ARIGATO GOZAIMASU.

Wednesday, November 24, 2010

Blog bukan medan MENFITNAH .

Teknologi sekarang makin canggih. Sekarang boleh online pakai handphone je kot! terharu nenek moyang kita tengok anak-anak muda sekarang. maju seyh. orang singapore kata " gerek seyh". apakah? Pemikiran manusia semakin maju. Tapi betol ke pemikiran manusia makin maju if teknologi nya maju ? No no ! Kalau kita tengok sekarang kebanyakan orang dah ada blog. aku sendiri mula ada blog lebih kurang dua tahon yang lepas. Zai Suhairah dan boyfriend dia si Ajang tu yang paksa aku buat blog ni. kalau tak, idok la kuasa nak menulis nulis bagai ni. dulu masa sekolah buat karangan jenoh nak memikir. credit to them. tanpa mereka maybe sekarang tak wujudlah blog burok yang korang tengah baca ni. OK. mula cerita pasal diri sendiri pulak (T.T) . lari topic.



Kalau korang tak tahu aku bagitahu. sharing is caring kan kan? eee syoknya. Blog adalah perkataan yang dipendekkan dari perkataan "Weblog". Si John Barger yang mula mula panggil weblog ni "blog"tahun 1997 . time tu aku darjah dua dok main sep sep tom tom lagi. tapi Hanis Zalikha panggil belog. hehe. lari topic lagi. okeh. Dulu blog ni ala-ala diari atau laman peribadi untuk meluahkan perasaan ke, rutin harian ke, suka hati lah pokok pangkalnya. Takde nak banyak songeh. Tapi sekarang, blog ni macam macam kegunaan dah. boleh meniaga. Boleh itu boleh ini. and blog sekarang ni membolehkan orang lain jengok , jeling, teleng, angguk angguk geleng geleng, dengan kata paling sonang orang lain boleh baca. Kalau dulu, kita tulis kita je yang baca. syok sendiri ke ? lebih kurang ah.




Blog aku ni memang tempat aku meraban bagai. personal life. tapi hanya 60% je lah. yang lain tak perlu kot nak " sot set sot set" kat sini. just untuk berkongsi pengalaman hidop and nak mintak pendapat tapi bukan mintak penampar ye =,.= . tahu blogger sekarang prihatin belaka. ye lah bukan baya aku je yang main blog. tengok mama Hanis Zalikha, sempoi je ayat kat blog dia. i like ! eh. ter' promote lak. kagum tehee. Korang punya blog dalam kategori apa ? Blog untuk meniaga ke. Blog yang banyak kasi tips ke. Blog yang asyik canang pasal artis memanjang je ke. Blog yang banyak muka sendiri ke. tetttttt. tu macam blog sendiri . nama pon rutin harian. takde gambar tak syok ler (.__.*)



Allah berfirman dalam Surah al Nur ayat 19:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لا تَعْلَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan dan kelucahan di kalangan orang yang beriman untuk mereka seksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat. Allah Maha tahu, tapi kamu yang tidak tahu.”




Tapi perasan atau buat buat tak perasan sekarang ni banyak blog yang menfitnah atau menjatuhkan orang. kalau dapat jatohkan orang tu satu kepuasan ke macam mana? kalau kita duduk sebelah rumah dia, ataupon makan ais krim satu mangkok dengan dia sekalipon belom tentu kita tahu hati budi dia. senang kata , don't judge a book by it's cover. blog yang baik bukan lah untuk menjatuhkan sesiapa. ye lah, bila kita buat cerita tak betol pasal seseorang tu, ia boleh mendatangkan apa ? fitnah.


Takde maknanya nak tingkatkan traffic dengan letak tajuk yang panas panas mengalahkan melodi deee. buang karen kalau niatnya cuma untuk saje- saje nak mengata. eh boleh pulak saje saje. ade ke? Melalui blog cepat je sesuatu berita tu tersebar. Lagi cepat dari mami jarum tau ! baru beberapa saat orang tu buat gitu gitu gini gini, prappp keluar dah cerita kat internet. dasyat. Lagi satu , dengan blog kita kadang kadang terpengaroh betol tak? baca dalam paper pasal satu kes , dalam hati 50/50 nak percaya. tapi bila baca blog, mata terbuntang mulot melopong. " lol yeke dia ni macam ni, ish ish ish". normal lah tu. aku pon kadang macam tu. sekarang tak boleh dah nak buat buat poyo kata " blog aku suka hati aku ah ". woo. tak matang ni. Buktinya blogger yang menfitnah AC Mizal baru baru ni kena saman kan? hati hati dalam penulisan. mak aku selalu pesan. " sekarang ni orang saman juta juta tau, jangan nak melaserrr sangat dalam blog kau tu ".




Dalam surah Qaf ayat 18 Allah menegaskan bahawa ;

مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

“Setiap perkataan yang dituturkan semuanya di bawah pemantauan Malaikat Tuhan Raqib dan Atid” .



Dalam Surah Yasin ayat 65 Allah menegaskan:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Pada hari Kami menutup rapat mulut mereka, manakala tangan mereka mengatakan kepada Kami keperihalannya, kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan mereka yang lalu.”



Kata kata penutupnya janganlah kita terjerumus and hanyut di bawa arus pemodenan yang semakin hari menjadi jadi ni. - kapal karam melaporkan dari blog " Harapan Marya Hanya Impian". keh keh. blog memang best sebab sebenarnya banyak kebaikan. boleh tambah kenalan. boleh berkongsi pendapat , info. and yang suka beli barang barang online, kerja senang kan? click je dah dapat beli ! :) apa kata kita sama-sama manfaatkan blog dengan baik. ceh ceh. ouh tak sia sia aku ambik subject new media and theory. (jenoh jugak jawab exam hari tu ) pulun !



ok bye semua ! sorry lah kali ni panjang sikit.
dari makan tidur kat rumah. elok lah menaip sikit.
sikit kau kata ? (T.T) OK.
hari konvo makin dekat.





