ARIGATO GOZAIMASU.

Tuesday, June 28, 2011

Gajah tak makan nasi pon gemuk juga.

Assalamualaikum kawan kawan ..

Aku masih di sini walaupun "seronok" sebab dipermain oleh seorang pesakit mental. khabarnya penyakit buat fake profile sukar diubati so dia akan buat serangan berulang kali ,nak lagi kejam kawan aku kata budak tu ada HIV so dia nak isi masa masa lapang yang cukup bermakna ni (-.-)

FYI, kedua dua fake profile dah lupus malam tadi.
thanks pada yang tolong report and comment dalam entry lepas

-------------------------------------------------------------

the end . wo wo wo berita baik lagi.





siapa sini on diet? well mostly kaum hawa yang semangat nak kurus, kelihatan menarik, jaga badan supaya kelihatan sexy depan husband tercinta, nak kurus before kahwin and what-so-ever. orang kata " hang pandailah kata. hang makan ular sawa hari hari pon belom tentu hang gemuk, macam mana dengan kami yang sejak lahir memang dah big size comel lote, gebuss mcm ni , bak kata sepah pulak gajah tu gemuk je bertahun tahun tak makan nasi ! ".



aku dengan si dia suka ayam penyet kat Sunway. dap!



renungan satu
sabar cik kiah. aku tahu orang yang comel comel ni suka mengunyah sebenarnya. ada tak kau makan cikedis sambil baca majalah ujang? sekali kau gelak segenggam tanpa sedar cikedis masuk dalam mulot. so kalau kau gelak tak berhenti henti nak nak bila tengok maharajalawak, berapa genggam cikedis yang kau dah binasakan? jawab jawab.


"ala saya makan cikedis baru duapuluhlima genggam, takkanlah boleh gemuk kot, kali ni je.. kecohlah lu". haha. suka bagi alasan KALI INI SAHAJA. janji and omong kosong. minggu depan Maharajalawak pukul 10 kau curik curik masokkan cikedis dalam pocket? plus yang kau tengok siaran ulangan? sambil kahkah kelakalah sepah ni, zappp masok mulot.


ok lupakan cikedis ! pokok pangkalnya tinggalkan makanan yang tak elok. yang korang tak perlukan ataupon memang ada depan mata tapi korang tak perlu pon nak melahap. nampak potato chip macam menggoda sanubari, jeling je dia buat jual mahal .







renungan dua
selalunya korang skip makan pagi? kurus habislah lepas tu? jangan jangan. cara tu memang berkesan, tapi sekadar menurunkan metabolisme badan korang ajeee. cara yang paling best bro untuk korang buat , makan 5 hingga 7 hidangan SEDERHANA sehari.

bila aku kata sederhana, fahamilah. bukan pagi mcd, tengah hari pizza hut, petang untuk kudap kudap A&W pulak, malam makan buffet kat Restoran Nelayan pulak. melampau pulak contoh pompuan ni. ok, paling korang kena ingat jangan makan 2 hingga 3 jam sebelum korang membuta zzz krohh krohh. nanti jadi mak jemah buncit macam mana? haaa ingat..








renungan tiga
kawal nafsu serakah korang. terbuat cerita karot lagi ! kawal nafsu makan anda. anda boleh mengubahnya. (semangat tak sekarang?) sebab tu lah renungan kedua tadi suroh korang makan 5 hingga 7 kali sehari. bila korang dah biasa makan dalam kuantiti yang sederhana, so secara tak langsung korang menyelamatkan apa yang dinamakan "selera biawak" ya puan puan. sekali makan tiga pinggan, tu kalau nasi tak cukup. kalau ada nasi lebih, maka lebih lagi lah alamatnya tu. adoi sakit perutnyeee pun.



aku kasi tips kurangkan berat badan
korang tolong aku kasi tips naikkan berat badan pulak (-.-") tau ..





renungan empat
terkena atas batang hidung kawan kawan aku jugaklah ni. haha. korang boleh ambil cara lain selain jogging and pergi gym. apa kata korang sengaja naik tangga walaupun lif melambai lambai penuh mesra. boleh? atau buat perkara berfaedah macam kemas rumah dari pagi sampai tengah hari. memang diakui ketiak belengas and muka sememeh, apa boleh buat. tu salah satu cara korang tingkatkan keaktifan diri anda. boleh? jom tengok langkah seterusnya.




renungan lima
korang kena tahu kalori yang badan sendiri perlukan. yang ni maybe aku tak berapa pakar. hehe. aku pon main bedal tapi agak agaklah kot nak bedal pon kan. skip to the next step please !



renungan enam
korang memang rajin makan diet pills ? ohh bagus , anak sapa lah ni.. but perlulah seiring dengan kawalan pemakanan kome. ok?




renungan tujuh
kalau keenam enam steps tu korang memang ngeri gila nak buat, ada lagi satu cara terakhir. beli protein shakes and minum dua kali sehari. satu di antara breakfast dengan lunch. satu lagi antara lunch dengan makan malam. done ! lepas ni boleh jadi Rozita Che Wan lah !



Lastly, kalau korang malas nak baca apa pompuan ni meraban. and tak paham sana sini. aku dah panggil boyfriend baru aku ni untuk kasi tips kat blogger yang disayangi . romantic tak? sorry kalau sepanjang entry ni ada salah silap , tak berniat menyakiti hati sesiapa. enjoy watching !



sekian sahaja, bye semua ! :')















32 comments:

♥CIK SHA♥ said...

encem nye abam kebinjahri..terus rase nak upah jadi personal fit coach..ekeke..;p

Ip Man said...

amboih!
terer pulak bg tips2 ye syg den ni..
ha u focus tips nk naikkan berat bdn pulak okay?
sama la mcm i ni..
eheheheh :D

Finaz Jaafar said...

haha..kte tak kurus2 sebab diet yang ntah hape2..anyway, sedapnyeeee ayam penyet tu ! grr

Ain Atika Zailani said...

hihi peewiittt...

