ARIGATO GOZAIMASU.

Monday, January 31, 2011

Filem Tempatan NOT BAD apa!

Perasan tak cuti ni banyak betol filem arahan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee (nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh)kat TV. boleh kata hari hari. Walaupun dah tengok sepuloh juta kali pon still kita boleh gelak guling guling. siap termimpi mimpi lagi.



Hebat jugak industri perfileman kita satu masa dulu. banyak filem filem arahan beliau yang tersenarai dalam anugerah berprestij kat luar negara. Tapi korang jangan ingat cerita melayu dulu dulu tu hanya filem arahan Tan Sri P.Ramlee je. cuma beliau antara pengarah yang berjaya.



Sebenarnya sejarah filem Malaysia atau Tanah Melayu ni bermula sekitar tahun 1920-an. Masa tu negara kita banyak keluarkan dokumentari. Tahun 1933 barulah keluar filem cereka "Laila Majnun" arahan pengarah dari India BS Rajhans. Pengarah India memang hebat hebat belaka. Diorang yang turunkan ilmu perfileman kat negara kita. korang pernah tengok tak filem tu? tu lah filem pertama yang terhasil kat negara kita ni. Kalau korang tak tahu, ni aku kasi ilmu baru. yelah, pandai comment filem filem Melayu, tapi tak tahu sejarah apa cerita.


::Laila Majnun::

ada juga yang kata
"apa barang filem Melayu, tak main ah"


jangan lupa daratan sangat, tak baik. belom tentu kau boleh buat filem yang gempak gempak pon. cakap boleh lah. filem tempatan kita cuma lambat naik je. tapi sekarang dengan adanya pengarah macam Yusry Abdul Halim, gempak tak? 10 Mac nanti filem Hikayat Merong Mahawangsa keluar. mari beramai ramai seranggg. hari tu UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana mengadakan wawancara bersama Yusry Abdul Halim.

exited gila masing masing. terutama orang perempuan lah kan.
tepek bedak 70 inci. lepas tu tak dapat masok dewan.
camno tu?

memang best and banyak teknik teknik yang Yusry
terangkan untuk proses post production dalam filem
Hikayat Merong Mahawangsa.


terbaik wok!
Yusry single tu lagi terbaik wok!


tiba tiba teringat kawan kawan seperjuangan
zaman diploma. teros rindu korang gila babun







:: rindu makcik makcik ni ::

latest picture masa kelas cinephoto.
singkatan dari perkataan
"cinema photography"


budak filem tak banyak buku teks.
melenggang kangkong je pergi kelas haha


memandangkan aku dah banyak meraban
ok nak ingatkan balik
Hikayat Merong Mahawangsa 10 Mac ye :)





bab filem dah habis

ni bab lain


siapa yang type kat google macam ni?

"impian marya"? haha impian lah sangat si marya tu.




bangon pagi tadi terkezut nyah. dah 800 followers blog yang
tak best ni. terima kasih banyak banyak pada
follower yang rajin comment, silent reader dan tak lupa
juga yang suka baca baca tapi tak follow.


jangan takot nok, mak tak sombong.
mari beramas mesra. kehkeh

majulah blogspot untuk duit nuffnang!!
ops silap silap.




Sunday, January 30, 2011

Ibarat KENTOT TAK BUNYI tapi bau saja yg lebih.


SUDAH. dulu dia kata reban ayam tu "rebans". yang terbaru ni lain pulak ceritanya. Tapi perkembangan yang bagos aku rasa. apa kata korang? yang baru follow blog ni mesti terpinga-pinga. korang boleh baca kat entry ini. don't worry.


ni sesi mengeja
(mari mulakan)


M O N Y E T dia sebut MONKEY
C A W A N katanya CUP
H A R I M A U dia sebut TIGER
W A U katanya KITE
B U R U N G dia sebut BIRD


padahal semua tu dalam Bahasa Melayu. aku yang masa tu gigih suap dia mencekik hanya bersabar banyak banyak. padahal ulu hati dah geli oh! nak gelak tonggeng tonggeng. sebab yang dia eja lain, bunyinya lain plus muka langsong takde perasaan, buat muka tak bersalah je.



ni lukisan dia yang terbaru
and sumpah aku terkejot gila

kalau korang suroh aku lukis menatang tu
lantak aku buat buat nak pi jamban


he's only 6. tapi lukisan dia boleh pukul lukisan aku.
rasa rasa aku malu tak?

