ARIGATO GOZAIMASU.

Tuesday, August 31, 2010

Macam mintak nyawa . . .

Syukur . Hari ni dapat jugak aku menjengok apa yang dah berlaku beberapa hari aku menghilang . hurm . sebenarnya laptop aku HILANG . sebenarnya aku dah cuba hantok hantok kepala kat dinding . " adakah semua ni mimpi ?" . ceceh . nak bermain wayang pulak aku kat sini. serius ni laptop aku hilang . dengan erti kata lain , ada seorang makhlok Tuhan yang berani berani mencilok laptop aku ! cis !! keluar air mata darah pon takkan dapat balik . Apa yang aku mampu buat time tu ialah baling baling bantal (awww bunyi macam manja , tapi baling dengan ganas and rakus sekali ye tuan-tuan ) . Siapa punya angkara , dengan serta merta semua budak rumah mengesyaki seseorang . er er .. maybe seseekor .. sebab bulan ramadhan pon dia boleh tahan nak mencurik .


Laptop aku lesap dengan sekelip mata . banyaaaaaaaaaaak gila gambar aku posing sakan dalam tu . memang tergamak !!! eeee , geram geram !!!! kalau aku dapat siapa yang curi laptop aku tu , aku kunyah dia hidop hidop . sekarang ni aku cuba menenangkan diri . alhamdulillah .. ada orang tersayang disisi bertambah kuat lah aku nak hadapi . laptop macam nyawa :( hope Tuhan membalas perbuatan siapa yang terkutok terburok dan terbusok ni !!


Doa orang teraniaya cepat termakbul . Hope aku dapat pengajaran dari semua ni . Kot nak pecahkan locker aku pon , pecahkan lah time aku dah balik kelas . supaya senang pulak aku nak pecahkan muka KAU pulak lepas tu ( heh terlampau geram ) . maybe terdesak sangat . al maklomlah sekarang ni isu mercun pon tengah naik . dalam mood raya katakan. so , no wonder lah banyak kes kecurian. takde duet nak beli baju raya , subang raya , kasut raya , spender raya . ops ~ kalau tu pon takde duet nak beli , lain kali mintak elok elok nak pinjam duet beli spender raya.


aku pon dah buat police report .
so tunggu jelah apa tindakannya :) doakan semua ye .
terima kasih .




Wednesday, August 25, 2010

Jangan kau nafikan .

Mak aku kata , standard lah tu. bulan puasa mesti sakit perot + cirit's ! haha . so , inilah masalah aku sekarang . sakit perot tak kira tempat dan masa . memulas-mulas sampaikan nak masok tandas pon dia tak kasi warning dulu . main nak " keluar " je . ops . tapi tak sampai ke tahap cirit dalam itu seluar kicik (- - ") piuh~ bilalah penderitaan ni nak berkurengan. Makin menjadi-jadi aku tengok ada lah . boleh kata , toilet tu ada nama aku " Marya Hana " . orang lain syuh syuh pi main jauh jauh . i nak u'uk . penat tau macam ni . . . . .


Ada makhlok Allah suruh minom ENO halia tu . betol eh boleh baik ? esok mau beli lah . tak pernah cuba pulak . sebab aku dari kecik tak bergantung dengan ubat . kalau aku sakit perot , aku tido . nanti baik lah . kalau aku sakit kepala , aku TIDO. repeat please.. TIDO ! ok. senang cerita asal aku sakit aku TIDO. ( tak sakit pon TIDO ) . apa boleh buat .



kan dah buat dah ..
jeng jeng jeng .. (T.T) padahal tengah sakit perot .
bila lah korang nak pecahkan kamera handphone aku tu .





weeeee :p macam dah tak sakit perot lepas tonggang terbalik ambik gamba .



