ARIGATO GOZAIMASU.

Saturday, April 30, 2011

Drama sebabak.


Aku ingat lagi zaman diploma. aku belajar kat UiTM shah alam. si dia belajar kat UiTM Sarawak. betol betol dipisahkan. dari semester empat sampailah semester enam. dah tu, celah gigi je nak kira berapa kali kitorang dating. betol-betol semester break je nampak batang hidong dia. selain tu memang hari-hari call, mesej tak berenggang. "i miss you" dalam sehari tak sah kalau 10kali tak sebot. over gituuu.


masa aku mula mula nak terima si dia ni jadi "couple" aku, penat jugak buat keputusan nak terima or tak. yelah faktor tempat belajar ni yang buat aku pening kepala. couple dekat-dekat pon boleh menggatal carik perempuan lain, inikan pula .. kan? masa ni dalam hati kata :


"takpelah bagi peluang kat dia, mana tahu dia boleh bahgiakan aku"


tiap kali si dia nak balik sarawak, aku mesti susah hati. tapi aku bagi sepenuh kepercayaan kat dia. alhamdulillah sampai sekarang kitorang tak pernah lagi ada masalah dengan orang ketiga. sebenarnya macam ni, kalau sebelah pihak je yang nak menjaga hubungan, memang nak MAM lah.. dua-dua pon mesti menjaga. (ceh menjaga sangat aku ni, sekarang pandai merajuk tak agak agak) syhhh.


ok hari ni aku ikot si dia dengan kawan kawan rapat dia ke KLIA.
si aerel nak balik Sarawak. dah habis paper lah katakan.





ni lah nia and aerel :')
sweet couple tau.

tapi baju nia sedondon dengan si dia.
tertukar pasangan dah ni. hehe







bab peluk peluk dah setel


sekarang ni kena tonton drama sebabak pulak.
kesian nia, aerel nak balik sarawak dah.

selamat jalan romeo.
balik puncak boleh berfoya-foya. hahahahaha.
kan nia?




drama air mata
kan banyak drama kat TV buat scene macam ni

"aku bawak haluan aku. kau bawak haluan kau"





aerel, masa ni nia dah happy tau.
tadi je dia nanges nanges







ingatkan nia dah ok (._.*)





sekali..







dalam kereta dia melalak balik. alololo kesiannya
yang ali tu pulak offer tisu sekotak untuk nia :')

jahatnya..


haih, macam manalah kalau aku kat tempat nia..?
kalau boyfriend berjauhan..

selalunya makan sama-sama. gosip sama sama.

tapi kalau aku kat tempat aerel, aku rasa........


BOYFRIEND AKU YANG NANGES kottt..


:D





Friday, April 29, 2011

Kalau korang kat tempat aku. macam mana?

Bila korang terserempak ex korang, apa tindakan korang? Pura pura call boyfriend and cakap kuat kuat ke? (mcm pernah buat). ok next. buat buat tak nampak and rabun warna? jeling sampai terteleng teleng? eh banyaknya kemungkinan. so berkongsilah kat sini ! JOM.



macam pengalaman cinta aku yg dah lama bernisan tu, tipulah kalau temberang korang yang aku dah berjaya lupakan dia. gila ke? adalah bersaki baki taik gigi lagi dalam ingatan aku. tu pon aku try nak delete. buat somak memory palo den yoo. sesetengah perbuatan mesti ada yang mengingatkan tentang dia. contohnya, ex aku kalau lepas makan mesti carik toilet. entah gemo beno dia ngan toilet. tak sempat aku nak cakap 'BYE' paling paling dah lesap. yang tinggal bau kentot je. hehe joking *




:: senyuman sinis di bawa angin ::


aku sebenarnya tak kisah kalau ex aku tu
tercampak jaoh jaoh dari mata aku.


but the problem is, kitorang satu universiti. satu course.ops lalala.
(couple before masok u tau )


tuptup bercerai talak tiga pulok. hikhik. takde jodoh orang kata. tapi yang menyemakkan fikiran aku, degree ni ada 2-3 subject lak yang satu kelas dengan dia. hish rimas betol urat saraf aku. nak pandang kanan nanti terpandang dia, PERASAN lak nanti.. ish ish. dah tu kawan kawan dia membahan dalam kelas. apa kes?




kalau korang jadi aku apa yang korang nak buat??
ex boyfriend satu kelas dengan korang.


Thursday, April 28, 2011

Update blog tandanya aku masih disini.

