ARIGATO GOZAIMASU.

Saturday, October 31, 2009

No camera .


Dulu-dulu time aku kecik-kecik. aku tak suka tangkap gambar. malu agaknya.sama macam adek aku ni la. dia ni pura-pura malu.selalunya tak pulak macam ni. pelik la aku. sekarang aku kaki tangkap gambar. eh maybe sekarang sindrom ni berkurangan atas faktor-faktor takde mood. kalau zaman sekolah dulu, mak oi.pantang aku jumpa kamera. dulu aku takde hp kamera.soooo. aku belasah hp bapak aku. dah pulak semua pic dalam hp dia tu pic aku. :DD

pic ni aku saja tangkap tadi lepas mandi sebab nak membezekan muka mandi dengan tak mandii.haha.

Friday, October 30, 2009

Xaxau .




Wah aku makin rimas duduk kat rumah ni.kot kalau pergi merayap tu takdelah bosan sampai macam ni kan.? kawan-kawan aku pon satu, semua tak cuti lagi. kenapa kolej korang tak kasik cuti sama dengan uitm aku ni.? senang sikit nak bergonjeng. nak kata keluar dating. aiseymen. boyfren aku uitm sarawak la pulak. main kayu-3??


aip aip.. amalan tak mulia tu. tak suka tak suka. so. mak bapak aku pon tak boleh nak halang dah. sebab aku 24 jam asyik mengadap muka boyfren aku! opssss sori pembetulan ye semua. aku asyik mengadap muka "bakal" boyfren aku ni melalui cerita boys over flowers. seronok lak kalau sekali sekala berangan kan.? ala.takya tipu la kalau perempuan tak berangan. akhir sekali, aku nak buat satu pengakuan ikhlas ni. aku dah jatuh cinta dengan dua hero kat atas tu. **wah malu la. semaken bodo diriku. ahh x dulik. janji aku happy :) makan nampak muka dia. mandi pon.tidur pon.tgk tv pon semua hero nampak cam muka dia even adik aku tengah tgk cerita mr bean. kire camni la. AKU DAH ANGAU.. "sorry boyfren! i terpaksa mengaku, i cintekan dia lebih dari u." haha.

Thursday, October 29, 2009

Budus Budus Haiyak!!

Jerawat batu satu atas btg hidong + aku pura-pura senyum je.
arrggghhh! sebenarnya aku tension la.
dah la isnin ni ada breafing kat rumah karya citra.
x syok la kalau 1 jerawat atas hidong ni mengurangkan keyakinan diri aku.
tak boleh jadik ni.
so, tiap masa & ketika..

Jeng jeng jeng!!

gunalah oxy10!!

ops ops!! STOP buat iklan ok.
dah la salah iklan. yg atas batang hidong aku tu oxy10 .
bukan clean & clear. ahh kesah..???
suka hati aku la kan.. :D

Tuesday, October 27, 2009

Zombi Kepala Hotak.


Hai semua. aku saja nak mendedahkan perangai bangang2 aku ngn kawan aku yg
sejak azali mmg dah bangang.haha. ops! takdela, time ni, kitorang rasa
macam takde assignment nak buat. eh.. bukanatakde assignment nak buat.
tapi. MALAS. itu je. tehehehehhe:P
SO.. kitorang pon buat keputusan utk meranapkan make up
yg sedia ade di dalam locker. konon2 nak conteng2 muka je.
tapi da ghupe zombi da ha. aduh. sunggoh x berkesan skill make up kami.hahaha.



Presenting, MARINA ILMAR anak pakcik ramli..
aku rasa muka dia lagi dasyat kan.? macam zombi nak merogol je.
mst korang rasa apa la yang kitoerang dapat dengan berkelakuan seperti 'nate' ni..

1.dapat meredakan tensen yang sekian lama terbelenggu dalam kepala hotak.
tu la entry ni bertitle "zombi kepala hotak".
2. dapat mencungkil bakat terpendam make up lain dr yg lain.
ternyata aku failed.lain jadinya. subhanallah..
3. dapat melihat prestasi posing dengan muka yg agak buat2 kejam.
4.skill tgkap gamba sndri dengan kamera henpon je.
5. menilai tahap kebangangan dalam diri.


ha kan.? muka si marina ni macam zombi perogol.haha

;0


opsas!! ni takda dalam senarai muka kejam yg kami plan k:p



ni lagi la takde!! haha. zombi memulakan posing dengan muka
yg KONON comel. aduhh.



buat pengetahuan semua. ni adalah iklan ubat untuk menghilangkan sakit kepala.



untuk menampakkan size mata yg berlainan..


Akhir sekali, aku.. dah macam org nak p kuil pon ada.
Chandramuki..!!

Monday, October 26, 2009

Babysitter Yg penyabar .