Monday, August 23, 2010

Pot pet Pot Pet :)

Semalam balik-balik UiTM , perangai memang tak pernah berubah. memanjang carik bantal . nak membuta heh, takkan cari bantal nak mandi pula . T.T yela, sebab pagi pagi lagi mama da kejot bangon tido . nak hantar bella balik matriks kuala pilah dia tu . Muka dia kalau nak balik pilah macam MAK MENTI ( tikos ) mondok . tapi bila dah lama dudok sana, tak ingat yang dia ada rumah kat Keramat . ni pon sengaja kami adek beradek plan balik rumah minggu ni . selalunya, tak complete . ada yang busy. ada yang buat-buat busy macam erk .. nak cakap ke taknak ni . ngaku lah ngaku lah . kehkeh . satu lagi . minggu ni kenapa perot selalu meragam . selalu je nak u'uk . haha . busok punya orang !


eh . sekarang ni rasa ngeri pulak nak baca paper kan ? macam macam hal . yang latest , pasal budak melambong atas pokok terburai kepala tu . sumpah kesian sangat . al-fatihah . bersimpati kat keluarga adik tu :'( mercun bahaya tau adek adek . pesanan bukan kat adek adek je. kat mak, pakcik, ucu, wan, opah dan sebagainya . jangan lah bagi kanak-kanak main mercun. tengok sekarang mcm-mcm kes dah jadi. ada yang hampir buta. macam mane dengan masa depan diorang ?


pot pet pot pet .
ni saje nak kasi kepala korang pusing pusing .

wek ! taknak rotate . haha . kejam.


lain kan aku dengan mama ? tahu T.T
aku ikot muka ayah .

muka orang ngelat . tido dalam kereta .

lighting membantu . haha .



OK. semenjak degree ni , screening banyak pulak filem 80-an . sebab masa tu kebangkitan filem melayu semula. selepas Tan Sri P. Ramlee meninggalkan kita . Yang naikkan semula filem melayu , Dato' Rahim Razali. dengan filem beliau " Abang , Matinya Seorang Patriot ". Dulu , serius aku kata . memang nak usong bantal tengok cerita era 80-an . Sebenarnya , zaman zaman tu lah filem mempunyai pemikiran yang tersendiri . bak kata lecturer aku , dia suka sangat semua filem arahan U-Wei Haji Shaari antaranya " Kaki Bakar dan Perempuan dot dot " tu . sebab dia menggunakan filem untuk mengkritik masyarakat pada era berkenaan .


Tadi , screening dalam kelas filem " Perempuan Melayu Terakhir " . Buat kali pertamanya aku melihat filem dari perspektif yang berlainan . kalau dulu , asal tengok filem je mesti nak judge " BEST atau TAK BEST " . nak kritik agak-agak lah . sebab filem kan banyak genre . so , kita tak boleh mengkritik tanpa pengetahuan . 2 minggu lepas , kitorang kena tengok idea apa yang pengarah filem " Samson and Delilah " nak sampaikan . eh . serius. korang pergi cari filem ni . memang memaparkan realiti .


cerita ni pasal orang asli Australia . kehidupan serba kekurangan . tak dipedulikan dan lain-lain lagi yang menarik . salah satu cara diorang nak lupakan realiti , lelaki tu asyik bau petrol . so, dia macam high semacam lah . kita selalu pandang serong kat orang Asli . so cerita ni nak membuka mata masyarakat . haaa. lupa pulak . pengarah filem ni , memang orang Asli Australia . so , dia betol-betol memahami sangat lah macam mana nak visualkan idea dia .



cari lah kat speedy .
Samson and Delilah ( 2009 )



Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Al Mubarak, tak baik menipu mak sendiri.

Korang nak tawu tak apa yang aku suka nak buat sekarang ? haha. nak update blog laju laju sementara mak aku tak bangon sahur lagi . tadi dia terjaga , ternampak aku mengadap laptop dengan penoh khusyuk. mama kata :


amboi, rajinnya buat assignment
(muka aku mengangguk redha and pasrah)

sesunggohnya anakmu tak pernah merajinkan diri membuat assignment di waktu waktu begini. selalunya on9 atau pon buat taik mata bertepek-tepek. lagi berbaloi kot. boleh berbangga sape kumpol air lior basi terbanyak and termasam . wewek :p ok sekarang nak tunjok gambar baru berbuka dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa. semenjak dah " konon-konon" matang ni . buat hal masing masing gamaknya. ni baru berkumpol yang mana salu bagi alasan tak dapat minom kat mamak sama-sama .


steamboat kat wangsa maju


peace segala. ahh gampang !



barisan gadis gadis MELAYU 2010.
tapi kemelayuan tu jarang ditunjukkan.
ohohohoho. mak ayah kuciwa.