22 comments:

little cart00n said...

tulis blog bukan macam tulis karangan..blog satu dunia boleh baca..so, kalau kena saman sebab tulis smthing salah dalam blog, satu dunia boleh tahu..bahaya2.. :)

Irine Nadia MaRceLLo said...

yup22...skang nih dah macam jadi trend plak bile blog dijadikan medan untuk menaburkan fitnah2 yg akan jatuhkan orang lain. Kadang2 xtau ape motif diorang..maybe dengan cara tuh je kot diorang boleh puas ati...

tp,.skang nih, yg lagi bestnye, bukan takat blog je, tp pesbook pon dapat tempiasnye skali. once kite buat salah sikit secipot je, tup tup..dah ada page kami benci si polan bin polan..bla bla bla...

nape la cetek sgt pemikiran diorang ni..kadang2 orang x yg slh pon boleh jadi bahan..

Same2 la kite pikirkan :)

Farhana Anuar said...

woahh entry marya semakin hebat. tahniah. aah kan? aku baca blog org yg fitnah AC tu. selamber gilee. tak pasal kene saman.

Rara Nasiha said...

panjang betul entry ni. tapi dapat jugak baca sampai habis. heee. ada je blog yang menjatuh kan org len. terutama blog yang fokus pada artis. :)

KUNAK PRESS said...

salam blogger,
blog yg menarik

Marya Hana . said...

ellie : betol 2. kadang x ley nak melaser and bayangkan org xkan berani ambik tindakan. skang ni saman menyaman femes..

Marya Hana . said...

irine : setuju tu. fb pon 1 jugak. main sedap mulot je nak hambor org. kadang pelik jugak dengan manusia macam ni. dok kutok org, diri sendiri belom tentu baguih benooo lagi. kan ~

Marya Hana . said...

fana : tu laaa. die igt die boleh selamat kot~ laser bebeno. x syg mulot, amek ah kena saman da. negare ade undang2. bukannye udang udang di lautan... :P

weks . mane de hebat ah. ngek kaw.

Marya Hana . said...

rara : hehe. sory. arini bebel kuat sket. tenx cz saba baca sampai habis :) tu lah . maybe modal blogger kita, ARTIS. woo. meletop blog nnt..

Marya Hana . said...

kunak press : tenx .. kamu juga ade blog yang menarik + banyak info..

liyana aziz said...

skang dah x blank! muahahahah.. blog untuk kepuasan! tapi jangan sampai makan diri.. tu je.. blog yana?? blog ngade2.. =)

Marya Hana . said...

yana : yezzza. blog memang 1 kepuasan sbb kite luah macam2. tapi kene jage2 ahhh.. memang ade yg makan diri. da makan dri, makan hati pulak.. ~

twinkle twinkle said...

waa,,suke bace entry neh :)

Marya Hana . said...

twinkle2 : tenx.. singgah aa sini selalu ye.. :)

Daboo® said...

Sekarang, laman-laman sosial neh dah out of control dah. People are getting smart. And they have their own strategies in order to attract people to read their blogs. Salah satunya dengan suka-suka hati menabur fitnah di dalam blog.

Marya Hana . said...

daboo : memang .. =,.= mungkin lepas menabur fitnah, blog akan lebey femes ! weyh, skang pandai dah kaw. semenjak amek mascom ni. haha

Fatin Baharum said...

hye hana. first time sampai sini, i like entry ni. even i pn ad terlepas cakap, tapi i macam geram, orang xabes2 fitnah, i simpan sebulan, conclude semua, tulis kat situ, tapi xde la sampai fitnah, sekadar ap i xpuas hati..

tp bese blog cepat famous cepat fitnah ni, blog yang cakap pasal artis, haa, memang orang minat..

btw, uitm puncak ea, i uitm bandar melaka :)

Marya Hana . said...

hai fatin .. it's ok lah.. tapi jgn sampai menganiaya org je la.. :)

haah. i uitm puncak.
ouh. u amek ape..?

tenx sudi jengok sini.

.zara. said...

owh panjang lebar kakak marya kite berceloteh kali ni...
sampai terselit nama saye...
wehee! betol2...
setuju ngn entry ni.
sampai da x sanggup da nak bace macam2 info yg kadang rase mcm x masuk akal kan...
manusia sekarang makin alpa.
seolah diri sendiri lagi hebat dari Tuhan, nak judge org ikot cita rasa sendiri...
same2 la kte saling m'ingati...

Marya Hana . said...

zai : heh zai. bukan selalu nak meraban panjang2 cenggini. haha. mood tengah baik org kate.

yep. betol 2. kadang rase "meluat" je bace entah ye ke x info diorang tu..

juliet. said...

bukan je blog, facebook pon sama. buanye si mangsa tu print screen, dah leh jadi bukti untuk buat pendakwaan kat mahkamah. tak ke naye. but, i must say, apa2 @ sape2 yang kutuk atiq, mmg terus print screen n simpan. kalau ada ape2 hal, senang, jadi evidence!

Marya Hana . said...

atiq : facebook paling senang diorang nak menghambur kate2 fitnah ah. sbb senang berbanding blog ni, leceh sket..

hehe. memang langkah bejage2 tu.. :) baguih..