ARIGATO GOZAIMASU.

Wednesday, April 28, 2010

tak mungkin aku ada kembar !

Dalam dunia ni ada 7 orang yang muka sama dengan kita. korang percaya ? aa~ yang tak percaya tu korang tunggulah kot-kot korang tengok tv siti nur haliza tengah buat konsert , and tiba-tiba hati kata " muka siti nurhaliza ni sama dengan aku.. betol laa.. sejibik !! saling tak tumpah .. " ok. yang tu tipu !! penipuan yang nyata and tak boleh diterima . sebab sebenarnya korang tengah perasan sengsorang hokay T_T berdiri di bumi yang nyata . before this , tak pernah orang samakan aku dengan sape-sape. tapi.. macam tipu je. ade ade. orang samakan aku dengan jerangkong. tapi aku tak ngaku . blueks :p



pada suatu hari yang indah , konon-konon indah ye . aku jadi usher untuk satu majlis pra graduan pelajar mascom , and then . terserempak dengan seorang gadis. alahai ayat aku . cuba jangan macam ni sangat . ok . baru lah terdetik dalam hati ..


" aa .. akak ni lah yang kuera kata macam muka aku ..tapi . akak ni lawa . aku ? teng teng teng , .. senteng !! "



before this ada orang pernah cakap yang muka akak tu sama dengan aku . tapi . aku buat derk je . malas ambik port . and bila dah kenal ngan kak bee , baru intai-intai apa yang sama nya . kak beeha ni anak sedara mama rina AF . setelah menggodek-godek picture kak bee , ni yang aku dapat .. dapat cilok !! hahahahahahhahha . haa. nak gelak sampai bila tu ?? sudah sudah la marya..



:: atas , aku . bawah kak bee ::



:: atas , aku . bawah , kak bee ::




:: dua yang atas , aku . bawah kak bee ::


haa . ada persamaan tak ? kalau korang tengok picture ni tak nampak sama . tapi depan-depan agak sama la ! :) kalau korang tengok depan-depan pon still tak sama , aku tak pasti sama ada mata aku yang rabon-rabon ciken atau mata orang lain yang kero (T_T)


p/s : untuk pengetahuan para blogger , kak bee selalu buat persembahan kat Lepaq Cafe . dia pandai main gitar and menyanyi . nak test dengar suara kak bee , tengok video ni ye anak-anak .





ok babai :)



Monday, April 26, 2010

Korang terasa lagu tu diciptakan untuk korang ?

Kenapa kita rasa kita suka lagu tu ? lirik dia ke. lagu dia ke. alah. aku tawu . bukan pasal apa sangat pon . lirik lagu tu buat kita tersedak-sedak macam tercekik tulang sumsum. "kenapa lirik lagu ni macam kena je dengan situasi aku sekarang , OHH. ini lah lagu favaorite ku ". padahal lagu tu sumpah tak sedap . ke laotttt ~ tapi macam sedap je kita dengar sebab lagu tu macam memerli kehidupan kau . umpamanya . . .

situasi pertama
baru putos cinta sampai putos-putos urat kentot . then tanpa diundang ada pulak pengganti di kala berduka lara. so lagu yang paling sesuai untuk dijadikan lagu favaorite Tak Mungkin Kerna Sayang , Alyah .

situasi kedua
kalau korang jenis yang takde perasaan and tak reti-reti nak paham seseorang tu kepunyaan orang.lagu yang paling cocok and aku pon rasa macam nak cocok bontot korang , ni haa, lagu Jadikan Aku Yang Kedua, Astrid . hati-hati, aku tak suka situasi ni . eh. emo lebih la . terasa ke cik marya ?

situasi ketiga
Kot korang berjauhan-jauhan dengan si dia, mula la angau melangau. bawak besabo , lagu yang korang rasa sweet la konon-konon dengan diri korang , lagu Bila Terasa Rindu, Dafi. mesti korang rasa berbunga-bunga ibarat tengah bergolek-golek kat taman bunga . kuch kuch kepala hotak hey!

situasi keempat
ni menyayat hati sikit . andaikan kome dah bercintan cintun bagai nak rak . sekali , si dia tak jawab call, tak balas mesej korang . bukan takde kredit gamaknya . tapi dia tengah busy dengan persiapan perkahwinan si dia dengan pilihan mak bapak . apo nak buek ? korang pasrah je ke ? mula lah melalak lalak sambil dengar lagu Pelamin Anganku Musnah , Azie . and lagu lama tapi berbisa nok ! Tenda Biru .


