ARIGATO GOZAIMASU.

Thursday, December 31, 2009

Tegur Salah Tak Tegur Pon Salah . so?

Melampaui batas ! mentang-mentang aku kasik muka sangat. belanja kaw banyak kali. tak pernah marah kaw, tak pernah belasah, (eh pernah pernah) , berani kaw melakukan perkara tu ? apa nak jadi ngan kaw ni ? tak rasa bersalah langsong. sebaliknya kaw gelak-gelak + senyuman sinis melihat aku membuntangkan mata sebaik sahaja lihat semua kelakuan kaw? sekarang, puas hati kaw ? ? ?




::kan aku dah tonjolkan muka yang super duper hodoh, tak senonoh::
ape kes ni? semalam kan aku hang out ngan kawan-kawan. so aku terpaksa meninggalkan adek ngan bibik kat rumah. adek-adek aku yg lain semua ada hal. so, balik-balik dengan sakit kaki penat berjalan, adek aku tarik tangan aku sebaik aku masok pintu rumah.



"kakak.. meh tengok abang affan buat"




::dia kata abang dia yang conteng semua ni ? ? ? ::

logiknya. padahal tinggal dia sorang je kat rumah. takkan la bibik lak yang menconteng.
aku mula rasa nak marah, tapi aku tergelak. sebab cube korang perhatikan lukisan adek aku tu, dia lukes orang. then, dia juga lukis "harta" orang lelaki, yang tak berapa sempurna lah rupanya ye. al maklom la, budak empat tahon melukes. korang nampak tak apa yang aku maksodkan tu ?





::teknologi makin canggih so, pagi tadi aku bangon-bangon tido je, aku tengok henpon dulu::

"maria , cat balik yg adek kaw lukes tu, gi beli cat"
(sms dari mak aku)

so seperti pic di atas, aku sendiri ye mengecat semua yang adik aku conteng tu, sabar jela. nak buat macam mana, kata pon budak-budak. mana lah dia tahu kan. walaupun kertas A4 kemain menebal depan bijik mata dia untuk diconteng, tapi.. itulah hasilnya . cat jela .ada adik laki pon, dia dudok je tengok aku cat + main game . hampeh kelapo ! takpelah ,


::ouh yang ni, aku terjumpa pic mak aku tangkap kat studio. pic lama ni. so aku pon meranjau mak aku, aku lekatkan kat dinding ruang tamu. :D mak aku balik-balik je menyumpah-nyumpah la " ape hal kaw letak pic tu kat ctu? heh.." . dia malu la kot ! tengok pic lama dia. hahak! dengan confidentnya aku jawab, "biar jela, nanti letak merata hilang, kat cni takkan hilang pon". mak aku buat muka redha. belom lagi ayah aku tengok pic ni. kalau tak, ayah aku sekali meranjau mak aku. pheeewwwiit ! yang sebelah tu, pic adek aku ngan arwah nenek aku. dia yang beriya sangat nak letak pic dia ngan arwah nenek aku tu. dah la malam ni malam jumaaat. kikikikiki. ok sekian. lintas langsong dari si pengecat rumah.

peace T_T


Wednesday, December 30, 2009

hantu meroyan di TS.


Holla. seperti yang dirancang, semua lelaki-lelaki tak dibenarkan ikot pada hari ni. tak kira lah, lelaki tulen atau tidak tulen ok! kawan-kawan masa sekolah + paling penting, most of all penah sama-sama berpanas terik, lap peloh bersama-sama time kawad kaki st john ambulans waktu sekolah menengah dulu. sampai peringkat negeri taw nok! rindu nak kawad balik lah. & our commander is izah azura binti hamzah . dia pernah beberapa kali dapat commander terbaik. clap clap. :)

____________________________________________
SO. kemane kita? jom serang TS. hoyeah. mula-mula aku ingat diorang nak main roller coaster tu semua. memang alamatnya aku dudok luar memerhati orang lalu lalang la. penakot ni weyh! aku bukan penakot ape k. jz mende-mende yang boleh membuatkan aku mengucap panjang tu je. gugo jantong.