OK. lintasan langsung sepantas kilat dari marya hana !
tenkiu bebeh :)



Tuesday, August 17, 2010

Kesian Followers ( T.T )

Bila dah busy masuk belajar balik . Benda paling malas and liat nak buat ialah update blog . kehkeh. sape sape ter'follow blog ni KESIAN korang . nanti belanja korang karipap sorang satu ok. sebab karipap kemain sedap lah semenjak bulan puasa ni . kalau bukan bulan ramadhan , sebelah mata pon tak pandang si karipap tu . sekarang ni tengok air sejok pon rasa fresh orange tau . semenjak dua menjak selalu je hujan . lenjun lenjun balik bukak pose . ( tipu, saja nak menampakkan kepayahan tu ) . housemate ramai jugak demam ngada ngada . taktik nak bermanja bersama orang tersayang . aip aip ! bulan puasa ni . dudok sebelah pon kena sedepa tau . takde maknanya (- -")


terima kasih kat encik hifzuddin sebab walaupon dia tak sehat . tapi dia sudi payungkan aku . bukan membuli tau . and teman bukak puasa setiap hari . tak berpeluang nak buka puasa dengan kawan-kawan pon . sahur je dapat menempek bawah ketiak masyem kawan kawan. sahur pon sumpah awal gila . macam supper. sebab alasan yg boleh masok tong sampah , LIAT bangun sahur jugak . kalau kat rumah wajib bangun sahur . sebab takot dengan ayah . garang woooo . mao kena katok kalau tak bangon . so dengan berpura pura happy , yeayyy aku bangon sahur ! (--") lagi . . .


sebenarnya , menaip entry ni lebih laju dari buat assignment . SETUJU ? sebab kat sini kita banyak mengarot meraban . kan best kalau buat assignment pon sesedap oreo je menaip . mesti pelajar cemerlang gamaknya ! bilakah ? bilakah ?? cewah tanya diri sendiri konon. padahal usaha habok pon tarak ! cakap banyak pulak ! hahak .




so akhirnya dapat lah tengok orang yang belakon
" macam " pelajar cemerlang sahaja.
terima kasih :p

membebel membebel. akhirnya teringat satu perkara .
aku tak wish lagi yek ?
selamat berpuasa semua :)
puasa tau . jangan jadi macam si
salleh yang tiba tiba mencetuskan kontroversi tu .





Saturday, August 14, 2010

Karate baru taw !

OK. blog ni dah lama tak meroyan . maybe aku dah nampak matang ? T.T sedih , semua dusta. tak pernah mematangkan diri pon . biarlah , ada aku kesah apa orang nak kata ? asalkan bahgia di samping orang tercinta . heh. sorry tau lama tak update . lately, busy gila-gila . walaupon busy tetap mak ada masa update facebook. dah FACEBOOK je yang laju sikit nak update . BLOG harapan hanya impian lah . lajuuuuu sangat . maybe laju sikit dari kereta lembu . sakit hati .


Masalah perempuan setiap bulan . ada je rasa nak mengamok . kan kan? tapi percayalah aku takdelah sampai ke tahap baling pinggan mangkok and lebam sana sini. berfikiran wajar tu harus ada . hihi . tapi kesian lah kat sape sape yang terkena tempias bad mood cik marya ni . gila ahh . macam macam benda nak setelkan cepat ( sebenarnya last minute , sengaja bocor rahsia sendiri ni) . then orang sekeliling cakap rasa malas nak dengar . bla bla bla.. macam dengar radio rosak berbunyi . heh terok betol lah rasanya .. nak insaf sekarang ni (- -")

memotivasikan diri tu penting . jangan memotiBASIkan diri sudahh . tak boleh buat apa lah gamaknya . campak lombong lagi bagos . OK. sekarang aku rasa happy sikit , sebab berdondang sayang kat rumah . sahur and berbuka dengan family . tiada yang lagi INDAH kan. dapat mentedarah sedap sedap tak ingat dunia . yang paling penting , mentedarah tak tengok kiri kanan. traffic light semua main langgar je . janji perot kenyang . BUROK LANTAK . atau SELERA BIAWAK. sementara nak gerak pergi bazar ramadhan , sebok dah update sini dulu. yelah , ramai dah suroh update . cik marya tak hilang ke mana de. kalau hilang pon , mungkin dok dalam mulot buaya rabon . sebab TERTELAN aku . haha :D tulang je ado . isi non ado.


baru baru ni rasa bengang sikit dengan sorang ahli kumpulan . ada presentation , then dia nak kongker kerja semua buat sorang-sorang . memang rasa nak gadoh tarik tarik rambot kalau ikotkan hati ni . tapi , cool jelah kan. depan depan je cool , masok bilik cuba teka apa aku buat ?