Saturday, January 29, 2011

Cerita Korea, Balak Korea, Lagu korea, tapi ini Kejohanan Badminton Premier SS TerBuka Korea.

Aku kecot masak depan mak aku. nanti kena marah. ye lah, kureng skill katakan. Tapi tu takpe lagi dari training badminton dengan mak aku. Ingat lagi masa aku nak masok tournament, tiap petang aku training ngan geng geng mak aku. semuanya non ado baya baya kita. tak syak lagi memang aku kena buli. tu belakang cerita. tapi paling best, training ngan kawan kawan tak sampai seminit dua diorang ajak minom, relax relax, gosip bagai. syiokkknya.


Training ngan my mom? memang shuttle cock nak masok celah kangkang kau kalau jap jap nak lepak. punyalah takot. sampai aku carik alasan macam mana taknak training dengan depa. haha.




"nak training dengan kawan, wajib. cikgu pon ado"



padahal kita kita sahaja. adek adek jangan tiru akak ok. tu nama dia tipu sunat :P yang belum bersunat/berkhatan, boleh ikot jejak akak. yeah. marilah bergoyang~



tapi sekarang.. (dengan gaya kesal) rindu gila nak bermanja manja dengan raket. pernah jugaklah dua tiga kali main saja saja kat Uitm, tapi alik alik aku kena kutip shuttle. sebab main dengan anginnya. Bilalah uitm nak buat satu dewan, indoor. angin angin usah gentar!





paling menggumbirakan hati sambil tunjuk gigi depan laptop, tiap kali aku nak join tournament, aku kena keluar shooting. and tiap kali lagi aku nak join , tarikh pendaftaran terlepas. 6 semester aku tunggu masa diploma. tak dapat dapat masok lagi. semester ni, jangan haraplah nak lepaskan SAF, sukan antara fakulti. tu pon kot kot tak bertindih dengan jadual yang "agak" busy and buat buat busy.




shooting shooting shooting.

takde kerja berfaedah aku nak buat.
eh , tu memang under subject. nak buat macam mana lagi kan.



so untuk melepaskan gian, esok wajib tengok
perlawanan akhir antara Chong Wei & Lin Dan




dalam
Kejohanan Badminton Premier SS Terbuka Korea Victor 2011


best of luck Dato' Lee Chong Wei yang menjadi
wakil tunggal bagi negara kita, yelah double dah kalah.

Lin Dan ni handsome noks !
tapi dah berpunya.

Xie Xingfang and Lin Dan.

Dulu masa aku active gila anak vavi dengan badminton
si Xingfang ni lah idola aku. asyik asyik dia juara.
low profile pulok.
kaki panjang~ and lincah.


tapi dia dah bersara awal.
dengar cerita nak sambung study.

apa apa pon, kita tunggu keputusannya esok !

p/s : ada sorang blogger buat entry khas untuk aku. terima kasih pikalurve :)
tak pernah ada orang buat satu entry macam kamu. terharu nih.
click kat sini.



Thursday, January 27, 2011

Aku Tak Mau Bergosip hari ni.


Tadi terbaca "Nora Danish punca Fasha Jejai berpisah". Ada aku kesah?haha. Orang kata hukum karma. ok ok. untuk aku tak lebih terjebak dengan gosip tu, apa kata aku type "no comment" je. kita tunggu dan lihat je apa akan jadi.


pagi tadi otak aku terlebih hyper active walau kelas pukol 8. mengancam! selalu sememeh je kelas pagi macam tu. kalau pakai baju terbalik pon confirm aku bajet menawan je pergi kelas. padahal ~disebabkan bebal dan sebal pagi tadi habis kawan kawan kelas aku kelentong kata ada test hari ni. menggelabah lah diorang bukak nota. so masa tu kita boleh lihat wajah wajah terkezut tenok masing masing. lawak eh.


maaf maaf -.-"
sengaja .ops hee.


korang exited nak cuti kan? aku macam takde perasaan je.
boleh tak?

malasnya mau balik.




nanti aku akan update picture Chinese New Year ok! :)




Wednesday, January 26, 2011

Sikit lagi kakak kat BSN nak kena congkel biji mata.

