ARIGATO GOZAIMASU.

Friday, September 30, 2011

Bini-biniku Gangster pakai baju Padini. eh kenapa dengan tajuk aku?


[ sebelum tengok Bini biniku Gangster ]




Ema : Watak Yana Samsuddin dalam Bini-biniku Gangster macam kau doh Marya..

aku : huh? kenapa pulak?

Ema : susah nak cakap.. kau kena tengok sendiri, nana yang cakap.. tengok watak yana tu macam kau. cool je..

aku : aku cool eh? ok mimpi ngeri (>.<)




[ semalam dengan segera tengok Bini biniku Gangster ]

watak yana samsuddin dalam filem ni bagi pandangan aku seorang isteri yang lemah lembut ikot kemahuan suami, sanggup bekorban demi orang yang dia sayang, and paling syok dia GANAS. that's why tajuk filem Bini biniku gangster kannn~



ganas tapi hati lembut kan? haa tepat sangat perwatakan tu dengan aku.
[paling tepat]



Yana Samsuddin jadi gangster menjadi. tapi Intan ladyana macam kureng bagi aku. cara dia tendang orang pon salah. diorang kena belajar basic martial art dulu kot before shoot filem ni. tengok watak diorang ni teringat dulu masa sekolah aku ada black belt taekwondo. sekarang ni kot berkelahi agak agaknya jadi pondan balik sebab dah lama tak practice.



ganas ganas jugak. tapi scene yana samsuddin bersedih yang dia tak boleh kasi zuriat kat laki dia tu aku nangis slow slow. hikhik. orang perempuan je paham perasaan macam tu ..



sementara aku pusing pusing Times Square semalam, si dia pon melangok jugak dengan kawan dia. gi mana ? siapa siapa yang kaki shopping mesti tahu dia pergi mana !


haa dia dapatkan satu untuk aku

Padini WareHouse Clearance

ni haaa ! si dia ada tangkap gambar berapa banyak manusia kat sana. aku tengok sambil membuntang mata , mak ai sumpah ramai ! kalau aku mesti dah chow balik rumah tengok drama korea lagi best .



malam tu kitorang makan sama sama, then dia bawak satu plastic.

"untuk you. size S tapi taktau lah u muat ke tak "



sorry, background meja study pulok


blazer ni nice sangat! padini mesti nice ..

harga sebenar RM 219.00 korang hanya keluarkan RM 5.00 untuk ini?
macam mana ? best tak?


tapi untuk korang carik yang betul betul sesuai dengan badan sendiri payah le. dengan orang kiri kanan depan belakang dok berebut. bak kata si dia, ni nasib nasib je dapat blazer perempuan , SIZE S untuk girlfriend dia yang keding ni. kehkeh.

terus try , sumpah paling ngammm dengan badan aku.

boleh pakai untuk buat presentation nanti ..

sorry, tak sempat nak iron cantek cantek dulu. teros try pakai :')

hari ni last kan sale tu? kalau korang berani nak tolak tolak kat dalam warehouse tu silakan pergi sana. HEHEHE~








Wednesday, September 28, 2011

Tak sudi nak buat bini.

Al kisahnya semalam lepas MENGANTUK menguap terlentang tengok filem karipap karipap cinta, kawan aku mai tido rumah. takde katil kosong so dia tido satu katil dengan kawan aku.


dia kata "fatin gesel gesel pipi dengan aku" so aku tido kat atas lantai. tak berapa minute lepas tu aku kena libas pulak dengan bantal marya "




what the..

aku tidur seganas tu ke? hua hua. siapalah sudi buat bini pompuan ni. habis semua dilibasnya nanti . baik tido dalam kandang ghimau je. maghia maghia ..



gaya dah ayu ! tapi tidur terbongkang libas sana sini . adoi ~ gambar ni beberapa minit sebelum aku publish entry ni. hehe. kitorang pemalas nak buat japanese homework, so click click ! :')


bye semua. gudnite ..






Tuesday, September 27, 2011

Karipap Tak Lalu Makan.

