Friday, February 25, 2011

Puteri Gunung Ledang menguap.

Kalau kita tengok Tiara Jaquelina bawa watak Puteri Gunung Ledang, melopong lopong sebab tengok Tiara lawa sangat. Dengan sopan santun, lemah lembot, serba serbi bagos. Patotlah Sultan Melaka tergila gila. tapi yang ni Puteri Gunung Ledang UiTM mari!




tuan tuan dan puan puan.
sila jangan confuse sangat


tu bukan kaum hawa ye. tu kaum adam. dia pakai macam tu untuk parody kan Puteri Gunung Ledang sambil gelek gelek lagu Asmaradana. teaser untuk kategori Penataan Pentas Terbaik. sumpah aku tak boleh tahan gelak malam tadi. berapa kali aku snap picture minah ni tak jadi jadi. asyik blur. eyy minah ke?




jeng jeng jeng..





MENGUAP sampai nampak anak tekak.

hahahahhahaha. candid !




Wednesday, February 2, 2011

Ada blogger tegur aku di alam nyata.

Sudah sampai di kampung tercinta, Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Muka sumpah semak gila sebab adik aku tidur atas riba and asyik berpusing pusing 360 darjah seminit. Dah dasar anak tarzan dia tu. Then mama pon singgah makan jap kat restoran yang selalu kitorang makan kalau balik kampong.

Memang badmood gila aku. Muka macam nak makan orang sambil dukong anak dugong yang nyenyak tidur. Takkan kejam gila nak tinggal dia tidur dalam kereta. Nehi nehi.. ~ Semua adik beradik kebulo macam hape. melantak nasik nasik bagai. aku cukoplah sekadar burger.



situasi mau order burger.




aku : burger ayam satu. (muka mamai)
cik adik manis : ok.
aku : kat meja sana tu eh.
cik adik manis : eh kejap. ni blogger Marya Hana kan?
aku: hah? ( hilang mamai)
cik adik manis : ulang. ni blogger Marya Hana kan?
aku : haah. bla bla bla beramah mesra.



aku duduk je kat meja makan , adik aku start menganjing. "Mama, kita makan ngan artis ouh!". sambil gelak gelak macam tenok tak cukop napas. Then sepanjang makan aku kena bahan kau kau punya. lantak korang lah. Then adik sekor lagi kata "Yang aku peliknya, sampai ke Melaka pulak orang kenal kau". Dia ni sah tenok, takkan lah blogger hanya untuk orang orang duduk Keramat je. (tempat tinggal aku) -.-"


(sementara tunggu turn nak mandi, aku update kejap)
kejap lagi pi beraya rumah sedara mara.



pada adik manis yang tegur semalam, kalau terbaca ini. tinggalkan comment eh:) thanks tegur semalam. terharunya awak dapat tengok muka kita yang sememeh semalam. terima kasih..