Kita selalu menyimpang jaoh dari plan asal. contohnya, nak bangon pagi pagi lah konon pukol 6 pagi (kira awal lah bagi aku). Bila alarm merengek, kita hentak jam loceng kasi mampos. and melayari bahtera semula zzz (T.T)

sama kes dengan semalam. asalnya aku dengan dia mau pergi beli no pin kat BSN plus ambil gambar konvo kat uitm induk yang selama ni takde kesedaran nak ambik.


eh menyelit sekejap. masa beli no pin tu dah lah tunggu berejam. then akak kat kaunter tu pikir dia diva agaknya. anita sarawak tengok dia pon menangis oh. kerek nak mampos. dalam borang tu dah masokkan nombor ic. then tiba tiba dia kata "bak ic". then kawan aku macam kureng dengar "sorry?". then ppuan tu buat derk je. ish. awak tu orang Melayu, berbudi bahasa lah sikit. kitorang malas nak tanya lagi and letaklah ic depan muka dia.

lagi sekali minah tu buat derk je. mula mula aku bersabar. dah sampai aura supersaia aku, siaplah minah tu.

"tak payah nak kerek sangatlah!.. ni pelajar degree.
bukannya budak sekolah"



haaa. kan mulot aku dah terlepas. agak agak lah. bukannya mulot kau ada emas. kawan aku cakap terima kasih masa nak blah tu. dia tak jawab pon, menjeling ada ah. kalau kat tangan aku ada garfu time tu, aku rodok mata kau :D


ok habis cerita. bersabar..
(bersabar apa. masok kereta aku bebel lagi)


tup tup sampailah kami kat Sunway.


teman kawan kawan dia pergi Sunway, ada yang tengok movie, and ada yang nak karaoke. yeay. sebab dah lama mengidam mau makan ayam penyet and happy soda. best gila happy soda dia. memang aku betol betol happy sampai menguap berapa ratus kali.

mengantok yg amat. tak pernah pon selama ni merayap terasa mengantuk. tapi mengantok pon dapat jugak aku beli baju raya cina aku nanti. tapi kali ni aku tak beli cheongsam, sebab lepas raya cina aku taktau dah nak buat apa dengan baju tu. huhu. so aku beli baju biasa biasa aja. hope mak aku tak mengamok, sebab baju tu hitam merah. hitam kan tak boleh pakai masa raya cina. suey katanya. tapi aku yakin, baju aku lagi banyak merah dari hitam ..


balik balik aku memang tergoda habis tengok katil.
konon nak rest. last last tertidur teros aku!


hee.








Sunday, January 23, 2011

Arti Sahabat ke Anti Sahabat and demok demok.


Orang kata aku peramah. orang kata aku sombong. eh meroyan! yang mana satu betol ni. apa apa pon aku hanya jadi diri sendiri. tak perlu nak jadi peramah semata mata untuk meraih perhatian. tak ke annoying =,.=". bila aku selami diri sendiri (even tak pandai berenang), baru aku tahu yang aku ni sebenarnya susah nak berkawan "rapat" dengan orang.


sekarang aku malas nak tegur orang.
malas nak berbual bual.
malas dalam segala hal.
malas mandi. eh ni takde kena mengena !


kawan paling rapat aku jeng jeng jeng
jatoh kepada (bunyi drum sikit)

blog capok ni!

yelah. semuanya aku tulis kat sini.
plus readers semua bagi respon yang baik baik.
cute lah korang semua!


and tiba tiba aku teringat kawan kawan masa diploma.rindu korang sangattt. berapa lama mulot aku sakit sakit. sebab tak exercise mulot, dok gelak macam langsir eh langsuir ngan korang. sekarang ni rasa macam nak habiskan degree cepat cepat. budak kelas baru sekarang tak berapa best macam zaman diploma.

