ARIGATO GOZAIMASU.

Wednesday, June 29, 2011

TERPERANJAT BOBOY.

Assalamualaikum kawan kawan .
makin bertambah kawan kawan nampaknya bila terpandang
followers kat sebelah ni yang makin membiak . thanks semua :')




Tarik nafas dalam dalam . ye aku mula menaip! seperti budak budak lain yang "normal" (yang tak normal si capang eh si faker yang tak habis mendengki tu) , what is your favourite fairytale story? actually terlampau banyak. so kalau dari dulu just tahu cinderella, snow white, cuba tambah pengetahuan click sini . aku pon baru melopong when i have to scroll down so many times to read all of it. siap sekali dengan author. sumpah kau boleh pergi tesco lalalalalala kat sana, yang aku baru habis mentelaah kannn (-.-")


ada suara dalam hati tanya. "marya, what is your fav fairytale story?". jawapan aku adoooolah. nanti korang gelak. taknak gelak pon? ok rahsia.. kihkih. well, orang kuat berangan haruslah ada satu cerita yang sangat boleh membawa beliau berterbangan di ..... erk! zupzapzupzap ! terhenti dari lamunan.





korang suka apa? jangan bagi comment "RAHSIA".
owner blog ni je boleh kahkah sunggoh pentingkan diri



wah, suka sepanjang zaman. tapi kan ..
zaman sekarang ni tak ada yang main cicir cicirkan kasot utk cinta sejati

sebab kasut tu nak buat "tibai boyfriend" bila boyfriend depa datang musim musim mengawan. hai sana , kenyit mata sini. hah, tu yang ramai sekarang takot girlfriend. kan kan ..



snow white yang berhati mulia eventhough dia selalu kena temberang dengan nenek kerepot tu. zaman sekarang, takde dah. semua ada self defense. pantang orang temberang sikit, kaki dah sampai kat pipi . dasyat perempuan zaman sekarang ! goodjob !



(tapi lemah lembut tu masih adaaaaa, ceh. coverline untuk diri sendiri
nampak tak ? licik sunggoh penulisan mu wahai marya )



yang latest, korang tengok rapunzel? mesti tengok sebab aku tengok sat sat buat entry pasal movie. pasal movie dan movie. aku jarang, padahal aku yang belajar bidang perfileman. bukan selalu dapat tengok wayang, boyfriend dok jauh. (tipu tipu tipu boo!)




rapunzel ni cantik tertarik aku tengok.
walaupon dia bukan manusia kan.. kalau manusia , nazirul hazwan & ujang dah kebas hahahahaha. eh ujang dikawal rapi! nanti akak kita kat dapur sengseng lengan baju.






semalam tanjattttt boboy ! sebab ieka sudi buatkan header and keychain untuk aku. suka suka suka ! appreciate it dear .. ieka ni Graphic Design Student. so sesape berkenan, pergilah hantar sebakul ferrero rocher kat depan rumah dia. cantik pon cantik. aku bukan suruh korang pergi mengoratlah, pergi mintak tolong dia . ada lah yang lajuuu je gerak blog ieka ni. haha.


op op ! sabar dulu. aku baru nak buat sesi pengenalanlah tadi.





dia buat untuk aku. awww princess sangat kau ni marya!
kat luar kasar mcm scha alyahya dalam awan dania

woi sana sini (T.T) tapi.. kalau jumpa orang yang tak kenal, haruslah sopan santun sifat terpuji dari dahulu hingga kini. kahkah. bila dah lama kenal ? amboi boleh tahan pompuan ni . rasa nak gam mulot dia ngan gam gajah. laserrr kot, bila Melodi nak ambik aku kerja ni ? :D






ni lagi satu. thank you so much ieka !!


p/s : thanks siti zaleha pilih blog i untuk segmen si rozuan ismail .


dan ada lagi .


yang paling tanjattt boboy pagi ni tengok ada orang tulis pasal saya lah. eh tetiba "saya"! sopan jugak kau ni marya . hakhak. thanks to zippo untuk entry "Siapa pulak yayahana ni". kelas sangat tajuk dia. buat pembaca tertanya tanya. pompuan yayahana tu macam mana. ahah tanya reader blog ni, dia tau lah macam mana . ok tenkiu semua !


bye !













Tuesday, June 28, 2011

Wordless Wednesday #2

i love roses !
Bunga masa konvo tahun lepas. still simpan tapi dah kering :')







Gajah tak makan nasi pon gemuk juga.

