Thursday, June 16, 2011

Buffered Earning 2 Ketol.

Assalamualaikum kawan kawan (._.*)


Apa guna korang letak iklan kat blog kalau takde hasil? cliche kot "aku blogging sebab saje takde kerja, hobi, ikhlas, and dari pecah rumah orang baik blogging" ye dak? MAYBE ada sesetangah blogger yang betol betol ikhlas mengekspresikan apa yang tersepok dalam hati dan sanubari melalui penulisan. and pastinya kat blog dia korang takkan jumpa "nuffnang".


style baru "mata ke atas, tangan ke bawah" : tak kuasa nyah.


for me, sambil menyelam minom air.

kalau ada hasil dari nuffnang, alhamdulillah. kalau takde takkan aku nak ugut nuffnang pulak. merengek ke merintih nasib ke. honestly, dari aku start blogging tahun 2008 sampai sekarang limapuluhlima kali nuffnang hantar cek kat rumah aku. (padahal sekali pon tak pernah, sedapkan hati nuffnang tersalah alamat kot)


sebelom ni tak tahu apa itu buffered earning. apa kriteria yang membuatkan pengiklan terpikat kat blog kita. sekarang ni dah tahu sikit (-.-") anda jua tak tahu? ok boleh baca sini.



-----------------------------------------------------------

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik.

Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

-----------------------------------------------------------






gugur jantong nyah tengah hari tadi bukak blog tiba tiba ternampak perkataan "buffered earning" kat acc nuffnang. sebelom ni jelik mata tengok perkataan "campaigns" tu je.

nampak tak jakun? kesian kau marya.


mak tak kesahhhhh. pandang ke lain ..

apa pon tak boleh, apa pon tak boleh !

sepanjang blogging baru dua ketol je ? eleh orang lain tak heran ! (T.T)





"bella lim break dengan aizuddin"
(mak enon mana punya kerja ni? nak tahu kesah hidup adik aku pon kena google ke? teknologi sungguh maju .. maju.. -.-" )

hampanya pencarian kamu, sini takde cerita pasal dua heko ni. kihkih.


"kamaria hana bella lim"
(amboi gabungan adik beradik, sweet sangat.......sape yg search ni)


ok, sayang semua. babai ! :')








48 comments :

syufaa said...

hahahaha!!
xkuasa nyahh!

*gelak nk sorok sedeh xdpt BE*

=.="

Rozuan Ismail said...

pergh 2 BE.hebat.bila la BE nak melekat lagi ni ye

blackroses said...

lawaklah dik gambar dak tu..saper tu?adik ke?yang gambar mata ketas tangan kebawah tu

C!k LaYLa PiPi GeBu said...

ooo mariaaaaa.... bestnye dpt BE.....
aku nak gak..tp aku tak tau ape masalah dgn nuffnang aku....eeee..jelesjeles..hehehhehe......kau rasa patutkah aku buat akaun baru untuk nuffnung??menciewwwwww awwwwww..*sumpah gediksss...hahahah...

http://ciklaylapipigebu.blogspot.com/

shiny2 star.. said...

fara de mslah ngan nuffnang tu.last2 remove je.;(

Elie Lily said...

lepas ni da kaya, kak yaya boleh belanja elie nasi koboy kan? hahha

Just Call Me Bitt said...

lupa dari mana boleh sampai sini...hehehe hi salam singgah terus nk komwn terus nk folow pulak..haihhh ngada2 pulak akekekkke tuan tanah anda sangat sweet...

saiazuan said...

wahh rezeki tu.. ;D

kura said...

kadang kadang adik kau tu berguna jugak, boleh jd model gitteww! haha..

ohh. sy letak nuff kat blog sbb nk nmpk cantik je pun. seriueess :) haha..

bella lim break dengan aizuddin- hahahaha. apekekes bella lim ni? haha..

bella lim said...

macam setan je yang search bella lim break dengan Aizuddin tu kan. nampak sangat busy bodynya. anak sapelah tu. nak sangat tahu status aku lettew. jadah. tanya sendirila!