Salam semua.. Deepavali yg baru terlepas aritu, sepupu aku kahwin..
sepupu aku tu yg atas tu. dengan husband dia yg pakai spec tu.
Selamat Pengantin Baru to Eunice & Johny.




Semenjak aku dah balik rumah ni. takde ape yg boleh aku buat selain jage
anak tarzan yg ada kat rumah aku ni.
adek aku, yg berumur lingkungan 4 tahun.
*sangat buas
*kuat buli org besar
*kuat mencarot mengikot carutan yg pernah didengar dr kakak & abgnya carot
ketika bergadoh. haha.
*mengemas rumah yg x sampai seminit dikemas
*ikot dia pergi toilet sbb dia baru belajar x pakai pampers
*bergadoh tukar2 channel tv, sbb dia asyik nak tengok cerita cartoon je.

kesimpulannya, aku kakak yg baik, aku jarang nak belasah dia.
walaupon dia selalu menguji kesabaran aku.





Friday, October 23, 2009

Kuasa Allah swt .




Salam. sekarang ni heboh dalam paper, kat Kelantan & Kedah ada sejadah sembahyang.
Aku pon dgr dari kawan aku, ( yg rajen bace paper).
Bila aku dengar benda2 ni semua, aku rasa macam hari qiamat semakin dekat la.
mula la pikir pasal amalan yang x berapa nak ada ni.
ish. risaunya. harap-harap sempat la aku bertaubat,sebelom terlambat.
sekarang ni sejadah pulak yg sembahyang. mayb petanda, manusia kurang
mengerjakan ibadat. sampaikan sejadah pon boleh sembahyang n sujud pada Allah swt.
Astaghfirullahalazim..renung-renungkan lah kawan-kawan.

Tuesday, October 20, 2009

Praktikal 2 Bulan.


Salam semua. masih ingt lagi siapa pengarah pada cerita ni.?
erma fatima. aku mengagumi dia disebabkan dia salah seorang pengarah perempuan
di negara kita ni. bukan senang perempuan nak jadi director kan.?

haa. hari ni aku rasa lega sbb segalanya kat uitm ni dah hampir setel.
kuiz, assignment & hal praktikal semua da selesai.
boleh tidor nyenyak aku malam ni..

pada 2 November ni hingga 27 Disember, aku akan menjalani latihan amali/praktikal
di rumah karya citra. production house milik erma fatima.
doakan segalanye ok ye :)
dokek yo tompek praktikal 2 ngan umah den..
so boleh ulang alik la.

Monday, October 19, 2009

Macam Tak Caye . .





Macam x pecaye.. aku dah nak habes semester 5 yang gedebak gedebuk
macam nak mampos ni.
xlarat tol sem 5 ni, macam2 pressure la.
menyampah aku! pic2 yg kat atas tu, semua pic aku waktu aku semester 1.
cepat je masa berlalu. teringat la zaman2 senior induct kitorang..
then sem ni kitorg lak induct junior..
semua ni rase sekali je seumor hdop. aku xnak sia2kan masa gembire aku
kat uitm ni. walaupon banyak yang mendorong aku membenci tempat ni,
tapi.. aku ingat.. sinilah tempat aku menimba ilmu..
semua yg terjadi, sama ada kenangan manis, mahupon pahit,
ia tetap KENANGAN.. iye dok.?
:D

Sunday, October 18, 2009

Remaja Ku.. Eh zaman hingusan.


Waktu ni time aku form 5. mane 1 aku.?
tu ha, yg nampak pelik sikit..
pakai tdg kaler len dr org len..
dr kiri:huda,pina, marya, elia, hanie




zaman ketembaman muke ..huwaaaa.
dari kiri: pina, marya,elia, hanie





waktu ni open house rumah oyang..
wah. perbezaan yg ketare pada mata..
haha.
dari kiri: marya sepet, elia boolat




aiseh. aku dlu2 time sekola x dapat de nak merayap2 macam org len.
ni la petame kali aku kuar ngn kawan2 sekola aku.
bukak pose kat NZ..!
wakakaka. 2 je paling jaoh..
dr kiri; elia, marya




adeh. nyampeh tgk pic lame..
muke skema.
dr belakang; tqa,elia,tasha,clah
dr depan: pina,marya, kusniati






aku paling tggi..
yg len anak2 ikan je ha..
dr kiri; elia,tqa,hanie,marya,pina,tasha,kusniati





majlis izin ilmu..
aku sorg je x nanges. dulu aku jiwa kental.
sekarang ni.? cengeng..
ape dah jadik ngn aku.???salah siapa.???
dr kiri: hanie, elia, marya, huda





last day kat sekolah mengengah taman keramat.






hye hye.. ni sume paparan pic zaman sekolah ku.
burok lak ha muke aku. xley bla. & xley terima!
boleh pulak..?? haha. tapi aku kire maintain la dlu,
sekola2 mane de dating2.. x macam kawan2 aku yg len ni..
ngahahhahahhahha..

p/s: aku rindoo kawan2 sekola aku senanye..

