ARIGATO GOZAIMASU.

Saturday, January 8, 2011

Tak Mungkin Ada Blog Yang Lagi Best Dari Hanis Zalikha.

Menulis tak sama dengan kita bercakap. Ada orang ligat menulis itu ini dalam blog diorang. Tapi bila jumpa "eh, takdelah capoi mana macam ayat dalam blog dia selalu tu". Tapi ada juga yang menulis sama je macam bercakap, tak banyak beza je rasanya. Contohnya cara penulisan "Macham Iz Punya" and "Sis Nadia Bayu". dua dua personal blog and dua dua ni memang idola aku masa mula mula aku blogging. santai gitu!


tapi ikot kome lah nak bentok blog macam mana. nak yang ayat berbunga bunga berdahan dahan ke. nak blog yang jiwang tak sudah sudah ke.



Bagi yang kenal aku, i mean yang tidur sebantal and pernah bergelak gelak keluar air mata and air hidong dengan aku. diorang memang tahulah mulot aku ni macam mana. takde insurans. dari sekolah memang capoi. Tapi bertempat lah. takkan lah takde pasal mulot aku tiba tiba nak hyper active. tu dah buang tebiat agaknya. paling penting jangan judge orang terlalu awal.


"kau ni sombong , kerek and pandang orang mcm nak marah"
(pengakuan ikhlas classmate aku yang datang dari diploma lain)


bila aku suroh kawan aku baca comment budak tu kat facebook, diorang semua gelak guling guling rasa macam nak humban sekor sekor kat sungai untuk santapan buaya. tapi dengan aku aku sekali gelak gila babun. sambil garu garu berangan banyak kutu babi melekat.



aku : oi aku memang macam tu ke?
kawan : tak lah.dia tak kenal kau tu.langsong tak menggambarkan kau!
aku : tu lah. maybe aku jarang tegur budak baru.



Kalau aku sombong, takdelah aku di lable
"girlfriend ip yang ramah and cepat mesra".
Ni ayat ajang (syazwan yazid) kawan si dia
dua tahon yang lepas masa kami mula mula kenal.


yang bab sombong ni dah habis. lantaklah nak anggap aku sombong ke apa. takkanlah aku tiba tiba nak pergi menyengeh depan muka dia kan. agak agak ah. mak aku kata perempuan yang terlampau menyengih ni nampak gatai miang. kenalah jual mahal sikit. jual mahal sangat janganlah. karang orang kata " ek eleh pikir cun....... ". dah biasa dah ayat ayat budak laki yang selalu direject. setuju?


buatlah seikhlas mana pon, mesti ada orang tak puas hati.
ye dok?


orang kata aku sombong pon kawan kawan aku dah bantai gelak, ni kan pulak kalau ada mulot yang gatai gatai kata aku ni "pemalu". jeng jeng jeng. kalau diorang dapat tahulah ada makhlok kata aku ni pemalu, entah entah diorang semua dah masok ICU sebab heart attack punya tak tahan nak tergelak. cuma er er. kalau aku 1st time jumpa korang mesti ada adegan pemalu tu ah. kejap je tak lama. karang mula dah adegan anak berok gayot gayot. blueks :p



Bila bab gelak gelak dah reda. ada pulak anak monyet ni pergi bukak cerita lagi kelakar! lagi kelakar dari "aku pemalu and aku sombong" yang tadi tu. sumpah rasa taknak tidur malam ni.



My bff since sekolah menengah update 1 entry yang bertajuk Belog Pilihan. Saje saje nak menjengok blog dia , nak tahu jugak minah tu suka baca blog mana. sebab dia tu memang masok air tahap kritikal, and dia memang layak kalau korang saja saja aniaya nak letak dia kat hospital sakit jiwa. yang cik abang single single , pergilah jengok blog dia and berkenalan. tapi pastikan muka korang atau bahagian mana mana muka korang ala ala johny depp kesayangan aku tu. tang bulu hidong pon orite lah! asalkan ada.



"ayat ala ala lembu kena sawan"
(mya myra, 2011)



kalau nak tahu dia bandingkan pulak aku dengan Hanis Zalikha. ish ish.confirm malam ni mengigau sebab terkenang ayat ayat dia. Dia memang kawan baik aku yang paling sempoi! bab bab ajak bergadoh ni dia mesti menang. patotlah aku terer bergadoh~ ada sumber inspirasi. kah kah. jangan marah haaa.





nak usha apa dia karotkan click sini.








:: lokasi yang sama gambar kat atas tu ::

mira ni kecik molek je. tah macam mana dia nampak
macam sama tinggi ngan aku dalam picture ni. camera trick betol~


ok lah babai semua!




20 comments:

Syazwan Yazid said...

ape pasal tiba2 ada nama aku nih... kang tak pasal2 ramai awek minat kat aku... woahahahahaha!

ken said...

lain orang, lain blogging taste :)

eykin said...

huhu..wow..comey gambar,,hehe

.zara. said...

wahaha...!
terselit pulak name ajang.
wehee

Marya Hana . said...

ajang : xpayah nak bajet sgt ehhhh.. :P

Marya Hana . said...

ken : yep2.. :)

Marya Hana . said...

eykin : hehe.. pokok tu yg comey..

Marya Hana . said...

zai : HAHA. sbb ayat die yaya paling igt..

Rozuan Ismail said...

blog hanis memang best..tapi mungkin akan wujud blog lain yg lagi best..siapa tahu kan..

~roslinda~ said...

blog marya pon best jugak ape :D

Mya Myra said...

btol ude klau org x knl ude msti igt ude tu smbong tp dorg tatau ude nie prangai mengalahkn babun gelak pon bole kuar air mata..btol2 menghayati cte btol..huhu

Angin Selat Melaka said...

Salam...
Kelihatan anda ini jenis yang mementingkan penampilan diri agar sihat dan cantik...Daku cadangkan agar anda menambahkan lagi kecantikan yg ada dgn memiliki pengetahuan yg ada di sini:

Bidang Kecantikan Seterusnya

Semoga berjaya. Tq.

Marya Hana . said...

roslinda : best apenye.. haha. mengarot banyak!

Marya Hana . said...

mya myra : gila kau! haha. kawan ude pon kate camtu, sekali tgk ayu je.. bile dh kenal.. jeng jeng jeng

Marya Hana . said...

angin selat melaka : haah lah tu, terima kaseh :)

dee said...

empunya blog sggh chomell..^^,
i follow u yerk??
feel free 2 follow me...
slm ziarah >.<

Yun Aizun Zulkhaini said...

yaya,akak nak tanye sket.lately nih akak tension giler cz tak bleh upload gambar. yaya penah ada problem cam tu tak? msg kuar bgtau akak dah guna lebih dari 1GB dari Picasa Web Albums so member akak kata akak kena delete yg previous punya gamba..syg tuu..ada tips tak?

Marya Hana . said...

dee : sgt comot actually.. :P thanks.. insyaallah..

Marya Hana . said...

yun aizun : alamak mintak maaf kak.. sy xpenah pulak ade masalah mcm 2.. maybe betol kate kawan akak.. akak kena delete previous picture.. :)

hasrul hassan said...

Salam ...
Ehemm .. blog oh blog. Bukan sekadar tempat meluah rasa, tetapi mensisirkan sebahagian diri kita. Ada part dalam diri yang tak terpacul dalam alam nyata, tapi menonjol di dunia siber. Ibarat hitamnya rambut dan merahnya hati .. isi sebenar tiada siapa yang tahu. Hitam rambut mungkin sebab warna ...

http://hasrulhassan.blogspot.com

Hanya menjaja blog picisan.

Salam perkenalan.