Assalamualaikum kawan kawan ..

Aku masih di sini walaupun "seronok" sebab dipermain oleh seorang pesakit mental. khabarnya penyakit buat fake profile sukar diubati so dia akan buat serangan berulang kali ,nak lagi kejam kawan aku kata budak tu ada HIV so dia nak isi masa masa lapang yang cukup bermakna ni (-.-)

FYI, kedua dua fake profile dah lupus malam tadi.
thanks pada yang tolong report and comment dalam entry lepas

-------------------------------------------------------------

the end . wo wo wo berita baik lagi.





siapa sini on diet? well mostly kaum hawa yang semangat nak kurus, kelihatan menarik, jaga badan supaya kelihatan sexy depan husband tercinta, nak kurus before kahwin and what-so-ever. orang kata " hang pandailah kata. hang makan ular sawa hari hari pon belom tentu hang gemuk, macam mana dengan kami yang sejak lahir memang dah big size comel lote, gebuss mcm ni , bak kata sepah pulak gajah tu gemuk je bertahun tahun tak makan nasi ! ".



aku dengan si dia suka ayam penyet kat Sunway. dap!



renungan satu
sabar cik kiah. aku tahu orang yang comel comel ni suka mengunyah sebenarnya. ada tak kau makan cikedis sambil baca majalah ujang? sekali kau gelak segenggam tanpa sedar cikedis masuk dalam mulot. so kalau kau gelak tak berhenti henti nak nak bila tengok maharajalawak, berapa genggam cikedis yang kau dah binasakan? jawab jawab.


"ala saya makan cikedis baru duapuluhlima genggam, takkanlah boleh gemuk kot, kali ni je.. kecohlah lu". haha. suka bagi alasan KALI INI SAHAJA. janji and omong kosong. minggu depan Maharajalawak pukul 10 kau curik curik masokkan cikedis dalam pocket? plus yang kau tengok siaran ulangan? sambil kahkah kelakalah sepah ni, zappp masok mulot.


ok lupakan cikedis ! pokok pangkalnya tinggalkan makanan yang tak elok. yang korang tak perlukan ataupon memang ada depan mata tapi korang tak perlu pon nak melahap. nampak potato chip macam menggoda sanubari, jeling je dia buat jual mahal .







renungan dua
selalunya korang skip makan pagi? kurus habislah lepas tu? jangan jangan. cara tu memang berkesan, tapi sekadar menurunkan metabolisme badan korang ajeee. cara yang paling best bro untuk korang buat , makan 5 hingga 7 hidangan SEDERHANA sehari.

bila aku kata sederhana, fahamilah. bukan pagi mcd, tengah hari pizza hut, petang untuk kudap kudap A&W pulak, malam makan buffet kat Restoran Nelayan pulak. melampau pulak contoh pompuan ni. ok, paling korang kena ingat jangan makan 2 hingga 3 jam sebelum korang membuta zzz krohh krohh. nanti jadi mak jemah buncit macam mana? haaa ingat..








renungan tiga
kawal nafsu serakah korang. terbuat cerita karot lagi ! kawal nafsu makan anda. anda boleh mengubahnya. (semangat tak sekarang?) sebab tu lah renungan kedua tadi suroh korang makan 5 hingga 7 kali sehari. bila korang dah biasa makan dalam kuantiti yang sederhana, so secara tak langsung korang menyelamatkan apa yang dinamakan "selera biawak" ya puan puan. sekali makan tiga pinggan, tu kalau nasi tak cukup. kalau ada nasi lebih, maka lebih lagi lah alamatnya tu. adoi sakit perutnyeee pun.



aku kasi tips kurangkan berat badan
korang tolong aku kasi tips naikkan berat badan pulak (-.-") tau ..





renungan empat
terkena atas batang hidung kawan kawan aku jugaklah ni. haha. korang boleh ambil cara lain selain jogging and pergi gym. apa kata korang sengaja naik tangga walaupun lif melambai lambai penuh mesra. boleh? atau buat perkara berfaedah macam kemas rumah dari pagi sampai tengah hari. memang diakui ketiak belengas and muka sememeh, apa boleh buat. tu salah satu cara korang tingkatkan keaktifan diri anda. boleh? jom tengok langkah seterusnya.




renungan lima
korang kena tahu kalori yang badan sendiri perlukan. yang ni maybe aku tak berapa pakar. hehe. aku pon main bedal tapi agak agaklah kot nak bedal pon kan. skip to the next step please !



renungan enam
korang memang rajin makan diet pills ? ohh bagus , anak sapa lah ni.. but perlulah seiring dengan kawalan pemakanan kome. ok?




renungan tujuh
kalau keenam enam steps tu korang memang ngeri gila nak buat, ada lagi satu cara terakhir. beli protein shakes and minum dua kali sehari. satu di antara breakfast dengan lunch. satu lagi antara lunch dengan makan malam. done ! lepas ni boleh jadi Rozita Che Wan lah !



