Masing masing dah kecot perot.
minggu ketiga takde satu cerita pon yang Prof A.Razak terima. sampaikan dia kata "masih sempat lagi awak semua nak gugur subject, daripada semua repeat class ni semester hadapan". perghh sentap mak nak !
mengikot pengalaman diploma, prof memang payah nak endorse cerita yang kitorang pitching. sebab dia ambil kira banyak aspek, dari segi logik cerita, watak and macam macam lagi. tinggal beberapa minggu je lagi nak keluar shooting, minggu ke 9. Pre production taknak lama pulak kan? rasa macam tak sempat aje. hai.. semester ni paling stress!
so if korang ada idea untuk short film, boleh lah share kat sini.
sharing is caring maa.. hehe.
short film tau, bukan telemovie. duration untuk short film 8-10 minutes.
stress ke diorang ni? muka sumpah bergumbira ulalalala ~
merah makngah aku semalam ! semangat waja .. tapi time pitching depan prof suara macam itik tertelan selipar jepun. gelakkkan dia !! (T.T)
aik. gambar ni aku nampak sontot? grrr ~
untuk menghiburkan hati yang lara, malam semalam aku and kawan kawan semangat berkobar kobar nak tengok filem Karipap Karipap Cinta. Tak kisah lah filem tu best ke, hancur ke, janjinya kebanyakkan filem tempatan kitorang kena tengok. senang nanti bila lecturer tanya "awak dah tengok filem tet tut proot" . DAHHHHHH... so boleh berdiskusi dalam kelas.
tapi baru baru ni lecturer kata ..
"contoh cinematografi yang baik dalam filem Anu dalam botol. sape belom tengok?"
[ok berderet deret manusia belom tengok . termasok aku. filem tu memang terperuk dalam laptop tapi tak berjaya ditonton lagi ] malam ni jugak aku lenjan.
aku punya blog kan? patotlah suka suka hati merepek meraban sampai lupa pasal Karipap karipap cinta ni. dulu masa aku belum belajar filem, semua cerita aku main bedal je.
bila habis cerita, dalam hati cuma nak kata "best or tak best aje"..
tapi betul kata lecturer, kalau belaja perfileman tapi mentaliti macam orang tak belaja filem, awak memang bermasalah. ting tong! kadang kadang aku pon main bedal je. tengok sambil lewa. tapi serius untuk filem ni, beberapa komentar (komentar tuuu) yang aku boleh list kan :
- lari conti . terutama masa babak ali kena belasah dengan mamat pencopet beg sarah umairah tu. masa tu rambot dia maintain je. next scene kemain berserabot pulak rambot dia plus baju kemain koyak sana sini. before tu tak seterok mana pon.
- pemilihan pelakon . si gambit dengan perempuan yang jadi sarah umairah tu errr macam tak kena je. Gambit boleh diterima, tapi watak sarah tu why not cari pelakon yang memang dah bertudung. tapi kalau tak bertudung pon takpe. nama pon PELAKON. boleh bawa watak yang pelbagai.
- wardrobe si sarah umairah tu. lengan pendek, dada terbuka, baju jarang. eh aku dah makin pelik. si sarah tu lulusan dari Universiti Al-Azhar kan? kot ya dia memang seorang yang "free hair", untuk watak tu at least dia lengkap bertudung. bukan selendang tunjuk jambul.
- dialog yang Sarah Umairah cakap macam serba tak kena. sebagai seorang yang terpelajar plus dari Universiti Al Azhar, macam mana dia berdialog dengan Ali?
sarah panggil ali dalam bilik gelap
" wey wey... "
masa chat kat facebook kot dengan ali .
"hai .. hai .. "
(assalamualaikum takde? )
- screenplay pon macam terperanjat berok kitorang tengok. contoh masa scene sarah and family makan bersama dengan ali. masa bapak sarah kata yang si sarah tu kemain suka karipap. cuba korang tengok macam mana cara sarah minum air. perempuan yang sopan patotnya pegang gelas sebelah tangan. tapi si sarah ni pegang dengan dua dua belah tangan plus siku atas meja makan.
- extra yang sama berulang ulang kali dalam beberapa scene. sampai kita dah kenal yang mana satu . grrrr tension.
- ada satu scene tu diorang pergi rumah boss ali untuk dapatkan nombor peti besi, balik balik je dari rumah tu diorang naik 5 orang satu kereta. sarah tu boleh pulak duduk belakang tengah tengah diapit oleh lelaki kiri kanan. sempit mempit lah, yang si syawal AF tu duduk sebelah driver. mak ai.. kalau sarah tu memang graduan universiti al-azhar tak hingin de dia nak duduk rapat rapat macam tu. baik naik LRT je kan kan ? :D
rasanya takat tu je comment aku untuk filem ni. bak kata kakak senior aku, baca novel lagi best dari tengok filem. bila dah divisualkan kita rasa kekok and gambaran kita masa tengah baca novel menyimpang jauh.
rasanya pengarah filem ni pernah hasilkan karya yang lebih bagus. maybe ni salah satu kegagalan dalam hasil hasil karya beliau. hope dapat perbaiki kelemahan kelemahan yang ada. hope dapat tengok hasil hasil yang lebih baik untuk next film :') bye.
p/s : aku salute dengan watak saudara emman manan sahaja dalam filem ni. dia sentiasa buat yang terbaik untuk setiap watak yang dia lakonkan. good job !
