lama. ni muka nak membuta.

Koleksi barang mandian
selain aktiviti sihat iaitu "berangan", koleksi barang-barang mandian pon boleh mendorong aku untuk mandi dan mandi lagi. tak percaya tanyalah roomate aku. sabun yang ni tak habis lagi, dah beli sabun lain. sabun yang nu tak habis lagi, gatai tangan pergi guardian beli itu ini. hoi! apa nak jadik entah ..







kat rumah aku pakai Satsuma Showel Gel. best sangat bau dia.
terasa segar sentiasa, The Body Shop apa-apa pon best ..


aku rasa aku lebih terarah ke bau bauan yang berunsurkan "limau".

tak cayo? meh tengok barang mandian aku kat UiTM pulak.


Shokubutsu, Orange Peel Sensation

setakat ni, yang terbaik ..



lavender spa exfoliating bath scrub, Guardian.

yang ni pon ok gak, untuk menyental daki-daki di mana jua ^^ haha. belakang si lavender spa exfoliating bath scrub, dua-dua Shokubutsu yang masih ado isinya. ish ish ish.

so, korang belilah barang-barang mandi mengikot citarasa masing-masing. supaya rajin sikit korang membersihkan diri. sambil sambil tu kot nak ikot peel aku berangan dalam bilik air pon boleh, 2-3 album no problem punya aku belasah!


Bilir air bersih
Orang kata, kalau nak tengok seseorang tu pembersih ke tak kena tengok toilet dia. macam aku memang dah sign kontrak beros toilet. That's why toilet rumah or toilet kat UiTM bersih sentiasa. nak melabur pon tak segan silu. selesa ajoooo ^^. cuba bayangkan taik cirit bersepai-sepai kat lantai toilet, selera ke nak mandi manda kat situ..? aduhai .. naik bulu roma den!


ok lah korang, adik aku dah kacau haa. suruh tengok dia main game. bye!


p/s : final exam dah dekat, goodluck korang .. ^^











Monday, December 26, 2011

Filem Pendek 'AL-JAHIIM'. (youtube)

Assalamualaikum kawan-kawan blogger ^^



Semenjak wujudnya facebook , 1st thing yang aku akan buat lepas bangun tidur of course lah kemas katil dulu. and then on laptop untuk tengok perkembangan terbaru kat facebook. Tapi bukan dok jaga tepi kain orang. aku just tengok kot-kot ada event penting, al maklomlah dalam umur-umur macam gini ramai kawan yang jemput ke majlis perkahwinan .. i'm so happy for them ! :)


dalam pada tu ternampak pulak my classmate dah upload short film
yang korang mintak nak tengok tu kan?


kalau ada sesiapa yang nak tengok short film AL-Jahiim silakan click sini.




Thanks faraamaness sebab sudi tunggu entry baru kat blog kusam ni. ekekke. actually aku baru balik dari kampung sebelah mak kat Durian Tunggal, Melaka. so maybe dalam masa terdekat ni akan update 1 lagi entry. (eh tiba-tiba rajin pulak makcik ni. padahal assignment untuk study week ni berlambak-lambak. macam takkan study je ! wekkk )


ada yang dah menjenguk Short film Al-Jahiim kat Youtube?
yang dah tengok silakan tinggalkan comment yang bernas, nenas dan ganas. hehe.


ohh ye ! ini sedikit imbasan the making of AL-JAHIIM.



masa balik dari shoot scene akhir, kitorang sempat melahap cendol durian kat tepi jalan. perghhh memang terbaik. sebelum ni tak pernah rasa pon cendol durian, selalu mencekik cendol pulut je. yang tu memang favaorite den !





semangat waja tak? makan cendol ditemani camera.




ok lah , babai ! :) jangan lupa tengok short film tu and comment .. TQ semua..


p/s : aku jadi extra. teka ah kat scene mana ! haha lawak je !







Sunday, December 18, 2011

The Street Cafe & Japanese Video Project.

Assalamualaikum kawan kawan blogger.

Rasa lega masih ada kesabaran dalam hati aku ni. "BEROKBAND" maxis dah buat aku bertukar menjadi hulk. urghh kurakura sangat. ni baru dapat menaip (-.-") 


ok seperti semester-semester lepas, kami akan shoot japanese video project. kali ni sengaja pilih "Kankoku resutoran" (Korean Restaurant). motif asalnya sambil menyelam minum air. ye dak? lagipon kawan-kawan aku dah selalu menyalak ajak makan kat situ. rasanya ini adalah entry kali ke-3 aku pasal THE STREET CAFE. 


The Street Cafe ni senang je nak cari. 
location betul-betul berhadapan dengan Taylor College, SS15

takde gambar kitorang tengah shooting sambil pegang skrip ! haha. 
gedebak gedebuk , perot pon dah berkeroncong.. apa lagi? bedal !





kami yang terlibat kecuali dua orang sang teruna haha. 



ohh ni dayang-dayang ..




apa yang aku sorokkan tu? muka macam yeyek je.

ok tang ni memang aku sendiri telan air liur. memandangkan cafe & dining uitm kitorang ditutup selama 2 minggu , budak-budak UiTM Puncak Perdana dah macam mangsa-mangsa kebuluran (T.T)




lunch box 

Raboki Cheese ( kalau tak silap )

yang paling best and dinanti-nantikan..

ICE KACANG ! sedap gila dessert dia . eh tak boleh digambarkan dengan kata-kata. 




dah puas mencekik . what's next? 



