Semenjak kau hadir dalam hidupku (OST Adamaya). Tu lah message alert tone yg berkuron tak kuasa nyah nak tukar tukar tau. 1 message received. "Salam cik kama, maap ganggu.awk free tak khamis ni, yana ajak jumpa,jom la". Laju laju lari depan cermin buang taik mate bersepai. hoh. i don't believe this!! Tengkorak betol budak budak ni. dari habis SPM hari tu tak pernah jumpa jumpa.
al maklomlah, yana dah pindah Putrajaya waktu form 1. masa tu aku nangis gila vavi uols. keluar hingus hijau hijau pucok pisang, adik beradik zombi kampong pisang. mau taknya she's my bestfriend sejak di bangku sekolah rendah lagi. kan aku pernah cakap bab setia kawan. ingat lagi tak? sekolah rendah dulu, asal ada lawatan sambil belajar kitorang memang hantu. segala camping semua sapu. memang aktif lah orang kata bab merayap ni. dah kata aku suka tangkap gambar, of course lah bukan hobi di masa kertu ni. dari muda muda belia lagi nyah. that's why diorang ugot nak tag picture kat facebook masa sekolah. muka hingusan taknak kalah! takot takot!
Ain pulak masa sekolah rendah siapa lah tak kenal dia. mulot becok kalah didie alias dlm drama pontianak kampong batu kat Astro Ria. kalau sebot je nama ain, mesti kita nak kata
"laa. yang becok tu ke?"
and yes. sampai sekarang aku tengok tak berubah. aku yang masa tu muka selenga sudi lah berkawan dengan ain. Terbuang segala prasangka and mulot longkang orang. she's very kind and sangat ambil berat hal kawan kawan. kalau dia pergi holiday, confirm balik balik je teros singgah rumah aku and hantar key chain yang comel. ingat lagi. ohh kenangan lama. (hidong kembang kempis).
dua orang yang sangat penting zaman hingus hingusan beta. mua mua haha. and then terkejut juga ain kata nak ajak wani. HOH SIAPA WANI? ni nama baru. OK. dia juga kawan rapat masa sekolah menengah. st john ambulance lah yang buat kitorang jadi satu geng. sekolah rendah kawan dengan orang yang sopan sopan gitu. sekolah menengah hambik kau! semua kepala masok air sampai level 24. gayat gayat.
erk. uols, janganlah tido baca entry ni.
the best part bila bukak cerita masing masing.
loh? sampai hati korang jadi silent reader kat blog beta.
terkejot wani kata " eh nama adik kau ni zaqwan kan?".
aik. semenjak dah lama tak bersua ni kau pergi menuntot ilmu batin ke apa.
macam mana kau tahu nama dia?
(spender adik dah basah, sebab dia terlampau terharu kakak tu tahu nama dia)
so sweet.
hek eleh. macam mana tak tahu, Harapan Marya Hanya Impian kan ada.
baca lah!
ain mencelah. "betol betol. ain kalau balik kerja tengok kama update, mesti nak baca".
so sweet lagi sekali! korang ! baca blog i tak comment pon noks.
bukan apa, kalau korang tak comment mana kan aku tahu korang sedang membaca.
boleh lah aku terjah blog korang pulok. what the heyyy leh kome ni.
sebot what de heyy ni , tadi kitorang berjimba tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. ghupe gampang kalau kome nak tahu. bukan gampang cemana. gampang GILA VAVI BEST. sorry ter'over exited sampai CAPS LOCK ON. yabedabedu. segala nama pengarah kat Malaysia ni ada dalam skrip. siapa punya skrip ni? Hassan Mutalib lagi ke? HAHA. Encik Hassan Mutalib tu one of my lecturer. dia mengajar animasi. dalam kelas dia confirm puji Mamat Khalid, sahabat dia katanya.
filem filem arahan Mamat Khalid selalunya tak menghampakan. entah, dia one of my favourite director. cara dia menyampaikan sesuatu mesej tu.di sebalik misteri. dalam diam, dia mengkritik masyarakat setempat.tak perasan? eh eh. macam macam dia bangkitkan. ada dialog yang suroh orang kampong jengok rumah kak Limah. takot orang tua tu mati tapi orang tak tahu. tak ammbil berat katanya. yelah. zaman sekarang ni, jiran sesama jiran pon tak kenal rapat. kita hidop berjiran kenalah ambik tahu sikit, nak nak orang tua kan. makan pakainya, pening sakitnya. haaa. aku dah mula bebel. jangan peduli.
ada lagi satu, stereotype. asal mat pit je mesti dia lah yang curik kasot kat setiap rumah. what the heyy. aku percaya yang curik kasot kat masjid masa sembahyang Jumaat bukanlah di kalangan mat pit atau sekutu dengannya. orang Melaka kata, membakau darah je tau. kau datang masjid pakai selipar jepun, balik balik dah pakai selipar ASADI. what the heyyy lagi sekali.
perangai takde yang lebih senonooh sikit.
senonoh tak senonoh lantak deme lah. yang si HANTU mengangkang kat atas jamban tu kenapa? gelak tak ingat dunia la bila teringat time si Johan Raja Lawak tengah "membuang" sambil dengar radio kuat kuat tu. it's a good idea. supaya tak rasa seram sangat nak "membuang" gelap gelap mcm tu. boleh pulak? hantu hantu sekarang dah maju ikot arus permodenan ouh. posing tak agak agak. macam mana amber chia nak cari makan kalau macam gini. ingat tak hantu dalam Ngangkung, wah wah. lawan tauke nampak. boleh jadi model tuu.
ok. mata semakin rabak. korang tengok lah picture nya ya.
tak sempat tangkap banyak sangat. sebab aku lebih ke arah menjaga anak tarzan ni. what the heyyy aku bawak dia? siapa lagi nak bawak dia berjalan kalau bukan aku. kesian lah dia, terperap duduk rumah je.
moh kita..
ececeh. masa ni musim mengawan lagi.
karang dia dah naik hantu, tu dia nak ni dia nak.
dasar jibreng kongkreng!

:: tunggu yana kat KL sentral ::
dia dari Bangi.
ewah. orang pukol 10 dah tercangak pandang abang-abang polis dekat situ. yang dia baru nak gerak. dah aku dengan wani kena dengar ceramah bebas ain.

:: tengah mesej her bf pon boleh membebel lagi::
tgk tangan dia tu. habit dia, kalau bercakap tangan tak boleh dudok diam.
mencucok bintang sana sini

wani . merangkap assistant ain.
kah kah. berapa kali kita pusing pusing kl sentral tu habaq mai?
memang kita BUDAK KL.
hampeh betol (T.T)

:: hai, kitorang jadi boss besar::

:: muke herot herot ::

:: ini yana. tunggu makcik ni ah kat KL Sentral tuu ::

:: my bff ::

:: sempat gitu ::

konon candid.
nampak sangat lah weh muka aku tak boleh blah.
confirm bukan candid.



:: oi oi ::
malu kat adik aku je
kakak kakak kertu ni join dia

:: dalam hati kata : aku pasrah ::

lepas tu bowling pulok
tak upload lah picturenya. sebab hambek sume tang pungkok.

:: adik aku main camera ::
out of focus!
tapi aku hargai hasil usaha kau dik

wani menang ouh main DAYTONA.
tepok tangan T.T
takpe. lain kali kita lawan daytona lagi.
tapi aku still akan pakai auto. kah kah.
sorry readers, kali ni agak panjang entry nya.
teruuuujaaaaa gitu.
bye ! :)