SO. kesimpulannya . lagu favaorite korang tu mesti ada kena mengena ngan situasi korang sekarang kan ? tak percaya cuba korang renung-renungkan .



OPS. tapi. semalam aku pegi karaoke. semua lagu yang di 'sumbang' kan oleh aku lagu-lagu yang memerlukan tisu berkotak-kotak . padahal dalam hati gumbira macam taman bunga . tu apa maksodnya pula ? tu namo ehh gatai meroyan. den suko lagu-lagu slow . sampaikan uncle kata " kau gado ke kak ? lagu-lagu kau semua tentang perempuan2 teraniaya je ? " ..

ehh. memandai je. aku ok aje. kan para blogger ? takde entry sedih pon T_T

sila lah jamah picture semalam . berkarok dengan siblings and my uncle yang masih muda macam kitorang . harap maklom . takde pon riak muka kesedihan diwajahku .



:: kan..? siap boleh buat peace..::


:: my sister and bro ::




:: anak tarzan pon nyanyi. sebenarnya , kacau orang nyanyi T_T ::



:: bukti aku nyanyi lagu sedih , bikin kantoi aje ::


ok. tu je untuk kali ni. chow ..




Thursday, April 22, 2010

Suka hati korang nak intai-intai terjengok jengok .


Perasan tak aku takde mood nak update entry beberapa hari ni . bukan aku ada saket hati , saket jantong, or saket hidong dengan sape-sape dalam dunia blog ni . tapi . mata aku sakit . terseksa sehingga menusok ke dalam sanubari . ehemmm. jangan lebih-lebih marya. puitis sangat tu (T_T) s0 . aku dengan 'terpaksa' rajinnya membuat banner yang baru . sedap sikit mata memandang kan ?

kalau yang lama tu , nampak kusam . and menyampah aku nak tengok ! asyik-asyik muka aku. heh. kali ni, nampak jugak muka orang lain jadi penyeri blog capok aku ni . tips nak tukar banner , korang mestilah mempunyai kesabaran yang tiada tandingan . sebab . berapa kali aku resize la ngong . tak tepat tepat jugak sizenya. ^%$#@&*! hah. kan dah hilang sabar . control marya control .. erm. ok. so korang rasa banner ni menyedapkan mata korang tak ? ataupon hanya sekadar di pinggiran ? :p sila-silalah tengok-tengok.


::macam geli je berwarna warni . tapi mata aku suka. pedulik ahh ::

kepada silent reader , yang selalu terjengok-jengok, terintai-intai , tanak bantai korang . silalah tengok juga :) terima kasih sebab sudi membelek-belek kat sini . bukan ada fresh oren pon . air kosong je ada. maklomlah orang BUJANG . kahwinnya lambat lagi . haih ~ ada hati cakap pasal kahwen ek kau marya . masak pon tak pass lagi . diam diam . sila berhenti menaip .




Sunday, April 18, 2010

Sabon ajaib pertama di Malaysia .

