ARIGATO GOZAIMASU.

Sunday, October 30, 2011

Naik Hantu and Sejuk Balik.

Bila fikiran berserabut, semua perkara kita nampak salah. even tengok kain baju sendiri bersepah dalam locker pon dah boleh naik hantu ! orang sembang kat sebelah pon macam tak wujud. apa nak jadi? then dengar lagu sedih sikit pon dah boleh menangis keluar air hingus.



kadang kadang terbayang, kalaulah saat ni aku dapat melancong pergi korea ke, jepun ke.. SORANG SORANG. best kan? tak tension macam sekarang.



mak ai assignment menimbun.


student project dah berjalan (T.T) wuuu ..
ni betol betol di bawah tekanan..



Bila tengah marah , perkara yang paling best ialah luangkan masa bersama family. semalam, before aku dicampak balik ke UiTM, uncle aku nak belanja makan. al kisahnya dia menang pertandingan karaoke kat tempat kerja dia. haha. mesti yang lain lain tu shengauuuu kan? tu dia menang . wekkk.



makan kat Murni, Taipan.

yang bestnya cuba korang tengok nama setiap air yang kitorang order ni


My Sweet Heart


I love You


Pink Panther
ni anak raksaksa punya. sambil minum dia kata :

"huiyoo sedap, TERBAIK .. " (ye ye o je budak ni)


ni aku punya
Ice Blended Chocolate Banana. terasa macam makan kek Secret Recipe tuu



sepinggan dia macam 2 orang punya makan . jenuh aku nak habiskan .




kalau korang nak cuba, boleh lah google mana tempat tempat yang terdekat dengan rumah korang. ok daaa ! baju kurung tak iron lagi ni , kelas ! kelas ! :P







Friday, October 28, 2011

Couple Potrait ♥

Dari sekolah menengah minat aku bermuncung muncung itik depan kamera. Masa tu aku pakai handphone Nokia 8310 mana hadoo kamera nyah ! TENSION ! then aku sesah handphone sabun bapak aku. masa tu kira paling canggihlah kot ..





lepas sesah handphone sabun bapak aku , aku pon .. :
  • ada handphone kamera sendiri ! bertambah tambahlah koleksi gambar syok sendiri dan kalau tengok balik sekarang, sendiri pon boleh muntah, cirit, rasa nak hempas laptop! ohh sorry ter'emo.

  • ada DSLR . itu pon terpaksa beli untuk subjek cinephoto. kalau tak, idoknya nak keluarkan RM 2000++ masa tu. merana tak dapat shopping sakan habiskan duit PTPTN yang akhirnya selalu mintak duit mak bapak sebab tak cukop duit nak beli makanan kenyangkan perot sendiri. hehe. ada DSLR pon tak banyak tangkap gambar sendiri , cuba kau bayangkan tangkap gambar sendiri guna DSLR, nampak hidong besar, muka seketol tol tol. haish.




korang perasan tak gambar syok sendiri dalam blog ni, adalah ehsan diri sendiri menjadi photographer tak bertauliah. kalau pergi mana mana segan nak kata :

" weh tolong ambik gambar " (permintaan kali pertama)

" weh tolong ambik gambar " (permintaan kali kedua)




kali ketiga .. just pandang je kawan tu.. (cebik sikit) then dia kata ..

"haa yelah. bak sini aku tolong tangkap gambar.."


so kesimpulannya , aku suka menadah muka aje ! mau bukti?


******
******
******
******
******



taraa ! aku dan si dia .. before this tak pernah pon ber'phootoshoot bagai ni. aku yang tangkap gambar orang ade lah . memandai suruh orang posing macam tu, macam ni..

ceritanya ..



si Syazwan Yazid (pemilik blog Dunia Khayalan) ni bestfriend si dia since sekolah menengah. dia ada offer kat siapa siapa yang nakkan photoshoot for free. janjinya couple yang still belum berkahwin di Syazwan Yazid Photo Gallery . suddenly dia offer kitorang untuk tangkap gambar couple potrait! katanya "aku just teringat korang..". haha bila fikir fikir balik bila pulak nak photoshoot ni. jadual shooting dah makin padat . next week macam macam nak kena present depan prof .



lama jugak tak update blog. bila ada kawan kawan yang terpandang gambar seakan akan gambar "pre wedding" ni, diorang kata " marya cepatlah update blog, even kenalan rapat pon".


so nak kasik surprise kat kawan kawan rapat plus rakan blogger sekalian.


this is my first photoshoot ! uuuu ..



:: angau ::



:: langau ::


:: bangau ::


:: sengau ::





Thanks to Fatin Athiera a.k.a Shinkumi Fatin coz menyumbang prop itu. hehe.





terserlah gigi lapis ku di bahagian bawah. TQ.



ala ala Save The Date letewwww :D


Thanks Syazwan Yazid (kawan kawan panggil dia Ajang) sebab offer kami berdua untuk couple potrait kau ni ! dan editing .. sesungguhnya aku suka hasil kerja kau :') thanks Zai jugak sebab bangun pagi pagi buta teman ajang gi photoshoot. hikhik.



lain kali kalau nak eksperimen, offer lagi ! bye. haha.


p/s : untuk tengok hasil hasil si Syazwan Yazid , korang boleh like page dia Syazwan Yazid Photo Gallery. ada blogger yang nak kahwin? perlukan photographer? nah .. harga berpatutan, hasil menarik. rundinglah dengan si Ajang tu ye ..







Saturday, October 22, 2011

Ada bakat lakonan? andalah yang kami cari.