Alhamdulillah paper CTU dah lepas pagi tadi. objektif macam biasa, kacang.. kacang je aku menembak. sebab pilihan jawapan mengelirukan urat saraf aku. final exam kali ni aku just ada 1 paper je. "BEST LAH ADA 1 PAPER JE". haah best sangat. subjek lain tu dia nak nilai macam mana? tu yang lagi menggerunkan aku.




:: credit to nana hazman ::
curik curik ambik gambo tu perkara biasa


tapi yang paling best, masa kuiz hari tu ada mamarazzi ler.
siap tag kat facebook. thanks mira.



nampak tak aku tengah termenung masa kuiz?

aa, tu yang korang nampak. yang tak nampak?

- ketuk ketuk kepala carik idea
- perhati orang orang depan jawab kemain semangat waja
- berangan kahwin ngan adi putra, ehem -.-"
- pikir susu anak belom beli, hikhik tipu je ni.

p/s : walau dah habis paper, ada lagi assignment yang nak kena submit.
tapi still boleh tido banyak banyak. kira memang takkan insaf punya.

tido tido dan tido ajooooo.

yang ada paper lagi, gambatte kudasai :)



Monday, April 25, 2011

Kepala Hotak Pembelit sejak bila?

Dulu waktu kecik kecik aku belajar mengaji dengan sorang pakcik ni, kawan mak aku. tiap tiap kali aku nak pergi ngaji mesti dalam kepala hotak ligat nak pikir ayat ayat auta yang paling power. nak carik alasan supaya tak pergi mengaji punya pasal. bukan sebab aku tak suka mengaji ok ! tapi sebab cikgu yang ajar tu garang sangat..


baru baca "bismillahirrahmanirrahim" ...


dia dah HENTAK rotan panjang dia.
"kau nak pergi mana baca laju laju ni??"


mau terkencing aku kat situ -.-" ketaq ketaq lutut tiap kali nak bukak mulot baca ayat al quran.tapi sebab dia lah aku khatam dua kali and kitorang buat majlis khatam quran beramai ramai masa tu. best sangat. waktu tu aku baru form 2.


Bila pakcik tu garang sangat so aku kena carik satu benda yang boleh membuatkan aku suka pergi belajar mengaji ngan dia. apa benda? cuba teka. malas? ok ok (T.T)


aku suka BERGOSIP pasal filem hindustan zaman zaman tu. contoh time tu glamor dengan filem kaho na pyar hai, mohabbatein, kaho na pyar hai, and banyak lagi ah. tak hengat mak~


before masok dlm rumah pakcik tu, kemain galaklah masing masing.


"kau dah tengok citer kuch kuch hotakkk hehh yg kojol belakon tu?
best woo dia menari gini gini gitu gitu"


sambil bercerita sambil buat gaya. so zaman tu aku memang gila tengok hindustan. nak nak kalau hero dia shah rukh khan, salman khan, hritik roshan, uih.. takkan lepas peluang nak beli dvd. mak aku yang jadik mangsa kena beli dvd itu ini.




so malam tadi aku tak lepaskan peluang tengok filem DEVDAS kat Astro. aku suka semua filem yang ada Aisywarya Rai. dia lawa gila,tinggi . kata pon ratu cantik. nangis nangis hentak kaki dengan ending dia. hingus toksah kata ah. mak aku lagi over,penoh perasaan betol dia menghayati.




dia ni awat lawa sangat?


cantik. meh nak tiru sikit !




tiru tiru tiru ..







tiru tang nandek jelah yang mampu.. ~



dah tu edit picture sendiri letak nandek. tebiat nak MAM.


p/s : ohh disebabkan aku suka sangat tengok filem hindustan dulu, bapak aku cabot cable DVD player kat rumah aku tu. takot aku tak study. dia hengat aku ni sonang sonang kena tipu. bila bapak aku gi kerja, aku sambong balik cable DVD player tu and joget joget depan tv. berangan kemainlah masa tu.


aku ingat lagi masa tu aku tengah syok habis dengar lagu Phir bil dil hai hindustani, joget joget jugak. sekali bapak aku mengejut balik kerja. KANTOI BUSOK aku kat situ. tak dapat buat apa ah. teros aku sengehhhhhhhh sambil tutop balik DVD player tu :D


gila hindustan kan aku? korang?


Sunday, April 24, 2011

Kes ugut mengugut antara adik beradik. APA KEJADAHNYA semua ni??