AMARAN KERAS : Jangan buka blog ni , kalau anda melatah 15 minit tanpa henti . juga mempunyai penyakit jantong yang kronik . tak boleh bukak ! aku kata jangan bukak . ingat ni. bukan apa . tujuan asal nak tunjok sabon tahan ngantok yang aku beli dari koperasi uitm . pelik tapi benar . yeee. ketika ini , aku menaip dengan penoh dedikasi seperti pekerja di bahagian promotion . pada bungkusan , ada lah tertera pelbagai kebaikan yang kita dapat kalau pakai sabon ni. antaranya :



  • dapat menghilangkan mengantok . sesuai pada student yang study sampai lewat-lewat malam tu. aku ? jangan harap . time org bejaga aku tido , time orang tido pon aku tido. so bila tah nak study :p then . sesuai jugak kat pak guard seluroh dunia ni . yela . menjaga keamanan kawasan gamaknya . kena lah sentiasa segar . selain tu , kepada sesiapa yang suka drive kereta malam-malam buta . untuk mengelakkan tertido semasa memandu , pakai lah sabun ni before bergerak ke mana-mana. org kata "ikhtiar.." tak rugi kan .


  • dapat menghilangkan jerawat . tak kira perempuan atau lelaki. nak muka licin bak telor dikupas ? nah ~



  • sesiapa yang tak sengaja mewujudkan bau tungkik di badan , sila lah guna sabon ni . boleh jadi sewangi kasturi . boleh jalan dengan confidentnya tanpa risau orang berkata " busok lah dia ni ~ bau masyemm, kelat , pahit , bacen , dan sebagainya ".




aku pon baru je guna semalam . tak tahu lah apa penangannya . seperti biasalah , orang nak jual barang , kemain banyak kebaikan yang dia pompom kan. rupa-rupanya habok tarak ! (T_T)

ini lah rupa sabon ni . RM 10 . kecik je . comel lote :) sabon warne hitam .



ni..


err..


nak..


tunjok..


model..


utk..


sabon ..


ni..


cantek..


macam..

maya karin..


dalam..


cerita..


pontianak..

harum..


sundal..


bacen..


hahahhahahhahahhahha : D



::kiri , selalu runsing sebab selalu mengantok semasa kuliah ::
::kanan , setelah menggunakan sabon tahan ngantok , lihatlah betapa terujanya ::


model tak bertauliah yang aku baru lantik setelah menggodek-godek picture gila meroyan yg sedia ada dalam laptop aku . ni kawan aku . meyna . yang telah dimake-up untuk mendapatkan kesan yang lebih mendalam untuk product ni . payment ? akan dimasokkan dalam akaun bank islam kau . dikenali sebagai " duit subsidi makan uitm ".




dan.. dan .. dan .. dan..
pic bajet aku untuk entry kali ni. mata tetap sepet macam org mengantok even dah pakai sabon sakti "tahan mengantok" ni. no comment lah :) rasa segar sikit la kot . so try la eh kome semua. ok tata .

p/s : kekasih.. ini lah yg akan dipost. sebagai persiapan untuk exam u :)


Saturday, April 17, 2010

Takot nak dengar suara Achik Spin .


Sangat terkejut dengan pemergian Achik Spin. Innalillah .. dah lah aku suka pasang kuat-kuat lagu dia ngan siti nordiana. tak kira lah masa aku tengah gumbira . mahupon berduka . hafal kot semua lagu diorang . sekarang , rasa macam takot je nak dengar suara dia . sedih (T_T) and tidak terkata . tapi asyik bebel-bebel kat sini. huhu . ok . jangan kacau aku . nak menenangkan fikiran . CEH bajet lah ! hurm . . hope dia diletakkan bersama orang beriman . amin .

AL-FATIHAH .
takziah kepada keluarga arwah .




Friday, April 16, 2010

Badmood ini membunuhku .

Belom pernahlah aku ada pengalaman periok terbang depan mata . tapi dalam tv banyak . biasalah perempuan , takde angin takde ribot laki kena tido luar . jadi mangsa 'lontaran' pinggan mangkok beserta periok belanga . ahaaa :p tolong jangan salahkan org perempuan . lumrah katakan . . . so . aku pon manusia biasa . terjadi jugak perkara-perkara macam tu . tapi versi orang bujang lah . yang jadi mangsa nya silakan teka . haha . berapa hari kebelakangan ni (flashback jap)


  • kawan-kawan aku cakap sorang-sorang. bukan gila . tapi tak diendahkan. terutama my roomate. sorry . takde masa lah nak "layan". nak-nak bila kau dah keluarkan topic pasal boyfriend kau . alamak ! boyfriend aku sendiri pon tak terjaga . dududududu~

  • ada orang dah pandai 'terasa' . haha . sebab aku dah main cakap kasar . aku pon satu , bercakap diluar kawalan , tanpa batasan (T_T) sorry kekasih hati .