Lastly, kalau korang malas nak baca apa pompuan ni meraban. and tak paham sana sini. aku dah panggil boyfriend baru aku ni untuk kasi tips kat blogger yang disayangi . romantic tak? sorry kalau sepanjang entry ni ada salah silap , tak berniat menyakiti hati sesiapa. enjoy watching !



sekian sahaja, bye semua ! :')















Dulu perempuan Gersang. sekarang Chia keramat. banyaknya title aku dapat.


Assalamualaikum kawan kawan .

Hoi dengkinya lah kau dengan aku kan? OK ni dah lebih ! sah sah kau reader blog ni. sebab gambar yang kau curik semua dari sini. kau ni masalah mental ke apa? hari tu perempuan gersang. kali ni chia keramat pulak. kelakarlah kau ni. chia duduk rumah jaga adik tuuu. feewit ! kau add kawan aku yang hari tu maki kau pasal buat fake profile "perempuan gersang" tu. nampak sangat ORANG YANG SAMA. kau tak terfikir kan? yep sebab kau bebal kecik kecik mak kau suruh pergi tadika tapi kau pergi jadi chia. ops. kau yang chia sebenarnya tapi letak gambar aku.



ni entry terharu sebab "chia" dari pelusuk mana entah dengan bangganya jadikan picture aku as default picture. toce toce !



sumpah penat nak layan pesakit mental ni. dalam hati kau takde benda yang baik ke weh? yelah, sekarang aku mula berfikir sedalam dalamnya. aku ada rampas boyfriend kau eh? setahu aku boyfriend aku single masa aku kenyit kenyit mata dengan dia dulu. ke kau ni cinta tak kesampaian dia? alamak.. (lagu jangan pisahkan aku dan dia berkumandang) yang rajin rajin buat fake profile ni perempuan ajeee. mana fake profile yang dulu? dah kena block?




penat je kau bayar masuk CC tu, sejam berapa hengget eh sekarang?
dah tu baru 49 minutes kau create acc tu . alolololololo





hikhik. eh tergelak lagi sorry ye chia. aku rasa kau ni takde broadband lah. sebab tu kau online kejap kejap je. saja nak menyakitkan hati orang. so bila kau tak menyundal satu hari, apa kata pergi cc . zupzapzupzap curik picture marya hana, then kasi nama sedap sedap sikit !



TERBAIK.



korang, kalau sudi tolong report ye :')
jasamu dikenang.


p/s : kat sini penuh dengan entry mendengki. eh chia, kalau kau ada blog. lain kali jangan lupa letak kat info. yeah? sebab kau blogger sebenarnya ni .. boyfriend aku kata si chia ni nak glemer. kot nak glemer meh aku promote blog kau. yeay yeay.. gambar aku tengah mentedarah pon jadi juga kau nak cilok. (geli hati) kesian.. kurang kasih sayang budak ni. ataupon aku anggap kau kurang PENDIDIKAN MORAL lah. boleh? eh angguk pulak kau baca entry aku ni. SAH .










Sambungan Awan Nano Jozan Maharajalawak.


Assalamualaikum kawan kawan .



Hari ni adik aku uji kesabaran aku. haa ini makan dia ! kena piat telinga tapi tak kuat sangatlah saje nak acah dia. belajar sejam, main game 5 jam. khusyuk pulak tu. kalau zaman aku budak budak dulu, petang petang main galah panjang, teng teng, bila nak maghrib kejar babu roti sebab nak borong keropok. budak budak sekarang beriadah depan komputer ajeee.


setiap hari balik dari tadika , lepas mandi and makan dia mesti main game. sekarang ni semenjak mak aku pasang unifi kerja dia tengok youtube tak berhenti. untunglahhhh..




jangan puji dia haha. dengki gila kau ni marya! yelah weh, dia ni nakal. kalau aku tidur dia suka jerit kat tepi telinga aku


"KAKAK, ADIK NAK BERAKKKKKKK !!!! "


lepas tu dia lari pecut, sebab tahu dia akan dapat penampar halilintar.