Minggu demi minggu kalau balik rumah mesti ada perubahan. Bukan perubahan tukar langsir baru ke, TV berinci inci ke, ataupon selipar jamban baru. Tapi ni perubahan terhadap adik aku yang mulot macam pungkok ayam tu. hihihi. bestnya mengutok adik sendiri (muka kagum).


mana tak nya. cuba korang renungkan. sikit sikit dia ugut aku.
contoh situasi sekarang dia nak poww aku beli mainan utk dia.




"kakak, belikan adik mainan sekarang jugak"
( jam menunjukkan pukul berapa entah. janjinya malam buta)


" tidak.. adik rosakkan laptop kakak marya"
"tidak.. adik patahkan leher kakak marya"


ok sekarang aku diberi dwi pilihan -.-" sabau jelah aku.



korang tengok budak ni agak agak nakal tak?
aa.. aa.. aa.. jangan menilai dari luaran. haha.
di sebalik lesong pipit tu, tersembunyi satu perangai yg
payah dikawal oleh manusia longlai macam aku ni (._.*)



so, aku pon dapat satu idea. aku baru je dapat cerita jepun ni.
tajuk dia Chibi Maruko Chan. yang macam kita tengok cerita cartoon
dalam tv tu kan. aku pon suka tengok kerenah budak tu.
and cerita ni banyak pengajaran untuk budak budak yang kureng
asam macam adik aku tu kih kih.


tapi yang ni manusia yang berlakon.
bukan cartoon. best kan? :)




tengok rumah dia. sama kan macam dalam cerita cartoon?
even aku orang filem, tapi tak semestinya aku suka tengok
filem filem yang berilmiah je. cerita yang ringan ringan macam
ni pon aku sukaaaaaa. memang ringan sikit bebanan kepala otak ni.




ok ni lah watak utama dalam cerita tu .
rambot dia sama. perangai dia? tak payah cakaplah.
budak ni memang ada bakat :') kecik kecik pandai sunggoh
dia lakonkan watak yang menjengkilkan tu



ni watak kakak dalam cerita ni.
sama dari segi ikat tocang tu lah kan .

memang diorang tiru sebijik sebijik.



si maruko ni suka mandi dengan bapak dia.
sambil nyanyi nyanyi dua beranak nih.
kelaka je



kelaka kelaka jugak. ada scene sedih dalam cerita ni.
so tu yang aku cadangkan anak tarzan (adik aku) tengok.

supaya dia lebih menghargai kakak dia

dengan aku aku sekali berguling nangis tengok scene ni.
padahal kalau nak difikirkan, ceh scene budak budak
je nih ! tertumpas aku di situ !


and aku rasa adik aku pon berbakat jadi macam maruko
cuma adik aku ni versi lelaki je.


meh kita capaikan hasrat hati dia nak jadi








MARUKO










tadaaaa :')
hai, saya "maruku".



p/s : thanks pada yang baru follow blog ni.. yang lama dah follow berbanyak banyak jutaan terima kasih jugak sebab sudi setia baca blog ni. walau hanya menjadi "silent reader" :)






Friday, April 22, 2011

Panas hati dengan Cerita PANAS sama tak?


PANAS PANAS. aku ni panas baran ke? aku sebenarnya tak suka nak marah marah sebab nanti satu kerja pon aku tak boleh buat. lagi satu aku suka marah pasal hal yang sumpah remeh temeh. contohnya aku marah meja study sendiri berhabok habok. Uiii, marahhh. lagi aku marah orang sepok sepok baju kat hujung katil. marahhhh jugak. sebab aku rasa sakit mata tengok benda semak. so pagi tadi aku macam marahlah jugak sebab aku tengok lantai bilik kat kolej banyak sampah sarap contohnya tisu, cotton buds bersepah sepah, botol kosong lesing bawah katil. belom mandi apa semua teros aku capai penyapu and clearkan semua tu .



konon konon before mandi nak on siap siap laptop. kang senang.
lepas mandi boleh on9 kejap.


on9 "KEJAP" haa. bukak bukak je blog mcm PELIK.
tak puas hati ni. check traffic !


" eh kenapa ramai datang dari blog ayeemayam?"



mata kenyit kenyit **


tuala ke mana. muka sememeh usah ragu ragu.
so teros melekat depan laptop.