  • makan banyak . eh. tapi ni kebaikan utk aku

so hari ni , aku ada masa lapang . and keluar teman dayah beli hadiah untuk kawan dia . saja nak ambil angin , jalan-jalan dikala keserabutan melanda . ramai dah balik utk study week . tapi budak kelas aku ramai dah balik teros ! sebab .. macam biasalah . takde exam . so diploma kami sudah habes ye utk pengetahuan semua . sedey :( berbalik ..

bila dah tengok dayah capai birthday card . aku pon capai jugak . bila dia bayar . aku bayar jugak ~
ape kes ni ? haha. kepantangan aku . pantang tengok card yg lawa memukau hati .


dalam hati kata " konon sweet la nak tulis-tulis card bagai ".. (T_T)


so. card yg ada gambar garfield tu akan diposkan teros ke sarawak dengan tujuan mengambil hati diatas ketelanjuran kata-kata yang amat dasyat kebelakangan ni . walau dia tak luahkan . tapi aku tahu . ceceh . soooooo . ini utk dia . ahh ! bersama seekor binatang peliharaan untuk dijaga oleh kekasih hati . itu dia (macam hyppo ke tu) bulu-bulu atas kepala hyppo akan dimanfaatkan oleh kekasih hati untuk dijadikan geli-geli ketiak . dan perapi "janggot" sejempot tu . haha .



sekarang mood aku bercelaru sikit . tu yg jarang update blog . sorry semua :) take care .




Tuesday, April 13, 2010

Tiak kau masyem LAH .

Tak pernah lah aku nak cuba try test . memang dasyat . pengalaman macam ni , baru sekali aku rasa . weh . apa benda lah yang aku pikirkan sampaikan exam pukol 8.30 pagi . tapi aku dengan konpidennya kata pukol 2 petang . ni semua pengaroh did a.k.a dayah ni. dulu dia kan mpp , so apa dia cakap kita rasa macam betol je. cuma AWAS. jangan sesekali mempercayai kata-kata dia dikala perot dia berokestra . bila lapar , semua dia merapu-rapu. penyapu tol .



and buat petama kali dalam sejarah. aku , aren and dayah pergi exam tak mandi . EXAM tau tak. ini bukan cobaan . ini betol-betol . memang gelabah babun sampaikan aku and aren masok toilet sama-sama gosok gigi , cuci muka and senyum-senyum pagi untuk memukau mata orang lain . bahawa kononnya KAMI MANDI ye . exam 8.30 and ketika itu jugalah baru aku nak bersiap akibat sedikit sahaja lagi akan dapat heart attack apabila diberitahu "exam sekarang lah weh ! ".



sabar jela dayah oyy. kalau tak , dah lama aku gigit-gigit telinga kau . tapi . aku tak salahkan kaw 100 % . cuma aku salahkan kau lebih. 156% . sebab kalau hari ni tutorial maybe aku boleh ponteng and baring tido-tido kat bilik lagi berlatarbelakangkan mimpi-mimpi indah bersama sang arjuna. bahahaha. sunggoh novel ayat aku (T_T) tapi ni exam doe. masa depan ni . aku pon salah jugak. ok fine . nak mengaku lah ni. sebab selalunya aku taknak mempercayai kata orang lain. aku lebih percayakan nota yang aku salin hasil bebelan para lecturer .




so ini dia tiga budak busok . ambik test dengan berbekalkan bau-bauan hasil campuran

bau air lior basi bersepai + minyak wangi yang sikit lagi akan tenggelam dek bau "lain" lagi wangiiiii. hehe :D




aren . marya . dayah .
saja edit ada bunga-bunga . nak kasik picture ni bau wangi sikit . ala-ala iklan DAIA .
hurmm harumnyaaaaa :p

p/s : cuba korang zoom in . ada nampak taik mata lupa buang tak ? atau air lior basi nak buat azimat .


ok semua. sekian dari budak busok .