sobs sobs.


khas buat Aren, Dayah, Mya Myra, Nor' Ain and Manggis



NIdji- Arti Sahabat



tak mudah untuk kita hadapi perbedaan yang berarti tak mudah untuk kita lewati rintangan silih berganti kau masih berdiri kita masih di sini tunjukkan pada dunia arti sahabat kau teman sehati kita teman sejati hadapilan dunia genggam tanganku tak mudah untuk kita sadari saling mendengarkan hati tak mudah untuk kita pahami berbagi rasa di hati kau adalah.. tempatku membagi kisahku kau sempurna jadi bagian hidupku apapun kekuranganmu


ok habis.





Teddy Bear, ingat perempuan lembot lembot je suka ke? aku pon suka. dulu atas katil aku penoh. sekarang dah humban sikit dalam bilik mak aku. tu yg tercabot hidong, tergigit telinga bear sampai koyak, bla bla. ala biasa lah tu. mengigau time tidur. so ada sape sape nak tido sebelah aku? tak pasal hilang hidong korang, dok dalam perot aku. gurlp, kenyang.


wish list.

ini salah satu


wah besarnyaaaa ! nak pelokkkkk.
yang hitam tu comel jugak.
walaopon hitam, tapi tetap menawan kalbu


bulu bangla aku tak suka. tapi bulu teddy tu i like!

sape nak kasik?
(muka mengharap + kadang kadang muka lapar)

Friday, January 21, 2011

i siti. eh u yang siti.


Cuti Thaipusam hari tu aku bukan pergi pecah kelapa ke apa eh. tengok "Khurafat" arahan pengarah terbaik festival filem , Syamsul Yusof. first time dia arahankan horror film. not bad! shot dia buat jantong aku nak terkeluar. hantu semua betol betol depan mata. ada yang menjerit, ada yang gelak besar masa hantu tu muncol.

tengok wayang memang dah best.


yang tak bestnya masa nak cari parking tu.


ya allah punyalah ramai umat kat Sunway hari tu.
sampai boleh cium ketiak orang sebelah.


ape kes diorang tak pergi raya! hik .


sempat jugak aku nak carik baju untuk Chinese New Year nanti. tapi takde yang berkenan di hati lagi. ye lah tiap tahon mesti raikan coz family belah mama sambot CNY. baba nyonya melaka.

then konon konon nak siapkan assignment yang nak buat last minute. so jalan jalan kat i-city buat kali yg ke-2, kot kot boleh snap gambar yang menarik kat sana untuk assignment tu. tapi yang banyaknya gambar persendirian. macam mana boleh menyimpang ni? tu lah dah kata, DSLR tu kena campak lombong jaoh jaoh.



:: muka tak berapa teruja ::
sebab dah jemu tengok i-city

:: si dia 1st time pergi i-city::
tapi yang tak boleh blahnya balik balik tu dia kata

"wah tercapai jugak lah hasrat u nak pergi i-city"

aik dah terbalik pulak.


:: sekarang bertambah cantek i-city kalau nak
compare masa mula mula aku pergi dulu::


over expose
sorry!

:: kan muka dia yang teruja tu ::



bila diamati gambar gambar semua ni.

baru aku sedar, pokok tu lebih kurang saiz aku.
kerempeng je hikhik


ok take care readers ;)




Diameter lubang hidong bertambah dengan megah.

Bila kita buat silap, mesti ada mulot mulot longkang yang mula nak menambah "rempah". goreng sana sini. Lumrah.. and dia akan tetap bercerita even kita tak menempek celah kain dia. Lumrah..

tapi aku nak cerita ni lain. saja nak kasi suspen'der sikit.

nak sambong bab kettle yang dijanjikan entry lepas.