dalam komputer penoh dengan game dia saje. so, bila bukak youtube dia suruh search nama game yang dia selalu main. contoh Feeding Frenzy.



dia suka tengok aje kat youtube. sebab dia dah frust menonggeng
main sendiri asyik KALAH ! ohh bozor rahsia. maap maap.



lepas tu dia pandai pandai suruh aku search
"shin chan GAMES"

nasib baik ada. haaa silakan tengok anak rajaaa (T.T)



after that "POKEMON GAMES" pulak aku terpaksa search.
ayat terpaksa tu korang kena tahu.



so semenjak dua menjak ni kan demam Maharajalawak. dia paling suka show Jihan masa muzikal tu sebab Jihan pegang gitar sebijik macam dia punya. so dia bangga sejenak. padahal kat kedai belambak kot. kesian kau dik. lagi. dia suka Sepah masa muzikal jugak yang "kenapa abang.. kenapa abang.. kau diam peah.." HAHA.


and dia paling suka , memang fanatik gila Jozan masa nyanyi lagu Awan nano nano nano nano nano nano nano.(sampai bila nak berhenti menaip ni woi)




so dia suruh pulak aku type kat youtube "AWAN NANO GAMES".
what the.. aku berdebat dengan dia. mana datang awan nano games pulak. tak pernah dibuat orang lagi. dia nangis hentak hentak kepala kat lantai. so aku pura pura search lah. then dia kata apa tau ..


"kakak suka tipu budak budak kecik eh......... ?"


hoh termenung. trauma betol aku menipu budak banyak akal ni.





mak aku balik karang, habis dia mengadu yang aku pulas telinga dia macam perah kain buruk. padanlah dengan muka dia! suruh yang bukan bukan. lepas tu nak nangis ! sempat lagi dia mengeji aku kuat menipu sebellum dia meraung !





sabau jelahhhh (T.T)
aku pulak nangis. kena buli search AWAN NANO GAMES.










Monday, June 27, 2011

Silent reader. Motif?

Assalamualaikum kawan kawan yang membaca (._.*)



:: gambar hiasan yang menjadi mangsa. haha kejam >.< ::



Kenapa orang lagi suka jadi silent reader? sebab taknak dikenali? ya boleh diterima. sebab suka baca aje, jadi silent reader sebab mata je berfungsi, selalu tekan keyboard guna bibir. wah hebat ! aku terbuat cerita mengarot bak kata Nabil Maharajalawak. sebab lain nak stalk je blog dia, owner dia aku meluat sampaikan aku print muka dia tampal kat pintu jamban. amboi kau, over giteww. atau rosak kukulah kalau comment. ok, boleh diterima habis sambil nangis hentak hentak kaki (T.T)


macam macam hal .. ada blogger yang kata ..

"eleh aku tahu dia selalu buka blog aku, taknak comment sebab egolah tu".






"kalau comment sebaris ayat boleh cedera kuku i , so apa yang i buat.. i copy paste je URL blog i. tak payah terok terok nak tinggalkan comment. paste URL blog pon kira comment jugak kannn"


la la la . kadang kadang aku tergelak juga dengan blogger yang comment panjang berjela jela. tapi tang ekor je yang panjang contoh :



---------------------------------------------------------

wah nice !



jom lah follow blog i
http://akumalascommentblogorg.blogspot.com

------------------------------------------------------------


krikk krikk (-.-") tergamam dua jam depan laptop sambil telan cikedis


i wonder why. why? (rambot kusut kusut sambil mencebik) blah lah lu marya. gangster kampong dusun mana boleh mencebik . nyorok muka celah bulu kaki ayah aku (._.*) apa yang nice entah? padahal entry dapat bala kena kejar dengan kucing kurap. boleh? tanjat boboy dapat comment macam tu. kalau nak tengok comment yang macam tu cuba tengok kat comment box retissss, macam hanis zalikha. aku rasa orang yang comment ada "segelintir" aje ya, just nak promote their blog.





reader blog kita selalunya adalah blogger. and ada juga bukan blogger which is kawan rapat, kawan sekolah, kawan universiti, stalker. ops. kan? pendapat aku, maybe diorang taknak comment sebab tak berapa kenal, baru nak usha blogger ni, takot kalau salah comment dah miscommunication di situ maka akan terjadinya perang dunia , perang tiga penjuru, perang'ai apalah kome ni. hehehehe.