T.T
tu je yang aku pandai .
then mengikot nasihat nasihat ahli mesyuarat tingkap, diorang suggest aku buat bodoh je dengan manusia berkenaan . nak dapat nama sorang . baik tak payah buat kerja group . tarak otak punya orang . tak pernah lak dapat group ngan orang macam ni .


ok last sekali nak bagitahu , sekarang aku dah terbau bubur durian kat dapur .
ok sekian sahaja ye :) take care semua .


:)

Saturday, August 7, 2010

Menderita kerana . . .


OK . seperti semua tahu , sekarang ni memang tengah rajin study . disebabkan meja study kat luar bilik . so aku memang jarang guna lah . sunyi sepi je . selalunya aku habiskan masa kat dalam bilik . macam picture di atas . laptop letak atas katil and aku dudok kat bawah . harap-harap dudok sekejap je kat situ . sebab dudok atas lantai sakit punggung lah . tapi , bila dah on laptop boleh ke nak mengadap sekejap sekejap . memang tak ahhh . so aku decide nak beli floor cushion .

bila lah nak pergi cari ni ? hurm .
dah tak tahan sakit tutttt . hehe . menderita ni (- -")

satunya aku tak suka buat kerja atas katil . sebab aku tak suka membongkok pandang laptop . lebih baik laptop sama aras dengan mata aku . kalau tak , tambah lagi satu penyakit iaitu penyakit atok nenek korang , SAKIT PINGGANG . karang tak pasal pasal rasa nak ngamok je . nak study kenalah selesa . kalau tak mesti ada je alasan nak mengelat . keh keh keh .



my fav colour ni :)

suka yang ni . bulu bulu :p



nampak macam empok semacam .
tak boleh jadi ni !


yang ni serba sedikit aku dah survey . entah taktau nak pilih yang mana . nampak macam semua empok empok belaka . tapi berjaga - jaga dengan cik marya . bila dah empok tu , alamatnya study ke mana ? ke alam mimpi yang pasti . hehe . dah empok sangat kan . . . tu lagi satu kepantangan . dan kepentingan sekarang ni adalah untuk membeli menatang ni :) bila ni bila ni ..? kot kot terjumpa menatang lain masa nak beli ini , habis . . . . perempuan katakan .




Thursday, August 5, 2010

Tak berapa rakus kali ni.

Kalau tidur bom meletop pon aku tak sedar , ni kan pulak nak jawab panggilan telefon . Tapi baru baru ni ada panggilan telefon MISTERI . tapi takdelah misteri nusantara . sebab orangnya aku kenal . si dia yang menelefon . tengah mamai mamai sekali ada satu perkataan yang tidak diduga .

" Duit PTPTN dah masok ! "

aik . awalnya masok bisik hati . haha . ni mesti kerja nak kencing aku . then saja buat buat tanya betol ke tak , padahal dalam hati dah melonjak sakan .

" SUMPAH dah masok "


pantang dengar ada perkataan sumpah sumpah ni . maknanya dia tak berdusta. then teros bangon tidur sebab katanya nak keluar . teman kawan dia survey laptop. laptop lama mungkin dia nak buat pekasam T.T





penat gila berjalan . and palinggg penting nok ! tak keluar langsung duit PTPTN aku. first time dalam sejarah PTPTN aku tak rakus nak berbelanja . tahan napsu katakan ~
nak membayar nanti satu hal pulok .

duit hantaran kahwin nanti , bagi duit nak bayar balik pinjaman PTPTN boleh ?
over tau !

balik balik saja menyemak .
sape suroh diorang main webcam , aku PANTANGGGG ni .
hahahahahhahhahah :D