Masing masing dah kecot perot.

minggu ketiga takde satu cerita pon yang Prof A.Razak terima. sampaikan dia kata "masih sempat lagi awak semua nak gugur subject, daripada semua repeat class ni semester hadapan". perghh sentap mak nak !


mengikot pengalaman diploma, prof memang payah nak endorse cerita yang kitorang pitching. sebab dia ambil kira banyak aspek, dari segi logik cerita, watak and macam macam lagi. tinggal beberapa minggu je lagi nak keluar shooting, minggu ke 9. Pre production taknak lama pulak kan? rasa macam tak sempat aje. hai.. semester ni paling stress!




so if korang ada idea untuk short film, boleh lah share kat sini.
sharing is caring maa.. hehe.

short film tau, bukan telemovie. duration untuk short film 8-10 minutes.


stress ke diorang ni? muka sumpah bergumbira ulalalala ~

merah makngah aku semalam ! semangat waja .. tapi time pitching depan prof suara macam itik tertelan selipar jepun. gelakkkan dia !! (T.T)

aik. gambar ni aku nampak sontot? grrr ~



untuk menghiburkan hati yang lara, malam semalam aku and kawan kawan semangat berkobar kobar nak tengok filem Karipap Karipap Cinta. Tak kisah lah filem tu best ke, hancur ke, janjinya kebanyakkan filem tempatan kitorang kena tengok. senang nanti bila lecturer tanya "awak dah tengok filem tet tut proot" . DAHHHHHH... so boleh berdiskusi dalam kelas.



tapi baru baru ni lecturer kata ..


"contoh cinematografi yang baik dalam filem Anu dalam botol. sape belom tengok?"


[ok berderet deret manusia belom tengok . termasok aku. filem tu memang terperuk dalam laptop tapi tak berjaya ditonton lagi ] malam ni jugak aku lenjan.



aku punya blog kan? patotlah suka suka hati merepek meraban sampai lupa pasal Karipap karipap cinta ni. dulu masa aku belum belajar filem, semua cerita aku main bedal je.


bila habis cerita, dalam hati cuma nak kata "best or tak best aje"..


tapi betul kata lecturer, kalau belaja perfileman tapi mentaliti macam orang tak belaja filem, awak memang bermasalah. ting tong! kadang kadang aku pon main bedal je. tengok sambil lewa. tapi serius untuk filem ni, beberapa komentar (komentar tuuu) yang aku boleh list kan :

  • lari conti . terutama masa babak ali kena belasah dengan mamat pencopet beg sarah umairah tu. masa tu rambot dia maintain je. next scene kemain berserabot pulak rambot dia plus baju kemain koyak sana sini. before tu tak seterok mana pon.

  • pemilihan pelakon . si gambit dengan perempuan yang jadi sarah umairah tu errr macam tak kena je. Gambit boleh diterima, tapi watak sarah tu why not cari pelakon yang memang dah bertudung. tapi kalau tak bertudung pon takpe. nama pon PELAKON. boleh bawa watak yang pelbagai.

  • wardrobe si sarah umairah tu. lengan pendek, dada terbuka, baju jarang. eh aku dah makin pelik. si sarah tu lulusan dari Universiti Al-Azhar kan? kot ya dia memang seorang yang "free hair", untuk watak tu at least dia lengkap bertudung. bukan selendang tunjuk jambul.

  • dialog yang Sarah Umairah cakap macam serba tak kena. sebagai seorang yang terpelajar plus dari Universiti Al Azhar, macam mana dia berdialog dengan Ali?

sarah panggil ali dalam bilik gelap
" wey wey... "


masa chat kat facebook kot dengan ali .
"hai .. hai .. "
(assalamualaikum takde? )

  • screenplay pon macam terperanjat berok kitorang tengok. contoh masa scene sarah and family makan bersama dengan ali. masa bapak sarah kata yang si sarah tu kemain suka karipap. cuba korang tengok macam mana cara sarah minum air. perempuan yang sopan patotnya pegang gelas sebelah tangan. tapi si sarah ni pegang dengan dua dua belah tangan plus siku atas meja makan.

  • extra yang sama berulang ulang kali dalam beberapa scene. sampai kita dah kenal yang mana satu . grrrr tension.