Abang Stalker said...

search 4 cara2 nk kurgkn kentut.hahaha

Marya Hana . said...

syufaa : haha.. sabar eh, nnt dapat.. :)

Marya Hana . said...

rozuan : susah betol nak lekat.. hurm.. :(

Marya Hana . said...

blackroses : hehe. yep, my youngest bro.. :)

Marya Hana . said...

layla : ohh, kenapa dengan acc kau..? ape masalah..?

Marya Hana . said...

farah : kamu pon ade masalah..? ape masalah..? kalau boleh tlg kan..

Marya Hana . said...

elie : nasik koboy..? 5 kak yaya belanje.. haha :D kalau kaya.. kalau.............

Marya Hana . said...

just call me bit : hai,ohh baru singgah and follow sini eh, thanks yeah.. :)

Marya Hana . said...

saiazuan : alhamdulillah.. :)

Marya Hana . said...

kura : nak kasik cantek je gamaknya.. cantek kah..? tu aku musykil..

bella lim , bese ah. mcm2 hal.. haha

Marya Hana . said...

bella : stalker siot.sapelah tu..

Marya Hana . said...

abg stalker : haha u ke tu..? PELIK betol..

Abang Stalker said...

haha..i bru nk cri ni.b4 this is not me.so how?cara2 kurgkn kentut.haha..gle lawak.

Marya Hana . said...

abg stalker : don't worrie, next entry "tips kurangkan kentot".. ok..
T.T

Abang Stalker said...

haha..ok,im waiting. :)btw,yaya pnh bt iklan clean n clear tu ke?

kura said...

cantik gak la, boley jadi model *ah! arsenal mengjengkelkan!* haha..

fuh! tu dia bella lim dah mengamok. kahkah

C!k LaYLa PiPi GeBu said...

masalahnye yang aku pernah bgtau kau tulah..igt tak??igt tak??

Ip Man said...

ish..nasib baik tesalah bace..
i tebace bella lom break dgn hifzuddin..
wakakakaka x leh bla!

Marya Hana . said...

abg stalker : ohh nope. tu sesaje edit.. edit since zaman diploma dlu.. perasan je tuuu..

Marya Hana . said...

kura : arsengal.. ~

bella lim memang kuat ngamok. baru taw..? haha

Marya Hana . said...

layla : ok masih kabur disini.. yg manakah..? -.-" nnt kau btawu aku detail..

Marya Hana . said...

ipman LOVE : gila ke..? amboi2..

Amalina said...

HAHA, your adik comel ;)

Mila Ahmad said...

mila pown dpt 2 ketul jugak...join nuffnang baru 2 bulan hikhik....mula2 memg giler xphm.mcm budak baru blaja ABC..Tpi sebb rjin BW..alhamdulillah da phm :)

cik nur said...

hurm rezeki kan alhamdulilah :)

wahida idris said...

jeles. ~.~

Marya Hana . said...

amalina : nakal tau die tu...

Marya Hana . said...

cik nur : yep, alhamdulillah.. :)

Marya Hana . said...

mila : wah, baiknya nuffnang.. baru 2 bulan blogging dah dapat BE.. congrat's..

Marya Hana . said...

wahida : hehe. nnt turn u pulak.. :)

EZAN IDMA said...

tak penah pon dpt. hehe

wawaney said...

haha pa benda cara-cara nak kurangkan kentot tuh? motif? hahahaha serius lawak oke!

Marya Hana . said...

ezan : nnt u dapat k.. :)

Marya Hana . said...

wawaney : tu ah, mcm2 lah diorg nak search..

kura said...

bella lim mmg kuat mengamok? okey baru taw.

kak marya aka kakak ketam pun baru taw.

amboir hahah

Marya Hana . said...

kura : kau ni sume baru tau.. haha ambooir..

shiny2 star.. said...

marya..mcm mana eh nk jdi glitterati member???:( so xleh nk buat ape2 pon..:( xpaham la

Marya Hana said...

penjelasan ttg glitterati member tu boleh bace kat sini...


http://ciknalspeaking.blogspot.com/2011/06/apakah-status-glitterati-nuffnang.html