Boleh tak buat macam takde pape? kemain lembab lagi si Marya ni update blog. ok sorry guys sebab minggu ni dan minggu minggu seterusnya busy dengan pre-production. ni pon sebenaunya baru siap poster untuk casting.



so kot kot kat sini ada blogger yang berbakat besar..



meh lah casting kat UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana. siapa siapa pon boleh datang. dengan berbekalkan bakat bakat korang yang terendam dan terpendam , silakan !



selama ni korang dok offer diri, nak jadi "pelakon". nak jadi "pak pacak" tiang lampu dan sebagainya. hah moh le korang semua.. peluang ni ! subjek director terkenal , Prof A.Razak Mohaideen. so secara tak langsung prof akan tengok bakat bakat korang if dapat belakon dalam short film kami.




so boleh baca kriteria yang kami cari .


siapa siapa yang berminat nak casting, boleh call syahmi tu eh !

ataupon sebarang pertanyaan di fanpage Marya Hana. (akan dilayan) utk yang benar benar serius nak casting . daa..







Tuesday, October 18, 2011

Wordless Wednesday 9 : The Street Cafe

Halal Korean food at ..
The Street Cafe SS15/8 , Subang Jaya


betol betol berhadapan dengan Taylor College Subang Jaya

:: gambar tengah tahun lepas ::

semalam .. datang serang lagi ..


menu baru.

lunch box

harga berpatutan ! BEST !
Owner dia korean , plus dia sangat friendly :')








Sunday, October 16, 2011

Makan Free dan huha huha.

Lelaki lelaki terutamanya suka "makan free". pantang di ajak ke kenduri kahwin, birthday party, open house laju je diorang say YES.



macam mana dengan kaum wanita macam kita kita ni? ada je alasan lain yang lebih munasabah contohnya "sorry i nak basuh kain baju kat rumah dah setambun" or "i tak dapat pergi sebab i dah janji dengan bff nak pergi shopping".



ceritanya ..



si dia kemain awal dah jemput makan makan kat rumah dia hari Jumaat 15 Oktober. aku pon macam OK je. tiba hari yang dijanjikan, mak ai aku boleh lupa. kemain berdondang sayang dulu kat rumah golek golek ayam golek. tuptup dapat message dari si dia "pukul 9 i ambik you".

jangan bayangkan macam mana aku bersiap, lagi selekeh dari lipas kudung.




rumah sewa si dia dan kawan kawan kat sebelah UiTM ni je. Pangsapuri Resak which is famous among students. ramai duduk rumah sewa dekat situ, senang and dekat nak pergi kelas. ketiak pon tak basah .



masok masok je rumah terpesona dengan rumah hijau ni, cantek ! tapi kawan kawan si dia macam pandang lain macam kat aku. aku pon pelik ..



tiba tiba cake datang dari belakang and semua nyanyi "happy birthday to you..". haa haaa tak tau aku kena prank buat kali yang ke-dua. aiyoyo .

muka terkejot tu :')

yang sebelah aku bertudung tu Nia, dia and aerel sambut 4th anniversary ..


khusyuk diorang tengok episod akhir Tahajud Cinta


yang menjayakan : ali, aro, aerel, nabo, mila, nia, iera, kayren, zack,nizam, nadiya

Thanks a lot guys ! special thanks to my love sebab buat surprise kali kedua. nasib baik i tak saket jantong hoho .

makan makan !diorang masak sendiri semua ni ..


so masa nak balik tu si dia kata tutup mata sebab dia ada hadiah !


besarrrrrrrrnya bear! suka sangat ! hikhik.


masa ni kaki dia still tersepit ..

masa bawak masok kolej tu semua orang pandang. tapi aku wat derk je :P




aku tak rasmi lagi bear tu selepas dua hari aku dapat . so semalam ..


hiyak hiyak ! rakus kan?
tak pernah dapat bear yang besar macam ni



bila dah bukak, omak kau ! tingginya bear tu. tak sangka pulak ! dah nak sama tinggi dengan aku haaa. lebar toksah kira ah, berkali ganda dengan aku . haha. melawan tuan ni


tengok ! aku nak tido mana hah? dia aje dah satu katil :D




p/s : Hai kak Nani, tuan rumah yang si dia and kawan -kawan sewa untuk sem ni. dengar kata akak baca blog ni eh? alololo malunya .. hikhik.. btw, rumah akak lawa :)








Friday, October 14, 2011

Musuh ketat.

dalam banyak banyak perkara , aku paling tak suka difitnah . bukan aku je, kalau korang pon mesti rasa nak wrestling je manusia mana yang suka bawak bawak mulot ni kan. FITNAH adalah musuh pertama aku. musuh kedua apa benda korang agak agak?







mengidam adalah musuh seterusnya.

kenapa aku tak suka mengidam? sebab aku akan dapatkan jugak dalam masa yang terdekat. contoh untuk entry kali ni, aku mengidam gila nak makan Seoul Garden. once dah masok dalam tekak korang, percayalah korang akan selalu nak makan nak makan dan nak makan lagi.



ok jom ! hari Khamis after japanese class kitorang teros ke One Utama. ada dua tujuan asal iaitu makan di Seoul Garden and tengok wayang filem "KLIP 3GP". lecturer editing kata filem tu bagos. sekarang aku dah tahu kenapa dia kata bagos, cara editing dalam filem tu buat aku teruja. yang selebihnya bab narratif ke apa benda ke terpulang kepada individu.



aku cuma kata teknik penyuntingan dia BEST.


suka tengok gambar ? nah ~


marina and marya



kat seoul garden ayam aku tak pandang ! aku pandang daging aje



muka khusyuk bakar membakar ..

ok bye ! still teringat ringat seoul garden. asyik nak mencekik je kerja aku ni.

gemoknya idok