  • ada satu scene tu diorang pergi rumah boss ali untuk dapatkan nombor peti besi, balik balik je dari rumah tu diorang naik 5 orang satu kereta. sarah tu boleh pulak duduk belakang tengah tengah diapit oleh lelaki kiri kanan. sempit mempit lah, yang si syawal AF tu duduk sebelah driver. mak ai.. kalau sarah tu memang graduan universiti al-azhar tak hingin de dia nak duduk rapat rapat macam tu. baik naik LRT je kan kan ? :D



rasanya takat tu je comment aku untuk filem ni. bak kata kakak senior aku, baca novel lagi best dari tengok filem. bila dah divisualkan kita rasa kekok and gambaran kita masa tengah baca novel menyimpang jauh.



rasanya pengarah filem ni pernah hasilkan karya yang lebih bagus. maybe ni salah satu kegagalan dalam hasil hasil karya beliau. hope dapat perbaiki kelemahan kelemahan yang ada. hope dapat tengok hasil hasil yang lebih baik untuk next film :') bye.



p/s : aku salute dengan watak saudara emman manan sahaja dalam filem ni. dia sentiasa buat yang terbaik untuk setiap watak yang dia lakonkan. good job !






Saturday, September 24, 2011

Anak tunggal or adik beradik berderet-deret BEST?

Asal balik je dari Jaya Jusco meleleh air mata.


jangan haraplah asal mintak aje DAPAT. dapat penyepak free boleh la kot. masa aku kecik dulu aku pelik kenapa aku mintak ayah dengan mak aku belikan barbie doll asyik tak dapat. aku main barbie doll? yelah dol aku kan perempuan, sedikit pondan.


balik rumah Harapan Marya Hanya Impian sahaja (kawan kawan aku suka perli nama blog ni. ci-la-ke tak? HEHEHE~)


paling tak puas hati dengan kawan kawan yang anak tunggal. semua yang diorang nak mesti dapat. dalam hati pernah berangan kalaulah aku anak tunggal.. duit banyak banyak tak kemana. semua aku boleh pergi lenjan beli baju kasot bla bla bla.



adik beradik aku 4 orang. 3 orang dah besar , sekor je tercicir jauh sikit. aku sebagai seorang kakak sulung memang patot mengalah dengan adik adik.


Bila dah besar panjang (serta lonjong) macam sekarang ni.


ya aku sedar adik beradik ramai ramai barulah syok . anak tunggal best dari segi mintak- apa- semua- dapat. cuba bayangkan kalau dia dah kahwin and nak balik raya. sunyi kan?


contoh paling best adik beradik ayah aku ada 8 orang. perghh syok gila bila syawal menjelang. ramai sepupu sepapat boleh gosip gosip. loh tu ke tujuan asal? hehe.



yang aku peliknya ..

adik aku macam anak tunggal. mentang mentang dia sorang je yang duduk kat rumah. sebab orang lain semua dah nak kahwin ops ~ tersasul pulak [mood gatai]



terima kasih ranapkan duit PTPTN aku.
asal nampak "angry bird" dia sapu

aku pon nak jugak.
keperluan ni. bila duit keluar buat buat tak nampak. boleh ? hehe.

suka tissue holder tu sebab purple colour. plus tersama pulak dengan background blog ni. tak habis habis. pergi mana mana "eh cantiknya benda ni.. ". kenapa? purple.


p/s : hai hoi. aku update kat Durian Tunggal, Melaka. kampong mak aku. internet boleh tahan laju pulok ~ dulu , kura kura jalan lenggang kangkong.






Friday, September 23, 2011

Misteri kehilangan aku.

Ya allah akhirnya aku menaip ! sorry guys , aku nak sangat update blog tapi nak jaga suami ngan anak anak bukan senang. ceceh tipu je. actually internet kat uitm boleh buat aku sakit jiwa rasa nak hentak hentak kepala kat bucu katil. menyampah gila noks ~



straight to the point, baru baru ni aku ada pergi holiday dengan kawan kawan. dekat mana? aaa tu yang kena baca sampai habis. selalunya kalau plan nak pergi holiday at last mesti tak jadi sebab masing masing bajet artis sangat letewww~ ada hal lah . busy lah . tapi kali ni , yeah ! menjadi jadi . jadi?


ni bukan tikus yang mencekik. aku dan dia breakfast di Mcd KL Sentral sementara tunggu budak budak lain .


kononnya nak gerak pukul 11.30 tapi si Marina naik ktm pon pukul 11.30 . masing masing dah jadi musang berjanggut tunggu perempuan tu. KTM buat hal pulok ~ eh tiba tiba aku tak puas hati dengan KTM sekarang ni. tadi aku balik dari shah alam ke KL sentral 3 jam hek. tunggu je dah berapa jam.