:: gambar hiasan ::



yang dah lama jadi silent reader blog blog tertentu, marilah kita maju setapak ke depan. beranikan diri, bagi comment je bukan paksa pergi berperang pon. hak anda? yes anda ada hak. aku cuma bagi pandangan. sebab aku pon dah mula tinggalkan comment kat blog yang dulunya aku hanya jadi silent reader berjaya. setakat ni belom lagi kuku aku menghadapi masalah kritikal. kuku cuma ada sisa sisa ikan masak kicap tadi. agak senonoh sikit contoh kau kasi boleh tak? dah biasa tak senonoh? wow. mana ada ohh!





aku pon salah sorang silent reader yang berjaya. blog yang selalu aku stalk macam blog Nana AF, kisah dia dengan anak dia Althea tu bestlah aku follow. walaupun dia retisssss and takkan reply comment aku, kecuali kalau dia mabok laot but aku akan tinggalkan comment satu dua. apa salahnya bagi pandangan sekali sekala. tak reput pon jari jemari tu.





nana masa mula mula masok AF.


nana lawa kan sekarang? semenjak buka braces naik seri gitewww!
anak dia comel mata sepet. (puji orang sepet nanti tempias diri sendiri)
sangat bermotif di situ .. haha





yang paling geli ulu hati bila orang yang tinggalkan comment macam tercirit tengah jalan. biasa dapat tak comment macam tu kat blog korang? baca entry SEPANTAS KILAT. zupzapzupzap done! leave a comment "merapu apa kau ni". sah sah baca title je budak ni then angguk angguk macam paham. bertuah betoi na hang ni ..



so pendapat korang tentang silent reader? tak kira lah silent reader blog mana mana sekalipon mesti ada silent reader. even Ben Ashaari ponggg. betollah pepatah blogger kita ..



"followers ramai pon kalau comment tak banyak apa pon tak boleh apa pon tak boleh ! :)" tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi bye !




p/s : i've been trying to make my blog easy to read. tak guna bahasa tamil pon deyy. actually aku tahu siapa siapa yang baca blog ni ops terbagitahu. yang rajin tinggalkan comment memang tahu sangatlah siapa. kalau blog tu menarik aku masokkan dalam bloglist , petua cik aish.setakat hari ni lah, aku just makan nasi and lauk pauk yang ada kat rumah ni je, tak pernah termakan blogger lagi. hikhik. takpelah, orang dah baca pon kira oklah tuuu.









Sunday, June 26, 2011

Kelebihan Boyfriend baca blog kita !


Assalamualaikum kawan kawan (._.*)

Entry ni untuk yang sudah mempunyai pasangan. bukan pasangan selipar jepun mahupun pasangan subang bling bling anda. tapi ini kisah pasangan kekasih atau pasangan suami isteri. ye bila cakap pasal pasangan ni mereka ibarat bestfriend. tempat kita mengadu berkongsi cerita and boleh kata semua gerak geri kau dia tahu. (setiap saat hantar report , kalau lambat sikit kau naik hangin betol kan).



gambar hiasan koleksi geli geli sendiri


macam aku, si dia memang dah tahu kewujudan blog ni sebab aku mula blogging lepas beberapa bulan kenal dia and kawan baik dia yang blogging jugak. Zai Suhairah and hubby dia Syazwan Yazid. dia photographer, sape sape nak kahwin bolehlah contact dia. gerenti puas hati. kehkeh.


so kekasih korang tahu tak pasal kewujudan blog korang? ada yang berahsia? alamak ruginya macam tu. kalau kekasih korang skodeng blog haruslah banyak kelebihan yang korang dapat. nak tahu? mari aku cerita sikit ..


--------------------------------------------------------------



situasi satu.
kalau korang teringin makan mcd hari tu, just tulis entry pasal mcd jelah weh. letak logo mcd satu page ni kalau boleh. takkanlah si dia nak biarkan kekasih dia mengidam. duapulohduasaat mcd dah ada depan gate rumah korang. apa yang perlu korang buat? sengih je ... dalam hati kata " berbaloi baloi ada blog ni".

cadangan aku kalau boleh letak gambar set yang mana korang teringin nak makan tu. supaya tak tersalah beli nanti. korang nak cheese burger tapi boyfriend korang belikan air ribena mcd ajeeeee. redha tak kalau macam gitewww ? :D





situasi dua.
perempuan kan. terlampau banyak memendam rasa ye aku paham. (eh kau cakap pasal diri sendiri kot marya). kalau kau tak puas hati sebab boyfriend hisap rokok (ops jangan marah brader yang hisap rokok, bf den tak smoking) so kau buat satu entry tajuk "betapa hapaknya mulut lelaki yang hisap rokok". so korang menegur dia indirectly.