:: hati berbunga bunga ::

bukan sebab ada orang masok minang aku :')

tak pon aku menang lucky draw. nehi nehi. tapi si ayeemayam
blogger tegar tu dok sebot sebot nama aku kat entry dia. patotlah malam tadi
berdengkor diselangselikan dengan "tersedak sedak".




belom follow blog "lawak" nak mam ni?
gi ah menjengok sini.

mesti hari hari korang tak kering gusi gelak
sambil baca blog dia. haish




SUMPAH TERSEDAK macam nak tercabot gigi.
apakah semua ni? lakonan semata mata?
peraHsantan semata mata jua?


oi susah payahnya. ni kerja Amirrah Zawani ke?
hehehehehehhe :')

kata ayeemayam kalau ada rezeki dapat tengok aku kat
tv nanti. ahah boleh boleh..


TV UITM boleh -.-" tu pon belakon dalam short film
arahan sendiri masa semester lima diploma dulu.


kihkih. sebab aku belajar di belakang tabir




nak tanya satu soklan CEPUK emas. kenapa ambik gamba ni?
uwaaa. ape kes lah dengan puting tu, malu den.


antara 10 blogger tu, yang aku anggap sifu dari
start blogging macam Sis Nadia Bayu, Hanis Zalikha, and Sis Nurul Ain.


p/s : ada blog yang bagi info berguna. ada yang hanya cerita pengalaman hidup. so kat sini aku nak kata, blog aku memang blog personal. sebab aku rasa blog ni macam diary hidup aku dengan kawan kawan, family and sebagainya. terpulang nak ikot ke taknak kan ~






Happy Sweet 19th Birthday, but not for me :')


Sambil ikat rambot tinggi tinggi macam orang berpantang, terkezut sebaik bukak facebook ! alamak. macam mana boleh lupa ni? hari ni 22 april birthday adik aku, bella. dah besar dah, 19 tahun. boyfriend non hadooo. so sape nak isi borang boleh lah interview dulu ngan akak dia haa.

untuk pengetahuan, dia ni lagi gila camera dari aku.
(selamatkan diri lah tu)


:: yg pegang camera tu bella ::




fine. dia songlap baju kurung aku
mentang mentang matriks hari hari gi kelas pakai bju kurung

kasi can -.-"




:') bye. kontot lak entry ni.

p/s: siapa lahir 22 april ? happy birthday ya.




Thursday, April 21, 2011

Bukan perempuan melayu terakhir tapi assignment terakhir.

Pertama kali dalam sejarah hidop, study week pemalas gila nak balik rumah awal awal. tak kose nyah. padahal kalau balik awal awal hari tu sekarang dah berapa banyak lemak yang berjaya dikumpol :') hiphip horey cacing dalam perot. dengan confidentnya berapa hari entah aku duduk kolej. mengadap laptop sampai sakit kepala. dah macam tu, ada yang offer panadol kat aku. tapi sorry lah, since duduk asrama masa sekolah dulu aku tak biasakan makan panadol.


kawan kawan aku ramai yang pening kepala sikit, terus sumbat panadol. panadol sebenarnya tak elok makan terlampau kerap. boleh kena sakit buah pinggang ke amende yang sewaktu dengannya. tu pon cikgu aku yang nasihat jangan makan panadol.

kot pening, penyelesaian paling berkesan


TIDO. tak pening pon memang aku kaki tido.
harap maklom -.-" hihik.

cakap pasal zaman sekolah teknik, malam semalam sikit lagi nak kena heart attack sebab kawan masa sekolah dulu tag satu gambar. aku sendiri pon tak hengat bila tah aku terkinja tangkap gambo macam tu.



peace bagai lak haaa. dah tu sekor je pompuan kat situ.
bila tengok tarikh, ni masa ambik report card. mak ai, cikgu
tengah api api kan parents kat tepi tu, yang aku and da geng
kemain peace peace kat belakang .


weewiit muka skema aku masa sekolah -.-"

ok habis cerita .


semenjak ada earphone purple giat aku dengar lagu
kat laptop. kalau tak laptop aku sunyi mcm rumah hantu.


punya dung dang dung dang dengar lagu
haish boleh pulak aku ter'layan lagu RAYA.


ganti puasa pon tak lagi cek kak oi


ahah, sekarang ni tengah menghabiskan assigment terakhir
subjek cinephoto. dah habis shooting and pergi trip taman negara kan?

sekarang kena print semua picture and masokkan dalam album pulak.


selerak (T.T)

tak siap lagi


p/s : final pon nak dekat. susah beno nak dapat keinsafan mengulangkaji.
final exam ada 1 paper je. 1 paper pon CTU hubungan etnik, haih
zzzz lah jawabnya. subjek ni dah macam baca buku sejarah .