then, boleh pulak train berhenti kat Subang Jaya kemain lama tak gerak gerak. kot aku sehelai sepinggang no hal. ni dengan barang barang kiri kanan, aduhhhh terkincit jugak le. muka macam nak pukul orang, takde dah "senyuman manis di bawa angin".


okeh sambung balik ..

dah sampai ke destinasi. agak agak kat mana? jeng jeng jeng ..

ada orang dapat handphone ..[ jeles dalam hati sejenak ]


adik beradik sangat ~ (T.T)

bagilah aku duduk dalam hutan , mengangkung ke amende yang karot marot. tapi jangan paksa aku harungi KEGAYATAN. sumpah surender ! mual mual mengalahkan orang mengandung.



alamak kantoi kat mana ni? HEHEHE.

birthday siapa pulak ni? kalau aku update semua sekali dalam satu entry . wah ~ memang penat korang nak scroll down. kan kan? so biar lah menjadi misteri ..

bersambung .. [pertama kali ada entry bersambung macam ni .. ]










Thursday, September 15, 2011

Digi Myphone Shorties UiTM bolot kemenangan.


"UiTM menjadi perhatian di mata dunia" ..


budak budak UiTM sila bukak mata sampai nak terjojol pon takpe. teringat kata kata Encik Azhari Zain petang semalam masa Perjumpaan Dekan. walaupon sakit kepala dengan panas terik , tapi dalam hati ada rasa bangga dengan rakan rakan seperjuangan. macam macam pencapaian yang korang dapat. antaranya :


BELACAN, UiTM
[ Johan Digi Myphone Shorties ]

Cameraman merangkap Editor dalam PSA ni iaitu Kamil Hashim, classmate aku yang sememangnya berjaya dari dulu sampai sekarang. semua bidang dia mahir. directing ke, cinemato ke, editing memang salute ! sebab tu dia ni macam anak emas kat Fakulti ni. ramai lecturer kenal dia memandangkan dia kerja part time dengan Line Clear Production.


Surat Cinta, UiTM
[ Tempat ketiga Digi Myphone Shorties ]



kot korang ternampak iklan ni masa tengah kunyah cikedis depan TV. ya! tulah hasil pelajar pelajar UiTM Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik. untuk makluman fakulti ni dah nak tukar nama kepada Fakulti Filem, Teater dan Animasi .


buat masa sekarang aku tak terserempak lagi dengan iklan kemenangan UiTM ni. tapi ramai kawan kawan dah tengok. korang? ada tengok tak?


p/s : hope kejayaan yang macam ni akan membakar semangat kawan kawan untuk lebih maju ! cewah .. akhir kata UiTM Di Hatiku, FACT (Faculty of Art and Creative Technology) pon di hatiku . ada lagi kemenangan budak budak teater UiTM, diorang menang pertandingan menari kat luar negara and merangkul banyak pingat emas. tapi aku tak ingat apa ke nama pertandingan tu. tahniah jugak !






Tuesday, September 13, 2011

Aku suka baca blog yang macam mana.

Tak tahulah korang. tapi aku zzzz bila baca blog yang ayat berbunga bunga, berkerawang kerawang.


  • ada orang suka blog gosip . oh bintang ke. murai tercabot ekor dot com ke.


  • ada juga yang suka blog "har ni aq nak citer pasal bangla cebelah umah aq". eh ada orang suka baca blog macam ni ke? sah mata korang pon berpinar pinar pakej sekali dengan lidah terbelit celah gigi geraham.

  • ada orang suka baca blog fesyen macam dian pelangi sebab dia sweet.


(banyak lagi jenis blog)

  • dan ada pulak orang suka baca blog peribadi. sebab nak tahu perjalanan hidup seseorang blogger tu. kalau hidop dia tak habis habis depan tv, atas katil, kat meja makan haaa petanda anda harus stop untuk follow blog dia. lama lama boleh gila sebab kurang berkembang pemikiran.

  • blog photography best. tengok gambar aje. jangan buang masa baca penulisan yang serabot.

macam blog ni, nampak sangat personal blog. kiranya if kau baca pon tak dapat apa apa, kot baca dapatlah serba sedikit input untuk buat "ketupat" nanti. contohnya macam "hiew hiew meh kita gelakkan marya sebab adik dia suka wrestling dia sampai separuh mam, dah tu adik dia tu mulot-macam-joyah-joyah walaupon budak tadika aje". ish ish ish.


personal blog ala ala diari kehidupan kita. kau nak tulis blog hari ni aku berak keluar sayur kangkung malam semalam, lepas tu aku mentedarah itu ini lagi. tengah hari aku mencekik dengan my cayang mucyuk masyem bacin dekat dotdotdot. and then balik balik hostel je aku terbongkang tido mati bom meletop sebelah telinga pon tak terjaga sampai esok pagi.