Lumrahlah kalau kita sebagai manusia buat silap. Tapi adakah normal bila aku sentiasa buat silap. kahkah. kat blog mengaku salah sendiri. in reality, sorry to say.. buat muka seposen macam aku tak bersalah. hidong kembang kempis tahan malu. menyampah noks.

ceritanya macam ni.



cecita cecita...

kawan aku si Fatin nak pinjam kettle yang aku dah beli lebih kurang seminggu tapi tak pernah nak cuba guna. yelah, asyik beli air kat kedai so kiranya aku malas nak minom air panas dalam masa terdekat.

tiba tiba..

"yaya, mana cable dia?"


(aku tengah menepek bedak 10 inci)

"WHAT..? kau chek betol betol"
(hidong kembang kempis makin ketara diameternya)


"betol takde, cuba kau tengok"


(ok, segala cable untuk memasak air non ado)


dengan semangat wawasan setia pelajar aku pon bawaklah kettle tu ke hulu ke hilir. siap pergi fakulti lagi. sebab nak ambik tanda tangan pensyarah utk urusan PTPTN. memang jangan nak kata malu ah kan, kali ni aku buat muke lima sen pulok. lantak mike lah nak kata apa. sebab lepas aku ambik tanda tangan teros menerus nak keluar dengan si dia atas urusan PTPTN tadi tu lah kan.


(selesai semua urusan)


si dia : u dah check ke betol betol ?

aku : DAH. semua dah check. memang takde. u lah hari tu try kettle tu tak tengok abang tu masokkan cable dia ke tak.

si dia tak mampu berkata apa apa.
paham paham lah mulot aku bila tengah marah
memang mengalahkan meriah buloh.
kadang kadang mcm radio rosak.


time nak masokkan kettle dalam bonet kereta si dia macam meragui aku. dia bukak kotak kettle and check. dalam hati aku, nampak sangat tak yakin. ceh. takpe takpe.

si dia bukak tutop kettle tu .


TARAAA!! aku nampak dalam kettle tu semua ada. segala bapak cable pon ada. and berlakunya incident menjeling menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang. kahkah. aku hanya mampu tersiput siput.


"eh eh. tadi tak check dalam kettle tu. i tengok dalam kotak je"


selamat tak pegi mengamok lagi dek takde cable.
piuh~~


pengajarannya : lepas ni aku akan lebih teliti T.T sepanjang zaman aku kena bahan doe. ceh malu gilak! dengan si Fatin aku rasa nak campak lombong. apa hal lah dia tak check betol betol dulu. aku ye ah, leka menempek bedak. (alasan melepaskan diri. hope si dia baca ni) it's not my fault ! kuang kuang kuang


gitu lah gamaknya, teman teman..







Monday, January 17, 2011

Blog Aku Bersawang kan?


Gatal paru paru lak aku tiba tiba update blog. Ye lah minggu ni je ada 3 assignment yang aku mesti siapkan. dengan cincai? tak boleh! kan ke azam baru. (tipu). semester ni banyak problem. problem bodo bodo paling banyak. 1st beli printer tapi tak dapat guna. 2nd, beli kettle tapi ..

jeng jeng jeng.
kisah kettle tu nantikan next entry

sebab aku masih majal and malu nak cerita!

ok lupakan.


kemain semangat print gambar itu ini tampal dalam notebook

lagi..

printer ni lah yang tak dapat guna tiba tiba. merajok kot.
hari tu elok je , ni tiba tiba black ink tak menjelma.

ada sapa sapa tahu tentang masalah ni?






Tuesday, January 11, 2011

Mengeluh kuat kuat.


Korang nampak tak sinar sinar pelajar konon konon cemerlang tu? Tu semua lakonan semata mata kot. aiceh. padahal tengah tension dengan subject semester ni. semua nak bikin kantoi ah. killer subject tak agak agak banyak. Ya Allah, hope aku boleh menempuh semua ni. Insyaallah. Karang bila tiba tiba give up nak study mulalah nak pikir kahwin je. padahal masak memasak hancus gedebush. keh keh.


Hentak kepala sekejap kat bucu katil. OK! azam baru kena jaga ! :)





Saturday, January 8, 2011

Tak Mungkin Ada Blog Yang Lagi Best Dari Hanis Zalikha.