Monday, April 18, 2011

Umpama Mimpi dalam Mimpi.

Ini terjadi tengah hari tadi, kantoi bangon tido tengah hari. bahaha. bukan apa, penat sangat semalam. entah apa yang dibuatnya. bangun bangun tido aku teros selongkar bawah katil. alhamdulillah adoo. tahu apa yang aku selongkar?


laptop kesayangan aku. dalam laptop ni segala khazanah zaman berzaman ada. assignments, pictures, favaorite songs bla bla bla. kenapa aku tiba tiba carik? malam tadi aku mimpi aku makan kat satu restoran ni, sambil bawak laptop dalam beg galas. then. esoknya tu aku datang balik situ and ternampak beg laptop aku. dalam hati kata :



"ya allah, semalam aku tak bawak balik laptop ke??"



sambil angkat beg tu, aku terasa berat seakan akan ada laptop dalam beg tu. lega bukan main lah. tapi pelik jugak. takkan lah takde orang nak songlap laptop yang tratangtang kat situ. mustahil. aku pon check lagi sekali isi beg tu.

"mak ai.. laptop Dell aku dah bertukar jadi laptop Acer"

pandainya penyonglap ni. dah angkot laptop aku, dia boleh tukarkan lak dengan laptop dia. yang aku rasa kelakar, dia kasi aku laptop acer tapi batery laptop non adoo. dia nak soh aku beli sendiri batery lah tu :') amboi baik hati. tiba tiba perasaan aku jadi lain. pikir macam macam. dalam laptop aku ada itu ini, mana nak dapat balik? terutama semua gambar pergi sana sinun.


lagi satu perasaan yang lebih dasyat datang.




ni laptop ke-3 aku !! 1st acer yang dah jahanam tu, 2nd compact yang kena curik semester lepas, and yang sekarang dell adalah laptop ke 3. kalau hilang jugak, memang aku nak kena ganyang dengan bapak aku. dalam hati macam macam plan ada. nak rahsiakan kehilangan laptop dari bapak aku lah. nak mengaburkan mata bapak aku yang hari tu aku beli laptop acer, bukan dell. hahahahahha. kan pencurik tu tukar dengan laptop acer dia. pale wotak aku. walaupon bapak aku dah 50 tahun, dia mesti ingat laptop apa yang dia beli untuk aku pakai duet dia.kahkah. jahanam punya planning. (T.T)



sekarang aku rasa bersyukur, tu semua mimpi ajeeee.




kawan aku beli earphone, aku pon join sekaki membazir duit.
nak nak earphone ni purple colour maa.
kot tak guna, kasik kat anak tarzan ah. sebab sekarang ni
dia pandai menyanyi depan computer kat rumah.


all time favaorite band , wali band -.-"
semua dia hafal. aku pon terkezut.



abaikan bunga bunga yang aku lekat tu
langsong tak matang kan -.-" haha



wah , rambot den dah panjang :')


p/s : jom ramai ramai like page ni. esok mereka akan ada recording kat studio NTV7 untuk SEJUTA IMPIAN TV3 :) supportlah mereka .




Engkau pon 2x5.


"Bencilah si gemok tu". Meluat dengan perangai si polan ni sebab dia suka buat itu ini potpetpotpet bla bla. korang biasa dengar orang mengumpatkan? sorry dengan intro ni. tak bermaksod nak menyakitkan hati sesiapa. kat sini aku nak kata yang aku dah jelik dengan perangai SI PENGUTUK.





:: molek sangat ah kakak tengah ambil gambar, adik kat
belakang buat muka busokkkk ::


si kena kutok boleh gigit kuku duduk tepi baca entry ni ok.


kadang-kadang aku rasa orang yang mengutok pon bukanlah bagos mana. harapkan cakap je nak lebat pungpang pungpang. berderau darah mak.. contohnya :


"ish minah tu pemalas macam unta kat padang pasir"


ce tengok katil kau pon cukop ah. bangon tido pon katil kau rupa itu. nak tido balik pon rupa itu jugak. dah tu janganlah nak kutok orang sangat~ kan ..