___________________________________________

mari mulakan !



bowling & sedia bertarung. ceh . macam hebat sangat. tak pon. sekian terima kasih.


::naib pengerusi & pengerusi st john 2006 ::


:: lilis n me ::
sama-sama keding hokeh.

k-kama (aku)
p-pina
t-tasha
l-lilis

::confident strike la T_T tapi tak pon ! :: huhu.


:: ceyt. tuan rumah sebok nak berposing gitu ::


::lilis & tasha bergambar::
ade pulak mamat & minah yang berkasih sayang tepi tu. sabar jela.


:: muka geli ape ni? ::



:: hah. semua pon join taw::
memang bez.


:: mmg bez lah. cuba sekali rasa nak lagi. lain kali la ye. nak ajak my boyfren ::



::hot & roll, KL sentral ::
sedap taw. jom cuba !



:;aku dapat free. sebab , kawan mimie yang kerja kat ctu belanja, aku paksa-paksa nak bayar tapi dia tolak. so terima kasih ye cik abang::


::haa ni lah jejaka yang baik hati tu::

::sebelom beramboskan diri pulang::


:: tasha sembelit. so her favaorite must be "betik"::
senang nak lawas katanya.



:: kegembiraan terserlah menyuroh akak mengambil gambar kanak-kanak lompat::
ok, da conclusion.. memang happening gila la hang out ngan korang. of course la kan, dah lama tak bersua muka. sejak spm dulu-dulu. bantai gelak sampai tak ingat dunia. :D ok, sekian, tu lah yg aku lakukan sehari suntok semalam. tu yg senyap sepi je. balik-balik teros terbongkang. penat berjalan.

Tuesday, December 29, 2009

Wajib diranjau plus gelak berdekah-dekah .


Jangan kata aku sombong. jangan juga kata, aku tak ingat kawan. jangan jangan. aku dah keluar ngan member-member sekolah dulu ek. yang penah bergosip, cakap rubbish-rubbish, & macam-macam lagi. sorry tak dapat selalu hang out ngan korang. yela, korang pon tahu aku baru je habes practical kan. tu lah aku tak sampai hati nak menolak ajakan korang nak lepak-lepak. so mari kita mulakan ! semuanya sekitar rumah kita. carefour wangsa maju + ali bistro setiawangsa. malam tadi, gelak besar sebab diranjau. itu wajib ada.


yang terlibat:
aku la.
wan harun
pina jojot
tasha mox
apis remon
fariz usher
shara


::apis, fariz & wan besama daytona kegemaran::
my fav too :) masa kerja kat isetan after spm dulu-dulu. selalu main daytona, ngan kawan perempuan, ngan kawan lelaki. wah. memang la aku boleh bersaing ngan dorg. aku pakai 'auto" je. manual mane aku reti ! alamatnye kalah la. atau lebih senang. guna taktik jahat. (tandok setan dah keluar), langgar je kereta org laen sampai terbabas. & then, dorang akan kata "boleh la kaw menang marya, maen langgar-langgar lak, tak aci owh ! ". haha. relax relax. budak-budak lagi time tu. peace ^_^



::pina, aku & tasha::
posing before main baling baling hapuskan nyamok di screen. hehek.



::menunjokkan reaksi yang sedikit lagi teruja::



::uhuk pehatian, ini sabotaj lebih. aku tak habes berkata-kata dah snap pic ni, ape keheynya.?::



::maken rancak bila laki-laki dah habes main daytona, join main baling-baling ::
saket la ! apis ngok maen baling bola kat kepala orang.. bagitaw mak kite ! hahak :D



::siyesly, kalau keluar dengan dorg tak gelak, 3 kali jumaat nak mampos la tuh. haha::




:: sikit lagi akan diadakan satu lagi acara baru, netball lelaki::



::disebalik kegelapan itu, siapa yang anda nampak di dalam pic ini.? atau x nampak ape-ape makhlok pon.?? hakhak , flash dah ni !::




:: marya & tasha::
kawan se'isetan dulu + kemane2 pegi sama-sama. sekolah dulu, dia salu putos cinta sampai bengkak-bengkak mata. kelaka gila