Menulis tak sama dengan kita bercakap. Ada orang ligat menulis itu ini dalam blog diorang. Tapi bila jumpa "eh, takdelah capoi mana macam ayat dalam blog dia selalu tu". Tapi ada juga yang menulis sama je macam bercakap, tak banyak beza je rasanya. Contohnya cara penulisan "Macham Iz Punya" and "Sis Nadia Bayu". dua dua personal blog and dua dua ni memang idola aku masa mula mula aku blogging. santai gitu!


tapi ikot kome lah nak bentok blog macam mana. nak yang ayat berbunga bunga berdahan dahan ke. nak blog yang jiwang tak sudah sudah ke.



Bagi yang kenal aku, i mean yang tidur sebantal and pernah bergelak gelak keluar air mata and air hidong dengan aku. diorang memang tahulah mulot aku ni macam mana. takde insurans. dari sekolah memang capoi. Tapi bertempat lah. takkan lah takde pasal mulot aku tiba tiba nak hyper active. tu dah buang tebiat agaknya. paling penting jangan judge orang terlalu awal.


"kau ni sombong , kerek and pandang orang mcm nak marah"
(pengakuan ikhlas classmate aku yang datang dari diploma lain)


bila aku suroh kawan aku baca comment budak tu kat facebook, diorang semua gelak guling guling rasa macam nak humban sekor sekor kat sungai untuk santapan buaya. tapi dengan aku aku sekali gelak gila babun. sambil garu garu berangan banyak kutu babi melekat.



aku : oi aku memang macam tu ke?
kawan : tak lah.dia tak kenal kau tu.langsong tak menggambarkan kau!
aku : tu lah. maybe aku jarang tegur budak baru.



Kalau aku sombong, takdelah aku di lable
"girlfriend ip yang ramah and cepat mesra".
Ni ayat ajang (syazwan yazid) kawan si dia
dua tahon yang lepas masa kami mula mula kenal.


yang bab sombong ni dah habis. lantaklah nak anggap aku sombong ke apa. takkanlah aku tiba tiba nak pergi menyengeh depan muka dia kan. agak agak ah. mak aku kata perempuan yang terlampau menyengih ni nampak gatai miang. kenalah jual mahal sikit. jual mahal sangat janganlah. karang orang kata " ek eleh pikir cun....... ". dah biasa dah ayat ayat budak laki yang selalu direject. setuju?


buatlah seikhlas mana pon, mesti ada orang tak puas hati.
ye dok?


orang kata aku sombong pon kawan kawan aku dah bantai gelak, ni kan pulak kalau ada mulot yang gatai gatai kata aku ni "pemalu". jeng jeng jeng. kalau diorang dapat tahulah ada makhlok kata aku ni pemalu, entah entah diorang semua dah masok ICU sebab heart attack punya tak tahan nak tergelak. cuma er er. kalau aku 1st time jumpa korang mesti ada adegan pemalu tu ah. kejap je tak lama. karang mula dah adegan anak berok gayot gayot. blueks :p



Bila bab gelak gelak dah reda. ada pulak anak monyet ni pergi bukak cerita lagi kelakar! lagi kelakar dari "aku pemalu and aku sombong" yang tadi tu. sumpah rasa taknak tidur malam ni.



My bff since sekolah menengah update 1 entry yang bertajuk Belog Pilihan. Saje saje nak menjengok blog dia , nak tahu jugak minah tu suka baca blog mana. sebab dia tu memang masok air tahap kritikal, and dia memang layak kalau korang saja saja aniaya nak letak dia kat hospital sakit jiwa. yang cik abang single single , pergilah jengok blog dia and berkenalan. tapi pastikan muka korang atau bahagian mana mana muka korang ala ala johny depp kesayangan aku tu. tang bulu hidong pon orite lah! asalkan ada.



"ayat ala ala lembu kena sawan"
(mya myra, 2011)



kalau nak tahu dia bandingkan pulak aku dengan Hanis Zalikha. ish ish.confirm malam ni mengigau sebab terkenang ayat ayat dia. Dia memang kawan baik aku yang paling sempoi! bab bab ajak bergadoh ni dia mesti menang. patotlah aku terer bergadoh~ ada sumber inspirasi. kah kah. jangan marah haaa.





nak usha apa dia karotkan click sini.








