ARIGATO GOZAIMASU.

Monday, August 23, 2010

Pot pet Pot Pet :)

Semalam balik-balik UiTM , perangai memang tak pernah berubah. memanjang carik bantal . nak membuta heh, takkan cari bantal nak mandi pula . T.T yela, sebab pagi pagi lagi mama da kejot bangon tido . nak hantar bella balik matriks kuala pilah dia tu . Muka dia kalau nak balik pilah macam MAK MENTI ( tikos ) mondok . tapi bila dah lama dudok sana, tak ingat yang dia ada rumah kat Keramat . ni pon sengaja kami adek beradek plan balik rumah minggu ni . selalunya, tak complete . ada yang busy. ada yang buat-buat busy macam erk .. nak cakap ke taknak ni . ngaku lah ngaku lah . kehkeh . satu lagi . minggu ni kenapa perot selalu meragam . selalu je nak u'uk . haha . busok punya orang !


eh . sekarang ni rasa ngeri pulak nak baca paper kan ? macam macam hal . yang latest , pasal budak melambong atas pokok terburai kepala tu . sumpah kesian sangat . al-fatihah . bersimpati kat keluarga adik tu :'( mercun bahaya tau adek adek . pesanan bukan kat adek adek je. kat mak, pakcik, ucu, wan, opah dan sebagainya . jangan lah bagi kanak-kanak main mercun. tengok sekarang mcm-mcm kes dah jadi. ada yang hampir buta. macam mane dengan masa depan diorang ?


pot pet pot pet .
ni saje nak kasi kepala korang pusing pusing .

wek ! taknak rotate . haha . kejam.


lain kan aku dengan mama ? tahu T.T
aku ikot muka ayah .

muka orang ngelat . tido dalam kereta .

lighting membantu . haha .



OK. semenjak degree ni , screening banyak pulak filem 80-an . sebab masa tu kebangkitan filem melayu semula. selepas Tan Sri P. Ramlee meninggalkan kita . Yang naikkan semula filem melayu , Dato' Rahim Razali. dengan filem beliau " Abang , Matinya Seorang Patriot ". Dulu , serius aku kata . memang nak usong bantal tengok cerita era 80-an . Sebenarnya , zaman zaman tu lah filem mempunyai pemikiran yang tersendiri . bak kata lecturer aku , dia suka sangat semua filem arahan U-Wei Haji Shaari antaranya " Kaki Bakar dan Perempuan dot dot " tu . sebab dia menggunakan filem untuk mengkritik masyarakat pada era berkenaan .


Tadi , screening dalam kelas filem " Perempuan Melayu Terakhir " . Buat kali pertamanya aku melihat filem dari perspektif yang berlainan . kalau dulu , asal tengok filem je mesti nak judge " BEST atau TAK BEST " . nak kritik agak-agak lah . sebab filem kan banyak genre . so , kita tak boleh mengkritik tanpa pengetahuan . 2 minggu lepas , kitorang kena tengok idea apa yang pengarah filem " Samson and Delilah " nak sampaikan . eh . serius. korang pergi cari filem ni . memang memaparkan realiti .


cerita ni pasal orang asli Australia . kehidupan serba kekurangan . tak dipedulikan dan lain-lain lagi yang menarik . salah satu cara diorang nak lupakan realiti , lelaki tu asyik bau petrol . so, dia macam high semacam lah . kita selalu pandang serong kat orang Asli . so cerita ni nak membuka mata masyarakat . haaa. lupa pulak . pengarah filem ni , memang orang Asli Australia . so , dia betol-betol memahami sangat lah macam mana nak visualkan idea dia .



cari lah kat speedy .
Samson and Delilah ( 2009 )



14 comments:

saya_arief said...

student UiTM dari kampus cawangan datang melawat..
UiTM di hati ku..
:D

kodok hijau the ghost writer said...

pembetulan kaki bakar bukan filem arahan dato rahim razali tapi uwei :)

tapi memang filem 80an paling menarik, walaupun kadangkala nampak macam bengong tapi idea yang klas, terutama arahan tan sri jins, mmg klas, badol, biar pon lawak bodoh tapi menarik..

kalau nak tgk filem era 80an layan filem melayu jer. filem indonesia masa ini pon tak berapa menarik k.

yang paling utama kirim salam ngan adiknya kakak.. ala blehlahhhh alaaaaaaaaaa

nuraitul said...

ur family look resemblance to each other..gorgeous :)

Sesumpah said...

aww kata-kata seorang seniwati :D

Amni said...

memang kejam.. saya copy rotate boelh? haa... tak bagi pulak.. wek..=P

Marya Hana . said...

arief : uitm di hatiku la sgt kan.. ^_^ bagos2.. semangat waja ..

Marya Hana . said...

kodok : ops pembetulan.. tersasul pulak.. kehkeh. yep2.. kaki bakar arahan U-wei, bukan rahim rzali, tu disebabkan mengantok amat.. :P

adek..? no comment..

Marya Hana . said...

nuraitul : xdelah.. lain2 .. :) btw, tenx..

Marya Hana . said...

sesumpah : seniwati ..? erk. macam xde maknenye .. hehe

Marya Hana . said...

amni : alamak.. berdosanye T.T hehe. ye2. sila rotate sendri. taw..

mira shahidan said...

nak try tgk cerita samson and delilah tp mls nk p cari,hehee

Marya Hana . said...

mira : 2 tatau nak watpe.. :p hehe.

daboo® said...

aunty lina gila boyish :)

Marya Hana . said...

daboo : aih.. dari dlu lagi...... :p