TU PON BOLEH JUGAK.
[dialu alukan. tapi confirm and confident diri sendiri je yang exited nak baca. orang lain krikk krikk bunyi cengkerik makin rancak-non hadooo sambutan yang menggalakkan]


semalam kat UiTM ada pameran buku. boleh kata pameran lah kot. sebab banyak buku untuk dijual. macam buku keagamaan. motivasi. novel cintan cinton. komik. dan banyak lagilah.

mula mula ingatkan nak borong novel. tapi fikir sedalamnya "aku lagi suka online facebook and blog" dari membaca. aku baca blog orang, pengalaman kisah hidup orang lain pon dah macam dalam novel. so MENGAROT gila nak bazirkan duit.

sekali macam terpikat dengan satu novel ni. tapi ayat dia takdelah berkerawang rawang bagai. macam baca blog peribadi. cover dia pulak macam buku latihan masa sekolah. (tinggal satu pulak tu)

niat di hati nak tengok sinopsis novel ni. ce korang baca !
"ish macam sengal jugak ayat dia ni, nak beli lah !"


[kawan aku kata aku kuat membazir. ah persetankan semua tu. aku nak bace jugak]

Bisik Bisik Gelora tu kawan aku punya. nanti bolehlah tukar tukar.

tapi kitorang tak mula baca lagi. sekarang ni jenuh nak memikirkan idea untuk short filem. huwaaaa TERSEKSAnya. nanti nak blogwalking lama lama kat blog korang. mana tahu terdapat idea pulak nak "short film" kan kisah korang.

orang yang baru buat nuffnang. muka exited kan? macam macam tips dia tanya. macam mana nak banyakkan duit nuffnang le apa le. blah blah blah.

oh aku nak tertido sambil menaip ni. ok bye! :')






Sunday, September 11, 2011

Hari mendaftar Kolej Jasmine, UiTM Puncak Perdana.

Selalunya aku gemar daftar kolej hari Sabtu berbanding hari Ahad. sebab aku ni suka membongkang 1 hari sementara tunggu hari Isnin. boleh golek golek and selesakan diri dengan tempat tidur baru.


semester ni aku tak boleh nak terpekik terlolong bercerita pungpangpungpang sebab pengetua kolej duduk blok depan ni je haish (-.-") nak buat konsert dalam toilet pon pikir dua tiga kali .takot takot ada orang datang serbu rumah sebab nak offer jadi vokalis. <--- ok ni tipu habis.


untuk blogger puncak perdana, aku duduk kat 4E16. kalau ada makanan dua tiga plastic baru boleh datang jengok eh. kami mengalu-alukan kedatangan anda dengan dada terbuka ops tangan terbuka.


tapi semester ni aku daftar hari ahad sebab semangat berkobar kobar nak balik UiTM dah terhakis sikit. hikhik. macam lipas kudung aku dengan fatin mengemas satu rumah ni. bayangkan keadaan rumah yang ditinggalkan empat bulan. dengan lipas sana sini. lantai ish ish ish hitam legam !


ni katil aku yang dah siap dikemas . aku sepatotnya katil atas tapi kak yana nak tukar tempat so aku OK aje


bila aku daftar hari Ahad ingatkan aku orang yang paling corot . rupanya..

tengok meja aku je yang dah siap kemas.


blogger yang pernah baca pasal gambar kat dinding tu "macam kenal kan?".


fyi, aku dapat blok berhadapan dengan laman siswa. what the.. tak boleh nak bogel bogel dok rumah. wakakka. kang kena skodeng naya ! ish tak tenteram betol. nyampah.


ni view dari tingkap bilik aku. yang red area tu lah fakulti aku. haaa. bangon lambat pon boleh lari lari anak pi kelas kan? tapi er er.. aku ni bersiap sumpah lama. eye line 2 jam. bedak 3jam setengah. hahahaha. joking!


lepas mengemas barang , ingatkan nak membuta memandangkan mata dah kuyu. tapi bila geng lain dah masok rumah, bergosip tak hengat dunia. macam tak jumpa 4 tahun, padahal tak jumpa 4 bulan je maa.