Monday, April 12, 2010

Odah Gelang .

Memandangkan semester akhir dah nak habis , aku and kawan-kawan rasa sedar and insaf untuk support kawan-kawan yang lain dalam teater untuk diploma showcase diorang. diorang jabatan teater, aku lak jabatan screen. memang dari dulu tak pernah ambik port pasal teater apa yang diorang jalankan . bukan aku pemalas ( sila tengok cara membela diri yang kurang akal ) , tapi . aku banyak kerja . sampai tak sempat nak bagi sokongan kat kawan-kawan satu course . padahal kerja yang aku nyatakan tadi ialah seperti " membongkang depan laptop , main fesbuk , tengok cerita korea sambil lap-lap hingus meleleh , OHH menyayat hati doe cerita korea ni (T_T)



so tak payah nak buat ayat berbunga-bunga. mari kita selongkar apa yang aku dah snap masa
teater ASY-SYURA arahan puan aminah rhapor.
takkan korang tak kenal pengarah teater ni . tak lain tak bukan . pengarah kesayangan nabil lu pk lah sendiri :D uik. jangan bergosip di sini . tak baik . ceh . macam aku baik sangat .
transport senang dan selamat . bas UiTM . siap boleh tangkap-tangkap gamba . kalau naik kereta, persoalannya , si dayah ni ke nak bawak kereta ? OHH. trauma yang melanda kembali ~ karang entah petrol car pulak dia langgar .


aku ngan dayah . sempat gak lah buat muka exited + make up cair akibat percaya kata-kata

dayah bas Uitm sampai pukol 5.45 petang . tapi alamatnya . 6.30 pon bas tak gerak-gerak lagi . awww~


ok sila maklom semua . ni muka-muka kebosanan sebelom bas bergerak . and aku mula zzzz
keletihan mengambik gamba sebentar tadi . huh . ingat senang ke nak buat muka macam dalam picture-picture tuh ? disebabkan tiada kecomelan tahap extreme macam erra fazira , kena lah usaha keras sikit menampakkan muka yang lebih baik dari momok ! ! uuuu ~



Setibanya di Dewan Bahasa dan Pustaka .



seperti biasa cuba teka apa hobi kitorang ?? cepat cepat ..
menunggu dan terus menunggu . cair lagi sekali make up . dah ! malas lah nak pakai make up da. silap-silap haribulan ramai yang lari lintang pukang (T_T) ada aku kesah ? setakat ni kalau tak pakai make up diorang akan kata .

"marya.. kau baru lepas nanges ke ?? , sembab lah .."
OK SEKARANG AKU NANGES BETOL-BETOL ( T_T ) huwawaaaaa~














Comment untuk teater ni , diorang semua terbaik wokkkkkk ~ aku paling suka props diorang . siap bawak mai kubo atas stage . lakonan diorang pon mantap mantoppppp gitu. al maklomlah , diorang praktikkan apa yang dah diorang belaja and buat-buat belaja dalam kelas seni lakon selama 6 semester . dalam jangka masa tu , kot ada anak pon dah besar and petah berkata-kata . cayalah. i'm soooooo proud of them :) leb u all ..


selepas teater habes . jalankan hobi macam biasa .. menunggu makhlok-makhlok naik bas untuk betolak pulang. so kalau korang suroh aku isi buku biodata macam zaman sekolah rendah dulu, aku akan isi macam ni :

..
..
..
..