:: lokasi yang sama gambar kat atas tu ::

mira ni kecik molek je. tah macam mana dia nampak
macam sama tinggi ngan aku dalam picture ni. camera trick betol~


ok lah babai semua!




Cepatlah Masuk Meminang.

Bila ditambah tolak and bahagi (even matematik lembab sikit) baru aku perasan yang 4 orang budak kelas aku masa diploma dah kahwin. Ika, Sidah, Ayu, and Hanim yang baru je selamat diijabkabulkan. Maybe masa aku kahwin nanti, anak diorang dah main lari lari kat keliling pelamin aku. (berangan taknak kalah).


Tahun ni umur aku dah 22 tahun. Dulu masa sekolah berangan nak kahwin umur 23 tahun. Gila oh! tahon depan lah kan kalau tak? hari hari laki aku makan luar lah gamaknya. hish. tengah terfikir ni, bila lah aku nak mantapkan skill memasak aku ni. Masak memasak ni dari kecik memang minat. majalah WANITA yang mak aku beli, halaman yang mula mula aku selak of course lah halaman resipi tu :) berangan nak jadi mcm chef wan. amboi~


mama : takpe, nanti kalau dah habis belajar still ada masa belajar masak

(masa mama aku kahwin dengan ayah, mama baru 18 tahun. and masak memang kureng reti. nenek aku kan cina, dia garang gila oh. tak berani mama aku nak masok dapur)

and sama jugak lah mama aku praktikkan kat anak anak dia.

masa aku darjah dua , aku tolong bibik goreng ayam and minyak tu sipi sipi je nak masok mata. sejak tu jangan harap ah aku nak pegang periok belangan tu semua.


haih. kalau ikotkan hati ni memang penatlah nak belajar.
baru minggu pertama kelas ni
mana perginya azam azam aku? -.-"


kalau ada orang pinang sekarang, terima jelah!
nak mati! mampuih mak ayah aku mengamok..


tapi azam tengok drama korea semakin berkobar kobar.
apakah? jangan marah haa. minggu pertama takde assignment maa.


:: tgk muncung tu ::





::playful Kiss ::

best! yelah sebab hero tu hero fav aku.
memang hari hari cuci mata :) wink wink.

babai!


Tuesday, January 4, 2011

1st Giveaway Tinie (zon2u).

Lama gila aku tak join benda macam ni.
Semester baru kan ke semangat pon mesti baru.
Terima kasih daun keladi we we kat Atiq sebab tag kan ini ;)

( jasa mu dikenang )


Tarikh tutup 14 Januari.



so kalau aku berdondang sayang lagi alamatnya dah sampai lah tarikh tutop. so sekarang jugak aku laksanakan. pantas sikit lah kali ni. Bak kata Tinie iaitu tuan punya blog, semua hadiah adalah misteri nusantara. Menarik tak? bolehlah sambil makan Twisties korang fikir apa tuan penganjur nak kasi. Nasik lemak bubuh sotong ke hadiah dia? ke Pizza Hut? alamak. aku dah lapar lah sekarang ni. tak dapat dibendung.

sapa yang berminat
(dikalangan follower)
sila lah click sini utk join ye.

tiba masanya mau tag dua makhlok Tuhan paling seksi.
mya myra & nor ain abdul rahman





kartun kat banner tu ada tak macam rambot aku
masa zaman tok kadok ni? aloo. tiba tiba rindu
rambot cendawan butang ni (T.T)


Selamat Tinggal Kekasih Terbaik.

Sayang dia. Tiap hari walau sesaat tak pernah aku lupakan dia. (muntah hijau). Tapi sekarang memang kena kata Goodbye! Kenapa kenapa? gila tekanan korang baca blog ni. minta maaf.





Goodbye Sunsilk


Mula semester baru ni belilah semua barang barang mandi yang baru. Saje nak tukar tukar product. Dulu pakai sabun Lux, sekarang pakai baby johnson. Dulu pakai pencuci muka Garnier, sekarang pakai Safi. Dulu pakai syampu Dove, sekarang pakai Sunsilk.