tiba tiba si dia mesej, malam ni nak beli barang sikit kat PKNS dengan kawan kawan dia. aku ON je .dah le perot dah berdangdut sakan! lapar gilos.


masa singgah The Store teringat pulak celak celak aku bersepah dalam locker. so ternampak bakul yang sesuai untuk humban mereka.haha. tapi bakul yang ada warna pink euuw, hijau, biru. PURPLE? takde. eh marah marah.. then aku ternampak satu bakul purple yang disisihkan merata rata tempat. YES! dapat pon !


si dia : ehhhh. semua nak purple
aku : opcos! baru lah matching dengan benda ni.. (sambil tunjuk satu lagi barang)


yeah. dah selamat mereka di masukkan ke situ .


dan hanger purple jugak. daripada taknak tertinggal barang, yes! aku tertinggal hanger pulok.


oklah kawan kawan , aku update sementara minom milo panas tunggu kelas pukul 2 petang karang. bye bye ! :')





Saturday, September 10, 2011

Puas hati dengan VINCCI kali ni.

Roomate semester lepas si Cikcit selalu kata "banyaknya kasot kak yaya.. ". Bagi tuan punya badan, takdelah banyak mana. al kisahnya masa lalu depan kedai kasot, mata selalu melilau lilau tengok kot kot ada kasot yang berkenan di hati. lepas tu pujuk hati sendiri ..



"pssstt marya.. kasot semua dah buruk le. apa kata kau beli kasot baru? ala kali ni je KOT".



hengat kali tu je ke? masa dating dengan si dia pon mata melilau lilau lagi. ternampak pulak kasot yang dah lamaaaa sangat nak beli. dia kata



" eh u bukan ke baru beli kasot hari tu?".



ala. kalau tak beli sekarang, maybe lepas ni dah tak jumpa kasot macam ni. hah alasan ni kukuh kan? sorry le, selalunya nafsu beli kasot memang sangat membuak buak. handbag pon sama! tapi kenapa tadi aku tak beli handbag? sebab takde yang berkenan. sabarlah ~ kalau ada jodoh dengan handbag yang comel comel, memang beli teros. takde belek beleknya.



aku bukan jenis yang cerewet masa pilih barang. tengok tengok dalam 10 saat lepas tu teros kata "ok i nak beli ni". si dia selalu kata " wah senangnya u beli barang..". YEP. aku memang macam ni, malas nak belek dua tiga jam lepas tu tak berkenan tawaf satu mall untuk carik yang the best.



tu sunggoh bukan aku. beli baju pon tak payah try. sebab main agak agak je teros beli. alahai, kalau beli baju mestilah size S/XS. cuma seluar jeans je kena try sebab mak aku kata cawat dia lain lain. kot main bedal je, kena kau cawat dia rendah sampai nampak jubo camno tu? kompem mak aku dah siap siap penyapu depan rumah nak libas pungkok aku.


tadi nak beli sabun syampu bagai untuk balik UiTM esok. terlalu depan vincci, betol betol bahagian depan kedai dia display kasot tu. wah tak boleh jadi teros try !


blue black ni nampak smart plus kasot dia alahai lembotnya. tak macam flat shoe vincci yang lain. keras berdentum sampai menggigit kaki! tu yang makkk nak marah sangat .

puas hati betol bila pakai kasot ni. selesa dan lembut ~maka dengan ini bertambahlah koleksi flat shoe dalam rak kasot. ok sayang sayang sekalian, esok nak balik dah. bye ! :)













Friday, September 9, 2011

PENTING untuk balik UiTM.

Selain menyumbatkan baju-baju dalam luggage. apa yang patot kita prepare untuk masok semester? sabun syampu tu semua memang paling last minute selalunya beli dekat guardian memandangkan dokek yo dengan rumah den. persiapan dari atas sampai ke buku lali aku akan pastikan ADA. ya harus ADA.


walaupon aku hanya tertinggal sebatang pencungkil gigi, hui memang tak lena tidur lah gamaknya. okeh joking! tapi pokok pangkalnya aku memang melenting kalau ada barang tertinggal. bak kata adik aku si bella "kau ni perfectionist !". bila difikirkan "memang kot aku macam tu". sebab ?