NAMA : Marya sharapovaLLi..
HOBI : menunggu bas lebih dari 4 jam . kalau tak tunggu bas , rasa lemas-lemas perot lah. tak dapat tido , mandi tak basah , makan tak konyang tapi dah belasah 4 pinggan ..

sebelom aku bertambah mengarot. tolong sapa-sapa . hentikan aku dari menaip !!
take care semua..

p/s : ika a.k.a odah gelang . watak kau bawak menjadi . so kita laongkan kata-kata dayah b4 tengok teater ni " KITA SOKONG IKA DOOOO " hakhak :p !



Wednesday, April 7, 2010

1 kebahagiaan. 1 lagi kesedihan .


Hampir 3 tahon aku menuntot ilmu kat UiTM Shah Alam Kampus Puncak Perdana ni. macam - macam pe'el yg aku boleh tengok kat sini . and dorang pon tgk pe'el aku :p so . aku teringin nak berkongsi masa aku mula-mula menjejakkan kaki kat UiTm ni :) impian yang digalas, wah~ sangat tinggi bak gunung everest . everest sudaaa . takdenya cita-cita kemain tinggi . gayat.


.tempat ni la aku mula-mula di interview.

gaya nak confident je. jawabnya belom tentu bagos :p alhamdulillah terpilih. maybe lecturer-lecturer yang pilih aku masok sini termakan dengan janji-janji seorang pelajar berwawasan yg ingin mencapai cita-cita sebagai seorang pengarah , dahulu kala . bahahahaha (T_T)


::my besties , dahulu , kini , dan selamanya ::



OK. mari mulakan . ceh . konon nak mulakan apa lah yang gempaq sangat tu (T_T)

124 ! sorry salah type. 123 !

.semester 1 july 2007.








::baju kolej::

kuning-kuning kesukaan . ah! tipoo gila aku suka kuning . naik silau haa .






sape ada rasa ingin tawu ? alah . banyak tanya pulak. bagitawu jela. tapi.
dush dush. malu doe. ehem. picture ni lah buatkan seseorang berkenan. aha. jangan pikir orang lain. bf aku lah . dia tu rabon kot :p

ahah. padahal muka sengal ayam je.


rindoo nak pergi kelas CTU . pakai tudong setengah jam . kelepet sana sini . last-last bukan lawa takat mana pon. sejam pertama masok kelas segar bugar lagi. lepas tu . harap maklom lah. aku bukan pelajar yang tegar bersengkang mata selama beberapa jam. zzzz ~

sorry ustaz and ustazah :p aku insan yang lemah...



acting test .

meraong-raong ikot skrip , dekat bawah kolej , and watak dia adalah terencat .

waktu ni kemaluan aku letak kat mana ? macam gembel je.
markah pon tinggi . pelik tang mana yg lecturer berkenan sangat. tapi .

nampak sangat aku terencat. sampai hati lecturer aku kasi markah tinggi, satu penghinaan belaka ni (T_T)

















yang pastinya , rasa macam sunyi gila lah nanti . sebab , kawan-kawan yang satu kepala hotak taknak sambong course ni dah . diorang nak sambong cita-cita diorang yang sebenarnya . aku ? dok melepet terkangkang kat puncak ni jelah . ohh . sumpah boringnya dunia . aku je stay ! dua tahon lagi nak mengadap puncak perdana masa degree nanti ( kalau dapat sambung la ) tu pon banyak monyet di+ pula dengan kami-kami yg berperangai monyet (>_<) cepatnya masa berlalu .

dah nak habis dah diploma aku oy ! . banyak yg aku dapat kat sini . banyak main pon ye jugak . tu lagi tepat . tehee. terima kasih lecturer-lecturer TEKA.

jumpa lagi la kot kalau ada rezeki sambong course ni masa degree. mak oyy . dah macam muak nak pergi shooting . tercabot kepala lutot semua .

nak mesej mak aku la. nak bagitawu dia muka aku waktu sem satu ngan sekarang nape lain ?
makin kuros ouh . OMG ! sendiri yang malas makan. ulala . salah siapa ? mereka dan keluarga mereka . keluarga pon tak salah sebenarnya . yang superduper salah , selera aku ni . kenapa tak tergoda tengok makanan hah ? musykil .