Kelebihan Sunsilk ni rambot korang nampak lebih bersinar, berkilau and mat kilau. Memang cun lah untuk korang yang suka ciri ciri berkenaan. Tapi aku ni selera jin kot. suka rambot kering. KERING paham tak? memang takde sapa suka rambot kering. hanya aku. entah kenapa.


so sunsilk yang comel ni terpaksa dibazirkan.
gegar Guardian beli Dove balik.



Balik balik teros mandi noks.
gaya kencang nak pakai syampu baru, tapi air tak kencang
langsong. geram gila (-.-) kenapa lah rumah tingkat lima ni menyusahkan beta. nak bersiram pon payah. aku rasa air liur menyembur aku ni lagi hebat.




( promote ni )

sape nak ? FREE je nak kasi. ada dua ni. satu kecik satu besar.
membazir je kerja aku ni. dari kecik sampai besar.
sabo jela.


Monday, January 3, 2011

Tiru macam saya.

Tiru macam saya .. Terima kasih pada blogger yang bagitahu yang dia datang dari Blog abang Ben. mula mula terpinga pinga, abang ben buat apa dengan blog aku ni? jeng jeng jeng.


p/s :sorry lah tak update blog. sebab busy sikit nak daftar subject awal awal semester ni kan. Thanks yang sudi follow blog ni and tinggalkan comment. korang menceriakan hati ku yg lara sebab nak mandi selalu takde air lah tingkat 5 ni. tension aku :)




Saturday, January 1, 2011

Bibir Angelina Colie dan Kerajinan di Luar Kawalan.

Sesampainya di UiTM Puncak Perdana " betol ke apa yang aku tengok ni?" sambil check kot ada taik mata bersepai menghalangi pemandangan ku. OHH. kosongnya puncak. selalunya kalau nak daftar kolej , beratur tunggu turn nak daftar pon boleh goreng cucur lima jenis. cucur ikan bilis, cucur badak, cucur apa aku dah lari topic daa.

Bila masok rumah, what the hey aku orang pertama yang masok berhabok habok bagai ni. tak boleh jadi. teros turon bawah beli penyapu, mop, beros sabot and apa apa yang perlu. teros jugak aku mulakan aktiviti berfaedah lagi mulia untuk hari ini.

mengemas rumah seorang diri.
tanpa kehadiran 7 orang yang lain.
total rumah ni 8 orang .
memang puncak perdana begini kolejnya.



ni sebahagian je dari barang barang
yang lain bapak and adik aku tengah tercirit cirit mengangkat.
tingkat 5 lagi!
apa benda lah tiap tiap sem tingkat 5 aku dapat ni.



:: mula mop sampai nak tercabot pinggang ::



:: bersihkan locker ::


:: meja study pon berhabok lagi ::

kemas punya kemas. sejam dua je.
boleh lah relax sikit and kemas baju

selalu aku malas nak masokkan baju dalam locker
bila dah selesai mengemas

tunggu baju tu masok sendiri T.T

yelah penat tau


sekarang joget joget inul.
goyang gerudi. yeah. dah bersih boleh tido!





tido pon sampai nak maghrib dah.
anak dara apa -.-"
tiba tiba kawan call yang dia dah sampai dari Terengganu.

muka macam perempuan hilang laki teros turon tolong angkat barang. ok tu sahaja yang aku buat hari ni. rumah ni masih dihuni oleh seorang kakak yang sangat cerewet hal hal kebersihan. (T.T) bila korang nak daftar ni. sapa lah satu rumah ngan aku. jeng jeng jeng.



ok semalam memang gelak besar mcm gorilla.
adik mulot potpet potpet terkedu seketika.

mari kita lihat sebab sebab musababnya


GELAKKAN DIA!




dialog mintak kesian

"tengok bibir adik, kena gigit semot"

dah macam angelina colie aku nengok haa



zoom sikit untuk menjayakan proses
bahan membahan kat blog



tengok lama lama kesiannya dia .. :"(

tapi dah ok hari ni .