Wednesday, November 2, 2011

The Bicycle Thief .

Lama gila tak merasa kayuh basikal. Kali terakhir aku naik basikal rasanya form 2. masa pergi Bukit Cherakah hari tu nasib baik je aku pakai baju kurung. kalau tak kemain galak lagi nak main basikal (-.-) teringin oh nak beriadah ronda ronda naik basikal.




ok. cerita pasal basikal ni..

i'm sure korang tak tengok lagi filem ni , The Bicycle Thief (1948)
nak dapat ilmu serba sedikit ? jom baca ..



filem Italy yang banyak merangkul pelbagai award. rasanya kalau korang teringin nak tengok, try cari kat youtube. filem ni menitikberatkan nilai "humanism". supaya penonton dapat timbulkan rasa kasihan . ye ! sumpah aku coverline je nak nangis masa review kat kelas. wekk.

Antonio watak utama dalam filem ni . dia terdesak gila cari kerja lepas Perang Dunia ke II. Ekonomi sangat merudum masa tu. dan akhirnya dia dapat kerja sebagai penampal poster tu pon dah cukop bersyukur.



Bini dia yang bernama Maria (bukan Marya Hana) , gadaikan bedsheet supaya diorang dapat modal untuk beli basikal. Zaman tu, kalau kau takde basikal jangan haraplah nak dapat kerja tu. sebab nak kena jalan keliling bandar untuk tampal poster.





Satu hari .. nak dijadikan cerita..

si Antonio tu tengah tampal poster, tiba tiba.. ada mamat selenga mana entah datang senyap senyap dari tepi teros rembat basikal dia and kayuh laju laju. masa tu Antonio menjerit jerit kejar and mintak tolong orang sekeliling supaya halang pencurik tu. tapi orang buat tak tahu je..


alahai , kesian gila..



dia dah le miskin. basikal kena curik pulak. macam mana nak kerja?
dia tak bagitahu bini dia pon sebab taknak bini dia sedih .. sweet kan? alololo..



ni anak lelaki dia, Bruno.

Antonio dah buat police report tapi imposible untuk dia dapatkan basikal dia balik. then dia sendiri rasa nak pergi ronda satu bandar Rome carik basikal dia. basikal basikal masa tu ada no siri. so kalau basikal curi senang nak cam .


kesian aku tengok budak kecik tu. ngikot bapak dia ke hulu ke hilir carik basikal. banyak konflik dalam proses dia mencari basikal dia yang hilang tu .. tengok ajelah berapa kali aku kata "kesian..".



tapi diakhir filem ni Antonio jadi putus asa nak dapatkan balik basikal dia. and dia pulak rasa nak mencurik basikal orang kat town. tapi malang tak berbau.. (menyampah scene ni) . Antonio tertangkap and dia kena belasah dengan orang orang sekeliling depan anak dia sendiri.



kesian ..

ni masa mula mula diorang beli basikal, satu family exited. kiranya ada semangat nak bekerja. budak kecik kecik macam tu pon bapak dia hantar pergi kerja sapu sampah kat jalan raya. betapa teruknya ekonomi negara Italy lepas perang dunia ke-dua tu kan?





Characteristic & Stylistically of Italian Neorealism :

  1. filem filem diorang takde plot yang complicated macam surrealism. filem diorang lebih memaparkan realiti .
  2. tak menggunakan sebarang pelakon profesional. fyi, si Antonio tu realitinya seorang pekerja kilang. kiranya korang tak payah pakai Aaron Aziz ke, Adi Putra ke untuk berlakon. Pakmat Tempe sebelah rumah korang pon ada peluang nak berlakon. haha.
  3. menggunakan lokasi sebenar sebagai set utama sebab studio-studio banyak yang musnah masa perperangan.
  4. cara visual ala ala documentary style.
  5. editing, camera work, lighting semua yang simple sahaja.


p/s : wah sempat jugak siapkan entry ni before pergi kelas Art Law. ok lah selamat menambah ilmu ye kawan kawan . kalau berpeluang download lah filem ni kat mana-mana. bye :')








16 comments :

Munnafendy said...

aiyarrkkk...baca u puny review pun da sedih la...erm.. T.T

mirash said...

endingnya ape?

Atiqah Wadiah said...

klu ada masa,nk tgk jgk citer nih :)

myra abdullah said...

basikal pun jd citer.hehe.
org baik slalu diduga mcm-mcm..kecian antonio..huhuhu

AdibahAzman said...

nama anak dia bruno. nasib baik bukan bruno mars. haha

Norlida Ramli said...

mcm best je cite ni..hehe

Marya Hana said...

Munnafendy : yeke.. penyampaian berkesan le ni..? hahak.

alamak kenapa name "Munnafendy" .. takot haaaaaa (T.T)

Marya Hana said...

mirash : endingnya die balik jalan kaki dengan anak dia.. basikal pon x jmpe.. and die dilepaskan , after tertangkap curik basikal kat town tu..

Marya Hana said...

Atiqah Wadiah : silakan.. x sia2..

Marya Hana said...

myra abdullah : haah. hanya kerana sebuah basikal..

yep..ujian utk dia..

Marya Hana said...

AdibahAzman : awww bruno mars..

Marya Hana said...

Norlida Ramli : serious best ..

♥CIK SHA♥ said...

layan cerita yg papar kehidupan realiti memang best..dari layan cerita cintan cintun..kan yaya?

Marya Hana said...

♥CIK SHA♥ : absolutely rite cik sha.. banyak iktibar yg kite dapat.. kesedaran ..

Gadis Biasa said...

trgerak cm nk tgk plk..cm best je

Marya Hana said...

Gadis Biasa : try download kalau ade..