43 comments:
ish, mcm ne leh layan cter ni. kehkeh.. dari komen tu,dah tau da best ke x hehe
keh keh keh..
ce tgk "Alangkah lucunya negeri ini" atau "3 hati 2 dunia 1 cinta"
nice gak..
mana tahu dapat ilham
cerita adaptasi dr novel selalu tak menepati citarasa penonton :(
*memalukan persatuan karipap nasional je..ngeeee~
tak kena plak pelakon yang dipilih kan..selalunya, bila adab masa berlakon tu, depends pada pelakon atau pengarah?..
contohnya masa makan tu..
pegang gelas guna dua belah tangan dan tahan siku atas meja.
yang tu pengarah yang suruh ke or natural from sarah?
emman manan tetap legend.
tu dia kak marya punya komen. ouch! hahah
best gila course ni! grr.
hahaha..citer paling budus yg pnh aku tgk..pelakon extra dah mcm pelakon utama..pelakon utama plak cam haram...
suka gilaaaaa dengan komen2 di atas..wow!!! bunyi seronok pla belajar perfileman ni...
hehehe kalo nur tahu tgk jer la kalo bosan tuh tak best kalo tak bosan tuh mata terbeliak jer ha oke la tuh hehehe
hahaha... terus down nak tengok cerita nih... nasib baik download jek... =.=
Waaaaa, best tgk review movie based on student punya insight <3 Buat la entry mcm nie lagy nanty hehe <3
hehee, bila laa nak tgk filem marya pulak :)
dush2. reject teroih karipap2 ni..hiks :P
reject.reject..nasib baik tak tengok kat panggung..hehe
cik sakdi : ingatkan best, so nak tengoklah..lagi 1, kitorang mmg kena tengok filem2 tempatan.. sbb lecturer selalu jadikan contoh..
alien : itu ape..? short film or film..? thank u soooo much !:) nnt akan tgk..
Kasut& Karipap : haah. selalu akan jadi mcm tu. contoh lagenda budak setan bila divisualkan.. mcm kurang menyengat..
Syazwan Che Deraman : yang tu rasenya naturally from sarah..
tapi pengarah yg kena tgk benda2 mcm tu.. sbb cara dia tu dah tersasar dr watak ..
kura : ouch. marah marah..
Lelaki Godang : best mmg best.. tapi.. aaa..
Amane Misa : sampai aku tertidur. xleh bla.
cik aiLebiu : comment biase2 je tu.. kalau kene buat assignment mengkritik filem siap dengan sokongan itu ini.. hehe..
cik nur : haa. ce tengok. ape jadi.. hehe
Shiro Petta Petto : kalau tgk kat panggung, mst menangis air mate darah.. habiskan duet raya.. ;P
La Petite Cherie ♡ : tu lah.. i jarang ade entry yg mcm ni.. hehe..
thanks.. insyaallah >.<
Cik Zety : x akan kot.. haha.. sbb rasenya nak amek major editing sem depan.. tatau lagi, or maybe directing.. ish.. confuse.
Syairani Tarmizi : haha. karipap still nak makan x..? :P
xsempt agy nak tgk citer tu..
Shurazirah Sukhur : tu lah.. kalau x menyesal x sudah..... ~
ieyza afieyna : maybe kawan2 u ade copy filem ni..
kem salam kat nana eh.rindu die.hehe
tapi apa tapi apa tapi apa tapi apa?? :D nak tahu.. sbb berminattttt...
wahh, even kita pun takda la blaja perfileman segala nih, tapi komenn kat marya sama macam kita komen laa bilaa tgok cte nih.! tapi takda la sume.. haha.. :)) tp mmg ketara. nmpk sgt.! haha :))
pelakon cte karipap2 cinta tu hampehhhh...tak sama cam novel..hampa wa T_T cte anu dlm botol kte da tgok..hiks..best jugaaa
HAHA fail betul kan filem itu
kalau yang dari novel buat drama setakat ni i puji stanza cinta dengan cinta elysa**kata2 org tak blja buat filem =D
shiny2 star.. : insyaallah.. hehe..
>.<
Lelaki Godang : tapi tension lah. x banyak mase, asyik pk shooting ajee...
jieha nasir : hehe. ni utk kefahaman umum lah.. kalau sebut mise-en-scene nnt korang nganga lak..? :D
Cik Suheela : hampa kucilwa and terkucil tengok filem tu haha.
ohh, tu lah. filem tu bagos dr segi cinematografi..
Budak Chomot : tu lah. hope pengarah die boleh buat yang lebih baik next film.
Finaz Jaafar : alamak dua2 i x tengok lagi.....
Review movie yg sgt best, detail n wah!!! hehe . .
thumbs up :)
Post a Comment