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

hi dear..rasenye cam 1st time smpai sini..hihi~ ade petua gemukkn bdn tak? T__T

HAZIRAH SULAIMAN said...

best bro. haha.

ayam penyek tu sgt sedap. rse ayamnya ranggup gila. wee.

waah, hana tips diet. hee. kita malas da nak berdiet. btw, tengs utk entry diet ni :) bole gunakan diwaktu perlu nnti :D

EZAN IDMA said...

nice tips marya. sebb kalo skip break1st nnt akn ambil lunch yg banyak kan. na diett!!! marya kene mkn banyak2 je tips dy

wahida idris said...

cik marya, badan yang jenis mcm kita ni memang susah nak naik. huuu. makan banyak pon, dok tara tu jugak T_T

Marya Hana said...

♥CIK SHA♥ : kalau ade coach mcm ni, alamatnya senyum riang, and makin banyak makan ade ah.. :D

Marya Hana said...

ipman love : haha. same2 lah kita ... :D

Marya Hana said...

Finaz Jaafar : yes, so ni lah solutionnya.. hehe..

oh, my fav tu!

Marya Hana said...

Ain Atika Zailani : :O

Marya Hana said...

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid : ohh memang rasanya 1st time..

i pon tak berjaya lagi gemukkan badan.. uwaaa :(

Marya Hana said...

HAZIRAH SULAIMAN : mulakan dr sekarang lah..? bila lagi diperlukan..? hehe..

Marya Hana said...

EZAN IDMA : haah, kalau kite x ambik breakfast, lunch mesti selera kuda.. haha..

ohh, dah makan banyak.. (T.T)

Marya Hana said...

wahida idris : kesiannya kita. mcm mama i, lepas kawen baru badan die naik tau.. maybe i pon mcm tu..

Cik Ungu Kamila said...

merenung gamboo pertama dengan begitu berselera sekali. keh3. ayam penyet tuuu. adeh !

Marya Hana said...

Cik Ungu Kamila : alamak utk tips diet x patot ade gamba yg menyelerakan kat situ.. :p

Meyna Elma said...

ahaha :D
chia HIV tuh da mati ke, da xde plak kat fb? sian!

huhu ;p
nnt aku derma lemak dkt kau ek, lame aku menternak neh da boring haa.. free je tolg mber!

cik najihah said...

suke tengok baju akak yang dengan lelaki tu..cantik

khadijah said...

sedap ke ayam penyet kat sunway tu? cam mane i nak kurus ni, marya tunjuk makanan yang sedap2 pulak..:)

Marya Hana said...

Meyna Elma : haha HIV.. bongok..

kalau lemak, kuera and sawak bg kat aku, mcm mane ah jadinya aku ni..? haha.

Marya Hana said...

cik najihah : ohh tu masa pre graduate dinner..thanks.. :)

Marya Hana said...

khadijah : sedap sgt, try lah kalau gi sunway.. tu lah, salah gambar...

Abang Stalker said...

da byk skodeng org,korg blogger prmpn yg cun2 ni kurus2 le..T_T nangis simpati.xpe la,abaikn je.gemuk ke kurus ke.Jnji ada org syg.Jgn kurus skt,jgn gemuk skt.

peace (^_^)v

Marya Hana said...

Abang Stalker : kurus bukan cun pon sebenanya.. menyampah je mcm .. yg sedang2 aje lawa.. :)

hana sudradjat said...

PERTAMA,SAYA PUN SUKA AYAM PENYET KAT SUNWAY TU!SAMPaI JILAT-JILAT JARI.LAGI SDP DR KFC.oops tercapslock,sorry,tak sedar.hehehe

kedua,makanan tak elok mcm junk food tu memang kena tinggal! bukan shj penyumbang kepada naik berat badan tetapi juga dipercayai membuat manusia2 sekalian mudah lupa.tak tahulah betul ke tak.hee..

ketiga,naik lif tu kan..hari tu saya buat kerja gila naik tangga dr tingkat 3 ke tingkat 10 sebab lif penuh.kahkahkah

keempat,saya takkan sentuh pil diet.macam menakutkan je.btw,bukan dh bnyk kes eh pasal pil diet ni kat china?er tak tahulah kes yg mcm mana..

kelima,saya pakai broadband,so tak leh tengok video tu sbb dh OVERLIMIT,nnti tambah slow pulak T.T

Marya Hana said...

hana sudradjat : wah panjangnya comment.. gud2..

maknanya hampir semua steps u dah buat..? congrat's.. hehe.

ohh video x dapat tgk yeah, so bace je ah ape i meraban tu xD

Miss A said...

wahaha!

nice tips lah akak.

erk,akak nak gemukkan badan ke?hurmm,ape kate,lepas makan,tidur.lepas mkn tidur.gerenti berat naik! :D

Marya Hana said...

Miss A : haha. care tu akak memang selalu buat, nak2 kat uitm. lepas makan je membuta.. haha

Ujang9897 said...

argh...!!! tak terikut tips2 ni...nafsu serakah terlalu kuat..=)


tips nak gemuk sila mkn gajah..=)

Marya Hana said...

Ujang9897 : laki xpe.. ppuan kena jage badan.. :p

amboi peli sunggoh..