Assalamualaikum semua
Kadang kadang aku rasa blogger blogger jarang yang nak baca teliti setiap kali kau merepek. Itu yang terjadi bila cerita yang nak disampaikan lain, tapi comment yang kita dapat "eh ada ke aku cerita pasal benda ni?". macam takde kena mengena ibaratnya kau cerita semalam kau pergi makan nasi goreng KAMPUNG kat kedai pak halim, but respon yang kau dapat " eh i dah lama tak balik KAMPUNG". (bunyi cengkerik) fine asalkan ada bunyi yang sama kan? bedal lah joyah.

senyum senyum.. bawak bertendang..
tapi bukan semua blogger macam tu ...
ada juga loyal readers. korang nak tahu macam mana? contoh kau update pasal perangai adik kau yang menggila kat rumah. main gigit gigit baju orang ke apa ke. and besoknya dia jumpa kau sambil menyapa "hai marya, semalam adik kau buli kau terok eh? gunting rambot depan sendiri pulak tu". muka terkaku mulot melopong. OMG! (kau baca blog aku).
yang jenis tu memang aku sayang gila. susah nak dapat.
tapi ada juga readers di kalangan bukan blogger. contohnya kawan kawan lama yang nak tahu perkembangan hidup kita so dia baca blog kita. ada sorang kawan sekolah teknik aku yang maybe baca entry ni Noraini Jaafar. dia takde blog tapi dia sentiasa tahu apa kejadian. hehe.

macam alien mata toncet ohh
tadi masa aku berjimba di alam maya a.k.a blogwalking , memang gelak guling guling makcik! sebab dah nak tekan (X) tiba tiba tangan aku bagai dihalang. erk erk. yang pastinya ni bukan cerita mistik. Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri blog marya hana. sebab aku memang nak cerita selanjutnya.
kenapa header aku ada kat sini? pandai pulak dia berjalan sendiri
( bisik hati )
mulalah aku nak kepochi. mari teruskan membaca. lagi syok kalau ambik popcorn dengan air vanila coke dua minit dari sekarang. sebab entry ni panjang berjela jela.
minta maaf pada tuan punya blog.
URL takkan didedahkan atas kebaikan bersama :)

"budak akaun nampak nerd,profesional and baik kat Puncak tu"
"budak TEKA nampak mcm anak monyet sikit"
ok, maybe statement ni betol. and tak dinafikan budak TEKA memang tersangatlah havoc. it's normal because kami memang terbiasa dengan persekitaran macam tu. happpy go lucky orang kata. so bila kita duduk di satu tempat yang sama tapi berlainan perangai, kita kena belajar menerima. kan? :)
(akakkk gitu)
kamu memang pembaca setia akak. terima kasih. sebab sangat detail apa yang kamu tulis tu. tak salah kalau kita mengagumi orang kan? tapi kamu ada blog, apa salahnya kamu comment dengan orang yang mempunyai identiti (ada nama).
mak enon mak enon ni akak kureng respect lah. even boyfriend akak pon takde blog. but bila dia comment kat blog akak pandai pulak dia bubuh nama. kalau ternampak IPMAN comment tu, jangan sakit jantong. bukan IPMAN superstar tu. ni IPMAN kesayangan beta. muahahahha.

HAHA. serius tang ni je memang nak gelak. kamu suka usha adek akak ke? dia tu biasa je. (dengki adek beradek , korang diam) hahahhaha.

yep memang kecik dunia ni, sampai akak pon terjumpa blog kamu. apa apa pon akak rasa terharu ada orang nak buat entry luah perasaan macam gini. thanks a lot. sekurang kurangnya kamu bercakap jujur. tapi lain kali jangan jadi anonymous eh? meh kita beramah mesra. akak ni bukan kejam sangat taknak layan orang. readers blog ni amat amat amat dihargai.
OHH sebelum terlupa. akak teringat yang kamu ada bagi suggestion supaya akak kasi tips macam mana nak handle kisah cinta dengan suami orang kan? akak terlupalah dek. almaklomlah kalau akak masok sem, akak update blog gitu gitu je. hehe. sorry naik lorry..
tapi jangan risau, akak terjumpa tipsnya kat sini.
ok sampai di sini sahaja.
(popcorn korang tak berusik? khusyuknya?)
p/s : kepada blogger berkenaan , akak taklah ambil hati sangat. lepas ni teros support blog ni yeah. akak sangat terharu dengan penulisan kamu.




