Watashi no koibito desu.


muka control tu, padahal tengah geli ketiak pandang si dia macam gitu :D 




aku pelik kenapa gambar ni nampak macam "wanita mengandung"



Tomodachi desu.







ok semua dah setel, tinggal editing aje .. 

oi pemalas gila aku nak type kali ni ! haha . alahai korang memang nak muntah tengok penulisan aku. so ok letewww gambar-gambar je bercerita :')  bye .















Tuesday, December 13, 2011

Prank and Jokes.

" We turn not older with years, but newer everyday - Emily Dickinson "
Assalamualaikum kawan kawan blogger. 


Semenjak aku dah tak berapa busy ni, aku jadi seorang yang kuat mengelamun. Lamunan terhenti bila orang-orang sekeliling kata " hey yaya apa yang kau menungkan tu doh?". ok ok aku akui makin kuat berangan lately. semua sebab penangan Ombak Rindu.


berombak-ombak hidup aku, sampaikan masa japanese oral test tadi aku bawak props gambar "Aaron Aziz" kat sensei (cikgu) as my "koibito" (kekasih). suddenly sensei kata " awak peminat Aaron Aziz eh".. (sambil terkikik-kikik) LOL. dia perasan ke tu gambar Aaron Aziz? baru nak fefeeling jadi "koibito" dia. muahahaha. 



Korang, jujur aku kata ..



aku terkaku terkelu terkematu masa type entry ni. maybe agak lama tak menaip so ayat aku macam "skemaaaaa badot". skema pon skemalah ye dak? janji korang sayang! eh okay seperti yang aku janjikan . aku memang nak update since yesterday. tapi mata ni jahat tau, kerja nak buat taik mata je. hikhik.


tahun ni rasanya paling banyak surprise birthday party yang terjadi dalam hidop aku. birthday zueziana, marina, diri sendiri, and baru baru ni birthday ema, classmate aku. (plus sebenaunya nak buat surprise utk si dia hari tu tapi busyyyyy sangat, kesian dia)

plan asal nak kenakan ema , sebab dia ni jenis yang cepat menangis kalau tension. so macam-macam benda yang kitorang nak create supaya dapat kenakan dia. tapi memanjang tak jadi ..


at last kitorang decide untuk buat surprise kat rumah dia (kolej) which is atas rumah aku ni je pon.


petang tu mintak tolong si dia untuk teman beli cake. dayang-dayang yang ikot ialah dua heko ikan buntal iaitu shinkumi fatin and zueziana evans. (nickname mereka, geli ketiak aku)





korang suruh lah aku angkat barang-barang teknikal yang superduper berat sampai retak tulang temulang but jangan suruh aku "balut hadiah" ! hancur lebur .. 

actually butterfly tu dijadikan hiasan untuk mengaburi mata birthday girl supaya tak tertumpu pada skill marya hana membalot hadiah itu (T.T) ghope gampang .. 


aku dapat satu idea, last minute.. apa kata kita deco-deco sikit rumah diorang supaya nampak berseri and ada jugak port untuk kita borak-borak masa potong cake .

so nampak tak gambar kat atas, my teddy termasok dalam kategori props. haha. 
sebab dia gila glamor jugakkkk ! 



semasa sesi deco , birthday girl ada hal kat damansara. so kitorang (aku, fatin, zueziana, ana) macam lipas kudung buat itu ini. 



disebabkan ada baki lilin yang berlebihan dari props filem pendek Al-Jahiim haritu, apa kata kita gunakan sebaik mungkin. Zueziana and Fatin susun lilin-lilin tu menjadi huruf "HB" (happy birthday lah deyyy)


aku pulak sebok menampal nama si birthday girl tu.


"emahana" siap !  bukan marya hana ye. ekekeke.
wah teddy aku dah ditemani girlfriends lain lah :') 


tiba-tiba tersedar, air botol tak beli. ada jugak yang tercekik banana chocolate cake ni karang ! so aku dengan busyuk masyem tak mandi mandi turun pergi koop mencari air botol. apa yang aku dapat? takde air botol besar? yang ada pon kecik kecik je. apa keheylah ni yob.. so aku dengan hampanya mesej one of my friend yang keluar sekali dengan birthday girl , suruh beli air botol. 


tapi.. malang tak berbau. (cuma aku je yang berbau masa tu, sebab tak mandi)


diorang dah nak sampai puncak ! kemainlah aku kelam kabot . al kisahnya budak budak yang deco-deco dengan aku tadi tengah ulalalala mandi manda . memang diorang mandi kerbau jelah kot .


teros aku panggil budak-budak lain naik atas rumah sekarang !
perintah berkurung . haha. 


pandainya aku, mandi TAK. tukar baju je. haha. 
masa ni tengah tunggu birthday girl naik rumah dia  .. 

dah berbahang gila, dengan lilin yang banyak 


tu dia birthday girl kita, ema yuhana

orang yang tulis nama atas cake ni memang nak kena penampo jepun.
ema yuhana jadi -----> emayana ! mak ai ..










semua yang terlibat :') 

classmate since diploma 2007.

mastermind for this surprise birthday party
zueziana and me :')

akhir kata , happy birthday ema. kita dah 22 tahun. next year bertambah-tambah lagi umur kita. tapi kenapa kita semua macam kanak-kanak ribena. kan? haha.



p/s : lately beberapa blogger ada review blog aku, masokkan dalam list blogger pilihan, THANKS a lot ! sayang pembaca-pembaca blog ni .. <3