Saturday, November 28, 2009

Harta Pusaka Aku Yg Baru Dijumpai.


Ok. Kali ni, dengan muka yang lebih mengganas awwuuummm! aku siap besedia nak mengemas bilik. terutama rak buku aku yang dah berapa lama aku tak usik. kejap aku kire, "unne rende munne nale" eh.. haa. dah hampir tiga tahun. haha. terok la. lepas spm je. aku busy kerja kat isetan, klcc. buku sekolah aku, aku tak usik sebab dalam hati, " adek aku nak guna nanti kalau dorang spm". ceyt. poddah. apa yg dorg guna.? takde apa pon. buku aku tak macam menggunong lak. tak kemas ke ape ke. pi lantak la. so. hari ni, aku dah saket mata sangat then memulakan aktiviti riadah dengan mengemas buku-buku zaman-zaman spm dulu. ahuhu..

oi botak ! apa kes kaw menyemak lagi ni.
berambos keluar bilik. ada je nak usik-usik harta pusaka aku.



peace ! ni lah rak buku yang dimaksodkan.?
cam hutan belantara tak.?
ye. aku bangga ada rak buku yang macam ni.
" senang nak carik buku". kah3.





ni baru satu plastic sampah ni korang nampak. yang bibik aku dah buang agak-agak berapa plastic.? haha. bak kata bibik " esok saya nak jual buku-buku ni , dapat la RM10 hengget boleh beli gula-gula". heh.?? lantak kaw le.





apa aku jumpa ??
tadaaa! korang mesti tak taw ni apa mende kan.? ni lah tempat kitorang letak punch card time keje kat isetan klcc. yela. taknak kasik komot katakan. buat la guna kertas yang keras. setahu aku la, kalau aku tak hilang ingatan lagi, ni ex aku punya. lepas dia buat baru tempat letak punch card dia, dia kasik aku yg lama ni. lama pon lama la. beguna tu. :) tapi apehal mende ni menyemak lagi.? nak buang ke pe.? ke buat kenang-kenangan.? wakakka. geli ketiak aku nak buat kenangan.






oo. ni pandangan hadapan. dia dulu kerja tempat jam. tu sebab gamba jam jam.





surat apa yang aku jumpa ni.? ouh. ni surat waktu aku sekolah teknik klang dulu. surat nak kasik kat ibu bapa mengatakan kena datang program "hati ke hati" tu. ambik report card la hoyy! aku ingat lagi, time tu lah bapak aku kata kat ckgu kelas aku yang aku nak pindah sekolah lama balik. aku dah tanak duduk sekolah teknik. kah3. bukan sebab apa, aku ada masalah la nak sekolah kat sekolah asrama, terasa macam masa tak cukop je. aku nanges2 taw. kekekkeke. taktik nak pindah sekolah dengan gaya yang "palinggggggg cemerlang". kalau tak, kaw ingat bapak aku kasik aku maen pindah-pindah sekolah. dulu, aku ambik kejuruteraan mekanikal tu. skarang, SENI LAYAR siap! (filem study) haha. jaoh aku tercampak ya.


ouh. kepada aimie harmelia. kaw hengat mende apa ni.? kaw letak gamba yang kaw lukes ni atas meja. hari last persekolahan, aku yg kutip menda-menda ni suma atas meja kaw. & aku simpan lagi. terer tak aku.? kah3.




ni pon kaw lukes. kan.?




buku apa ni.? tak rupa buku da. sebab mayb adek aku koyak-koyakkan. kawan-kawan aku time sekolah dulu tawu lah. aku dulu memang fanatik ngan si bawang merah tu. nia ramadhani. sebab kononnya ada satu pic aku dulu tu, mirip-mirip dia lah! (bukan aku perasan ek) tak caya tanye kawan-kawan aku la. blueks! ngan perangai jahat-jahat aku ni. wakakka.




bahagian dalam.


pic ngan kawan-kawan time sekolah. time sekolah aku sopan sikit kan.? agagagagga.
kalau kawan-kawan sekolah tawu kenyataan aku ni, mau kene penyepak.! sopan kononnnn.



selak lagi.


haa haa. haiyok! pic sape tu.? ngan laki mana tu.? pakai baju sama colour lagii.
alahai bodoh la. tu kawan baek aku dari sekolah rendah. tapi budak-budak kelas gosipkan kitorang dulu. haih.. budak-budak..




haa tgk. nia ramadhani lagi.. lagi.. & lagiiiiiii.


biodata aku. yang macam koyak-koyak tu, aku rasa tikos gigit! haha.


gambar yang dicantomkan ni, semuanya biodata kawan-kawan aku yang dorang ilhamkan untuk tatapan aku. heh. sayanggggggg korang taw. kreatif korang-korang ni ye joyahhh! tak sangka disebalik kerajinan aku hari ni, terjumpa gak aku mende-mende yang penting dalam hidop aku. kenangan zaman sekolah yang.. yang.. yang menceriakan hidop aku. ceceh. kot aku terjumpa apa-apa lagi, aku bagitawu la heh.?

ouh lupa ye! zaman sekolah-sekolah dulu, aku suka lukis gamba orang yang aku suka. tak perlu lah bagitawu nama dia k. tapi. pic yang dilukis ni, sorang lelaki yang aku suka dari aku darjah lima sampai aku tingkatan lima. & aku tak pernah couple time sekolah dulu. hehe. kira aku bertepok sebelah tangan la. :)

ni lak konon-konon rain la. kah3. tak berapa nak jadik sangat ye. harap maap. aku lukis pic dia sebab. aku suka dia. semenjak cerita full house tu. sekarang, skill melukis aku dah hilang. juga skill menyanyi. dulu time sekolah. pantang ada masa terluang, mmg aku kaki lalak dalam kelas. ok lah. tu je khazanah negara yang aku jumpa setakat ni. sekian.