  • cara susun baldi dalam toilet pon boleh jadi sebab utk aku mengamok kalau bersepah sepah. aku akan susun elok elok walaupon bukan harta aku.
  • cara sidai tuala. kot main sepok sepok hujung katil , aku yang akan tolong sangkot molek sikit. one more thing, sepok sepok ni boleh mengakibatkan tuala korang hapak.kannn~
  • kat hostel 1 rumah 8 orang. bayangkan berapa banyak kasot and selipar yang akan ada tepi pintu rumah? hari hari aku tukang susun selipar supaya kemas dan teratur.


tu lah serba sedikit. yang lain lain nanti aku fikir dulu kahkah. hanya kawan kawan aku tahu perangai cerewet aku ni. nak bersih saje!

ok, salah satu persediaan penting untuk masok semester semestinya gambar berukuran passport. bukan size 4R , 3R dan sebagainya. kalau tak, jenohlah tak boleh daftar kolej.




so tadi aku ambil gambar passport ditemani si mulot joyah. dah tu aku pakaikan dia baju kemeja. bolehlah dia tumpang sekaki memandangkan next year dia dah masok darjah satu. mesti cikgu suroh bawak gambar passport. taraa! dah ada kan!


siang tadi pergi kedai gambar
adik aku first time ambil gambar passport. tengok tu cara dia senyum . siap tunjok gigi depan dua batang. mak aku kemain gelak guling guling. okeh, kali ni aku nak puji dia ! eh eh comel apa !

ingat lagi tak lukisan aku dekat entry lepas? sebelom raya. ni yang dah siap punya. lupa nak publish. adik aku colour. and ayah aku guntingkan kertas warna. so kad tu dah selamat di tangan cikgu sekolah tadika zaqwan.

boboi boy yang kurang menjadi. tapi adik aku peduli apa? dia tak berapa jujur dengan mengatakan "eeee kenapa boboiboy macam juling je?" ataupon "alaa tangan boboiboy macam cacats". hikhik. dia cuma tersenyum dan sangat berpuas hati ! ohh sempat lagi aku update blog kan. baju apa pon tak kemas lagi. uwek. bye~










Thursday, September 8, 2011

Oh 4 bulan dah berlalu.

Bagi kakak yang mempunyai seorang adik kecil yang nakal, sangat bermakna hari harinya di UiTM. bila cuti terasa malas gila nak balik rumah sebab mengenangkan tak boleh tengok drama korea sebelum lelapkan mata. suka suki nak bersiram pukul berapa. boleh dating (ops menyimpang dari prinsip seorang pelajar berwawasan). hari hari makan kat kedai. tang ni den tak minat sebab makanan kat rumah lagi BEST KEBABOMMM.



siapa pernah makan kat rumah aku? haha. mak aku takkan menghampakan, macam macam lauk dia masak nanti. sesape yang nak beraya, tahun depanlah ye ! (>.<)



ceritanya budak degree cuti 4 bulan. dalam hati kata memang mati kutulah aku melangok kat rumah nanti. memandangkan malas nak carik kerja. boleh ulalalala kat rumah. tapi ...



CUTI 4 BULAN ANDA HAMPIR TAMAT. tet. maka akan bermulalah semula hari hari busy ku di uitm shah alam kampus puncak perdana. kalau belek belek subject semester ni , boleh bingai kepala otak aku. shooting shooting shooting . dulu masa diploma paling hazabbb kelas cinematography sebab aku sentiasa takde mood nak belajar pasal camera, lighting semua tu. tapi tak sangka degree ni ada pulak cinematography I, ingatkan dah boleh buat pengecualian kredit. non hadooo. kelas kali ni pengisiannya lebih sikit dari diploma. **nangis air mata darah**



uitm shah alam kampus puncak perdana ni comel lote aje. di situlah kolej. di situ juga fakulti. so pendek kata kot korang terlajak bangun tidur, bolehlah lari pecut ke kelas ye!

bila dah masok semester, tak tahu apa akan jadi dengan blog ni. mesti banyak mak menti (tikus) and lipas lipas berlari riang. kalau rajin and ada banyak masa untuk lepak, kompemmm update blog ! ok lah, petang karang dah mula packing barang untuk daftar kolej ahad ni :')

kepada blogger yang akan masok semester bulan 9 ni marilah kita motivasi semula diri. kot dah hilang pedoman sebab banyak sangat tengok tv kat rumah. kihkih.