boleh? lepas tu caps lock on untuk title tu. mesti meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari pasangan anda. dengan itu, dia akan letak stok rokok jauh jauh dari pandangan mata. berjaya betol taktik kau marya. (tapi kalau dia clash dengan korang, bolehlah dia geledah balik rokok tersorok tu). AAK ada aku kisah.






situasi tiga.

birthday korang makin hampir. so nak kasi hint hadiah yang pasangan korang patot beli, buat entry tajuk "wishlist". boyfriend korang mesti happy sebab korang dah berjaya mengurangkan sakit and pening kepala dia yang dah berbulan bulan dek memikirkan hadiah apa nak kasi nanti. kesian kan? so entry "wishlist" serba sedikit dapat membantu.



tapi agak agak lah bedah kalau wishlist kau beg guess pelbagai warna, latest ipad, tiket bercuti ke Australia selama 5 tahun tak balik balik.



lepas je pasangan korang terbaca entry tu, dia bertekad terus taknak baca blog korang. padan muka ! kahkah.






situasi empat.
jangan sesekali korang sengaja menguji kesabaran pasangan dengan menulis entry berbaur memuji orang lain. contohnya "best gila kalau dapat pakwe putih comel gebus macam rain fullhouse. handsome, tinggi, bergaya". berbulu gila mata boyfriend korang kalau baca. tak pasal pasal dia anti drama korea pulak nanti. hahahahaha ni macam kes aku je. hahahahaha gelak lagi.


silap silap ada yang putus telinga kes jeles ni !

--------------------------------------------------------------

mesti kaum adam tutop mata baca entry ni. dengan boyfriend boyfriend aku trauma. menyesal tak sudah ada awek gini . AAK ada aku kesah? kenalah ada taktik yang menarik kan? kalau nak cakap terus terang malu lah pulak. kaum hawa kan lemah lembot and pemalu. du du du.


so macam mana tips yang aku kasi? kalau ada sebarang bantahan dan cadangan bolehlah tinggalkan comment yang "menyedapkan mata dan hati". hikhik. selesai jugak aku memikir tips ni. :') bye.


p/s : hey korang ! nak tahu benda kudap kudap yang menarik ! mesti nak lagi!











Marya Hana baran. ada bran?



Assalamualaikum kawan kawan (._.*)


Kadang kadang aku ni baran tak bertempat. biasalah perempuan, ada hari hari dia akan jadi sangat penyayang contoh .

"adik nak gula gula? ambik.. nak keropok pulak lagi? ambik semua lah dengan tauke kedai ni sekali akak belikan, takpe.. duit dalam wallet akak ni semua duit mama, nanti kita suruh mama kerja cop duit pulak lepas ni".



bila terkena hari baran sedunia. lalu sebelah kucing pon kucing mengejek and keluarkan lidah buat buat meluat tengok muka aku. fineeeee (-.-") korang.. aku ni selalunya barankan benda yang remeh and merepek.




* bunyi pintu bilik terbuka sikit sikit (eiiiiiitttt...) siap ada sound (T.T)

* sabun, syampu, ubat gigi yang terbuka penutupnya. eh rasa nak marah!

* stokin busuk dalam kasut. yennadeyy. aku kemas rak kasut boleh resdung.

* pakai bedak baby johnson then habuk habuk bedak kat lantai.

*kasut atau selipar yang tak berada dengan pasangannya. bayangkan kalau pakai selipar tutup mata. sampai je supermarket semua orang pandang bawah ajeeee. tengok seliper aku sebelah lain sebelah lain leteeewwww. jahat tau.

* sidai towel atau baju baju dekat hujung katil. adik aku dah biasa kena bebel.



* masuk satu lif dengan orang yang ada masalah bau badan. rasa nak marah jugak!






* orang yang bila kita cerita "semalam mak aku beli jam esprit untuk birthday. and dia menyampuk " ahaa. aku banyak jam esprit". (takpernah tengok padahal). then aku tukar topic lain. " boyfriend aku bawa aku pergi makan chicken chop kat situ sedap". dia jawab lagi " boyfriend aku hari hari ajak aku makan situ. tak lah sedap mana". pokok pangkalnya semua yang aku cerita kau ajeeee nak menang. marah marah!




setakat ni je sebab aku tengah marah type entry ni. bahahaha. takdelah, merepek kan benda yang aku barankan tu? kalau mak bapak aku tahu, dia rendam aku dengan air longkang kecik kecik dulu. semua benda nak sensitif. sentap mak ! :')


ok sekadar nak berkongsi ,kalau ada salah silap,
sorry banyak banyak. babai semua !!