Tuhan Maha Adil. sekali kau kutok orang, benda tu akan pulang kat kau balik. what goes around comes around. tetiba feeling nak nyanyi lagu alicia keys. wah vogue gitu ! sebenarnya kutok mengutok ni dah lumrah manusia. nak nak orang perempuan. bila kain baju semua dah lipat, laki dah kasik makan, anak anak dah membuta, DAH TAKDE KERJA KAN?

apa lagi. naikkan lengan baju tinggi, mulalah motivasi itu ini.
orang rumah hujong ni bla bla bla.
anak orang tu pakai baju tak cukop kain bla bla bla.


kesimpulannya, aku malas dah nak kutok orang kalau benda tu aku
pon buat jugak. kalau benda tu aku tak buat.. er er..

tolong jangan ajak aku mengumpat. haha.



p/s : tadi dapat markah best untuk video jepun. tak sangka sangat sebab lecturer tu strict. syukur alhamdulillah. aku puas hati sebab hasil usaha sendiri and kesabaran kawan kawan :)



title for this project is "PIKUNIKKU".
picnic in japanese :)


Saturday, April 16, 2011

TENGAH laloklah ni.


Dua tiga hari ni, balik balik bilik je buat perangai lemau. main campak je beg sana sini. BAMMMM!! tidur 18jam tak bangon bangon. almaklomlah takde tanggungjawab nak masakkan untuk laki ke, netekkan anak dan sebagainya. ni aku type sambil mata lalok lalok. kot terlelap camnolah tu.

tapi nak update jugak walau sikit
besaq taik idong punya entry -.- letihnya.



ni gambar yang terlibat untuk exhibition baru baru ni.




gambaran lebih dekat. kurang mantap gambarnya
sebab kamera phone je padahal




nanti kalau tak berapa lalok aku akan update lagi ye kawan kawan :)




Monday, April 11, 2011

Datang jangan tak datang weh. ewah.


Hari Karyawan is around the corner. khamis ni. masing masing busy body nak pergi cuci gambar untuk exhibition pada sebelah pagi Hari Karyawan tu nanti. ingat lagi tak aku ada pergi Taman Negara Pahang baru baru ni..? kami kena buat pameran photography pada hari khamis ni di UiTM Shah alam induk.


gambo gambo yang dirasakan menyentuh sanubari, geli geli hati
bolehlah beli. harga ditetapkan oleh photographer itu sendiri.

(tak mahal pon selalunya)


kautim baik punya kitorang jual.
kalau rasa rasa nak beli atau berminat nak datang jengok, boleh ajeeee.

sila sila. (._.*)

so konon konon semalam kitorang nak pergi cuci gambo lah.
takda maknanya bila perot masing masing dah krok krek krok krek.

apa lagi serangggg hendap Antan Batura, Tasik Shah Alam tu.





kat situ kita boleh pilih nak duduk atas kerusi
atau bersantai kat meja batu tepi tasik nun

hati tengah tak tenteram , elok sangatlah kalau dapat
menikmati tasik shah alam yang.. er er..

macam takde apa sangat ni.



marina ilmar binti ramli.
cuba perhatikan nama bapak dia.

RAMLI.

nama dia ILMAR.

senang je nak letak nama anak zaman sekarang.
terbalikkan nama bapak dia,dapat ah nama dia.



muka macam ni sebab selalunya kami ada "SESI TETAP"
iaitu sesi bahan membahan. ye..
hobi kitorang membahan sesama sendiri. nasib le yob..




marina minom air kelapa laut.

katanya elok untuk orang orang demam atau nak demam.
adakah anda? sila dapatkan segera :)



muka macam segar je minom ABC. padahal taktau yang
pompuan ni selsema teruk.

ni lah orang kata tak sedo sedo diri.





selera biawak ohh. best jugak kutuk member kat blog sendiri.
dia nak bantah? du du du buat tak dengar.



kat sini jangan order spaghetti. tak best masin macam air laut.
ataupon umpama garam mencurah curah ke ladang gandum -.-"




soto aku ni ok lah.
er.. boleh lah dari no taste.




ada nampak muka kenyang?
maybe orang belakang memenuhi ciri ciri kekenyangan.
siap bersantai ngan perot gendang gendut tali kecapi tu. kahkah
ampun ampun.



asalnya gambar ni just aku and si muncet bernama zuziana tu.
tapi tiba tiba marina kata

"kalau kau nak snap kira 123"

rupanya ada adegan tambahan tu haa. tak senonoh.
ceh puih puih.. ~



aaa. tu dah kena penumbuk gabak !!





dah tu buat muka mintak penumbok lagi sekali



tapi ni yang paling lawa, natural beauty betol ah.
nasib aku tak join buat muka tak cukop sifat ni.

babai :)

p/s : jangan lupa khamis ni siang hari ye. exhibition kami. kehkeh