::pina & shara::



::akhir sekali senyum ye kawan-kawan::
masok blog ni T_T. sorry la. tak glamor sangat masok blog aku. hihik.lain kali kita lepak lagi ye clazmateku! sekian.



p/s: rindoo korang. budak-budak 5 Dinamik. kelas akaun smktk. uhuk sorry aku tersasar jaoh. sekarang tak kenal akaun da, hakhak. filem yang selalu kat kepala hotak ni. hope kita semua boleh macam ni lagi, gelak-gelak & tahu perkembangan terbaru. cececeh. macam la lama sangat tak jumpa. last, raya aritu.

Monday, December 28, 2009

CANDID PHOTO CONTEST .

http://aku-halim.blogspot.com/ telah mengadakan candid photo contest. tarikh tutop mak aiii memang dah dekat sangat.31 Disember. so aku pon join tanpa segan silu :) bawah ni pic candid aku.


pic ni time kitorg, pelajar seni layar tengah menjalankan penggambaran utk public service and announcement betemakan one malaysia. so pic candid di atas semasa aku tengah meletakkan "nandek" kat junior ni, sebab dia belakon sebagai india.senget benget la aku buat "nandek" tu. kui3.

Kaki pow dapat habuan yang setimpal .


ok. disebabkan dia (adek aku) menggunakan henpon aku untuk tujuan perasan-perasan, so. aku pinjam muka dia untuk entry ni. kan muka dia macam model disebalik misteri, cuma kena pi slim world sikit la ok. T_T jangan nanges doe. kaw dah membuat satu perubahan drastik, tak makan nasik di tengah malam.


ok la. aku nak bagitawu. baru beberapa minit, tak sampai sejam pon, aku telah di pow oleh seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama zaqwan. dia adalah adek aku, yang memiliki kehebatan menge'pow org. ceritanya. aku ajak dia teman pi kedai komputer. lenggang lenggok lenggang lenggok, sekali tutop daa. so aku dengan konpidennya, "jom lah kite pi kedai dek". kedek kedek then sampai la kedai. adek aku tanpa ragu-ragunya menyambar semua mainan yang terpikat di hati. yang ni yang ni yang ni yang ni. semuanya 5 items. mampos! akak kaw banyak duetnya. suroh letak balik walau 1 item, tak boleh katanya. apa nak buat. BAYAR saja la oyy. naseb baek mood baik. kot tak baik, aku jual kaw kat tauke kedai tu.. so, kaw boleh maen mainan dengan riang gembiranya.



::dengan rakus telah dibuka oleh raksaksa (adek)::



::mainan dah penoh dua bakol kot, nak gak beli lagi ::




::aksi-aksi yang berjaya dilakukan, setelah menghabeskan duet aku, maseh::



::mulot itik mencebik::



::senyum kembali. takpela, aku dah nak balik uitm, sekali sekala nak belikan dia mainan::



::cuba menggari dirinya sendiri, atas kesalahan mengepoww duet akaknya ::



kesian zaqwan, dia mintak mainan banyak-banyak tu bukan apa, sapa nak main-main ngan dia. akak-akak and abang semua sibuk dengan........................................

::affan::

::bella::
depan komputer masing-masing.. haih..




::dek, kot kaw bengang-bengang ngan akak abang kaw, tembak kasik mampos dorg tu. tu lah akak belikan kaw pistol. tapi akak pandai gak. beli pistol tipu. so takdela kaw kehilangan abang and akak kaw betol-betol. so. apa kata tembak je dorg bila-bila masa kaw suka. yeah!! ::


aksi-aksi sifu samurai
p/s: dek pinjam sat noo..






::sesi perasan aku lama la jugak. tapi anda semua tengoklah si kecil tu. masih disitu, mengkaji mainan-mainan.::




::akhir sekali, silakan masokkan password ye cik kamaria hana, untuk memasukkan semuanya ke dalam dunia blog anda. harapan hanya impian. wah, dalam gambar tak nampak habok-habok yang bersemadi di laptop ku. tepok tangan ye kawan-kawan :) ok sekian untuk hari ini dan ketika ini.