Room tour !

Assalamualaikum kawan kawan semua >.<


Lately aku asyik mengadap laptop, laptop pon mengadap aku. tapi bila start nak berangan terdengar suara suara unggas lah ! (kakak, nak susu!) ek. kacau betol ah adik aku ni. tak boleh tengok orang senang sikit. after that berlari lari anak mendapatkan laptop balik. yeah.


selain buka facebook and blog, korang buat apa lagi depan laptop?


muka ceria habis! tak menahan..

tu je paling ceria. masa lain kurang ceria. sebab tu orang ingat aku garang. garang keh?


sebenarnya aku akan pindah rumah. jual beli rumah dah setel. tapi tak tahu bilanya nak masok rumah tu. sebab mak aku kata kalau nak masok rumah tu kena renovate siap siap. kalau dah masok baru nak renovate leceh . kan..


so tiap tiap hari aku pikir bilik aku nak cat warna apa. and the most important, taknak barang terlampau banyak sebab akan nampak semak and sepah.




i love this bed so much ! it's from IKEA.

memang menawan kalbu. tapi kan. bila dipikir balik aku tak boleh lah beli katil ni. sah kena pelangkung bertubi tubi tanpa henti dengan bapak aku. yelah kena sedar diri and sedar ruang. kaki aku macam terlebih panjang dari katil tu. takkan aku nak tido bersila pulak. argghhh tension betol. tak jadi !



aku nak carik comforter set macam ni. colourful kan? :)


ataupon macam ni. purple kan favaorite colour den !
* sumber from google tersayang *


so yang hari hari dok depan laptop tak berkelip kelip mata ni sebab tengok video ni kat youtube. and banyak lagi video yang boleh korang tengok. but ini salah satu yang aku suka.



inspirasi ni :)


ok thanks sebab luangkan masa baca sini. take care bye!






Saturday, June 25, 2011

Berhijab. bila lagi?

Assalamualaikum kawan kawan (._.*)

Impian seorang perempuan selain menjaga rumahtangga adalah memelihara auratnya dengan baik. maka tu yang kita selalu dengar " lepas aku kahwin insyaallah pakai tudung". macam tu juga dengan aku. seperti yang korang tahu, aku bukanlah seorang yang berhijab.


Aku alert dengan comment blogger di shoutbox. cuma kadang kadang terlepas pandang biasalah mata sepet! eh eh. hehe. so aku terpandang beberapa kali ada blogger yang kata aku cantik pakai tudung. (di sudut hati, cantik keh??). maybe diorang tengok gambar kat sidebar tu haa.


gambar yang bertudung tu masa kelas CTU. boleh aje aku nak pakai selendang, tapi terasa dah terkenan rambot alleycat pulak. rasa mengerbang all the time. so that makes me feel uncomfortable! so pakai tudungkan lebih elok and selesa masa belajar.



ni gambar masa semester dua diploma tahun 2007
masa tu takde lagi tudung berbelit belit macam sekarang ni , paling popular pon tudung wardina. sekarang ni hana tajima , yuna, sape sape lagi. sampai tak terkejar.


so tadi aku TER rajin kemas pin-pin tudung yang berselerak dalam kotak. ni yang "jumpa", yang main sorok sorok dengan aku entah mana tersorok. walaupun aku tak bertudung tapi pin tudung berlambak. selalunya tahan kejap je dalam kotak tu. tuptup pin tu dah berjalan sendiri merantau entah kemana (adik aku ambik). aku tak kedekut, so aku biarkan ajeeeee.



jumpa jugak earing yang still elok
yang tak elok semua dah lesing tadi ..

dari zaman sekolah aku memang peminat earings. sampai satu masa tu si dia kata " eh i perasan kan, u sekarang dah jarang pakai subang".

haah lah (-.-") kenapa eh. padahal dulu pakai subang macam pakai tanglong kat telinga. lagi besar lagi aku sukaaaa.




waktu aku form 2 AF 1 muncul. waktu tu aku paling suka Nana Af. dia suka pakai subang besar besar. masa tu lah aku pon try pakai subang besar besar . tak peduli apa orang nak kata.








name tag tu pakai dengan uniform st john sekolah menengah dulu.




semester depan dah takde subject CTU.

tak tahu bila lagi aku akan guna pin pin ni semua.


p/s : korang, satu masa nanti aku mesti berhijab, sabar ye :')



Thursday, June 23, 2011

Eye Liner elak muka pucat.


Assalamualaikum kawan kawan (._.*)

Akhir akhir ni banyak sangat keyword "celak" masuk blog ni. keyword Hazama pakai celak pon ada. hazama tu senior sekolah menengah dulu, Sekolah Men Keb Taman Keramat. short formnya SMKTK orang kata Sek Men Keb Tepi Kubur (-.-") haah memang lah, senang nak cari sekolah tu kat mana. Nasha Aziz pon ex student situ.



Ceritanya masa aku budak budak lepasan spm tahun 2006 baru pandai pakai celak. tapi masa tu baru pandai pakai celak bawah mata. tak berani pakai eye liner takot terserlah muka yang pelik.



masa masuk uitm tengok ramai sangat perempuan cantik, nak nak fakulti TEKA kan. yang cantik tu pulak tak pernah tak pakai eye liner. so bila tengok semua macam cantik pakai eye liner, cilok pulak eye liner mak aku secara senyap senyap. "haaa. baru nampak beso sikit mata kau marya".. (bisik hati, dah lah kau sepet).





since semester dua diploma aku tak pernah pergi kelas tanpa eye liner.


so bila datang hari "hilang akal" sedunia, aku terlupa pakai eye liner pergi kelas. dalam sehari tu mesti ada orang tegur "tak sihat ke? demam ke? macam sakit je.. ". (-.-") betollah orang kata, kalau kita ajar muka kita pakai make up sentiasa, sehari tak pakai macam mayat hidup ajee. pucat lesi. kadang kadang korang tahu tak, cermin retak seribu tengok muka aku. suspen tak? ( lalala buat cerita horor jap! acah je) janganlah hina sangat sampai macam giteewww.


nak tengok muka tak pakai eye liner?




aku kan bibik, takde kerja. so ni salah satu kerja tak berfaedah utk hari ni.


video


BEHIND THE SCENE. nak jugakkkkk.












extra dalam video tu. budak belang yang gila glam ni -.-"
tak padan dengan mata dia lebam. mata belah kanan.

( balik balik sekolah ..)

aku : hari ni balik sekolah mata lebam lebam, semalam batuk sampai muntah.
esok ape pulak lagi?

adik : biasalah tuuuu.. adik kan dah tua . (sungguh bersahaja)





ok semua, bye ! take care.








Tuesday, June 21, 2011

Default picture yang sesuai untuk FAKER !

Assalamualaikum dan selamat pagi semua <3


"Perempuan Gersang" tu ada add korang? kalau ada report! kalau takda alhamdulillah..


dia tengah nangis laju laju bawah bantal kot semalaman orang bahankan dia. demam kura kura teros! nanti kakak marya belanja ice-cream calong eh! ice-cream cornetto kau nak? tak boleh! sebab semalam kau pedajal kakak. hikhik. nak menjatuhkan orang kemain senang eh. motif? (-.-") pakai gambar perempuan paling kau meluat then add semua blogger dengan nama yang kureng moral tu. goodjob! eh semua kenapa kaku and suspen je? give her a big hand !! *clap *clap.


ohh sebelom aku terlupa, thanks korang yang tolong report and kasi info pasal orang pedajal aku tu. jasamu dikenang sampai bila bila. Gambar yang beliau curi tu siap ada watermark tapi dia still berani curi. so malam tadi sambil pintal pintal rambot before tidur aku terfikir ..



posisi mana yang paling sesuai untuk letak watermark?


sementara korang tengah berfikir, adik aku "baikkk punya" nak kasi pose untuk default picture perempuan gersang for her next fake profile.





berfikir jaoh pompuan ni. eh lelaki kot! dia main cekak mak aku apesal??



tapi dia ada surprise untuk "perempuan gersang" tu.haih aku nak type pon geli doh ! ayat remp-it sikit! baru dia takot (T.T)



TARAAAA ! gersang ke macam ni?

ala ala ala macam macam pe'el kau ni zaqwan oi! besar nanti jangan dok buat kerja macam ni. hari ni dimaafkan. lagipon kau nak buat surprise kan..? amalam mulia :')



prop perempuan gersang cekak aje? and baju tak payah pakai. hakhak.

ok semua, lagi sekali Thank You so much for your help !