Saturday, October 17, 2009

Atok Kandung Al Fatihah .






.AL FATIHAH.



Tanggal 15.10.09 atok kesayangan aku meninggalkan seluruh keluarga.
aku & family bergegas balik malam tu. sbb arwah dikebumikan sebelum org
sembahyang jumaat. sebenarnya, aku baru je kenal dgn atok kandong aku tu
3 tahun yg lepas. Ceritanya macam ni, arwah nenek aku kahwin 4.
atok aku yg meninggal ni,suami pertama nenek aku. lepas nenek aku lahirkan mak aku,
atok & nenek aku pon cerai. then nenek aku dah kahwin dengan 3 lelaki lain selepas tu.
Mak aku dari kecik bukan nenek aku yg jaga.. makcik mak aku yg bela dia sampai dia sekolah
menengah. Mak aku xdapat pon nak jumpa ayah kandong dia.


Aku ingat lagi, waktu sekolah rendah, mak aku ada curik-curik carik ayah dia.
Tapi x jmpe. sbb atok aku suke pindah-pindah. & Akhir sekali,
kitorg jmpe dia balik.Itu pon sbb dia balik dudok rumah pusaka dia tu.
Waktu tu nenek aku da sakit-sakit. so dia x marah pon mak aku pergi jmpe ayah dia.
Waktu aku spm iaitu 3 tahon lepas, baru aku kenal atok kandong aku.
sebelom ni, title 'atok' tu aku panggil kat atok tiri aku, iaitu laki nenek aku yg terakhir.
Semenjak aku kenal atok kandong aku tu, dia baik ngn family aku.
Yela, bayangkan la bertahon2 dia x jmpe kitorg. Entah2 dia penah tgk aku waktu kecik2
tu pon bukan ingat sangat. berbelas2 tahon baru kitorg boleh kenal2.
& tahon yang berkenaan tu, barulah aku kenal sepupu aku yg lain2.
mak aku anak tunggal. & atok aku ada isteri tua masa kahwin ngan nenek aku tu.
dia ada 6 anak. & kalau masokkan mak aku, so 7 org la.
sbb dorg 1 bapak. aku baru kenal cousin2 aku tu sume waktu aku umor 17 tahon.
& sampai hari ni, ramai lagi yg aku x kenal. sbb x berkesempatan.
Semenjak nenek aku meninggal baru la kitorg diperkenalkan.
sbb family risau ter'kahwin dengan sedara sendri.


*raya belom habez lagi, atok da meninggal.
*dah agak da, sbb banyak tanda2 dia nak pergi.
*dia x minum ais. tapi raya aitu banyak sgt minum ais.
*time kitorg nak balik kl, dia bg duet raya n suroh cium pipi dia, sebelum ni x pernah pon
suroh cium. baru aku tawu, 2 la kali petama n terakhir aku cium atok kandong aku.
*petama n terakhir kitorg raya dengan dia. siap ajak ayah aku masok hutan bakar lemang.
*banyak la tanda2 dia nak pergi tu. sbb dia macam nak menghabeskan masa
dengan anak, menantu n cucu dia ni..sbb berbelas2 tahon baru kitorg rasa
macam mana rasenye raya dengan dia.hari kebumi tu, aku asyik nanges je.
aku ni mmg cengeng. bukan ape, aku terkenang dia masa dia hdop.
bila nak balik kl, bonet kereta bukan penoh dengan beg baju, tapi penoh dengan buah.
atok aku mst nak bagi jugak ape2 utk dibawak balik..
ntah la, terkilan kot. sbb baru kenal dia dalam 3 tahon terdekat ni. hurmm :(


AL FATIHAH utk atok. semoge rohnya dicucuri rahmat :)






Thursday, October 15, 2009

papadom-arahan afdlin shauki


argghh. tensen2.. aku nak pi tengok jugak cerita ni.
bak kate kawan-kawan aku.

da best malay film.

nak tgk ngan sape ni.?
ishh..

Ape penyelesaiannya.?



rambot aku cepat panjang.
ape aku nak buat.?
org kate sbb syampoo terlampau kerap.
aku tiap2 hari syampoo.

20 tahon .




Tanggal 12 Oktober anak ini telah dilahirkan
di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.
Anak ini diberikan nama Kamaria Hana.
ulangtahon kali ini adalah ulangtahon yg ke-30.
ops! yg ke 20.

surprise dr housemate..
tenx kecik 4 da cake..:)

Come Back .

hye semua.. sorry sangat lama x update blog ni.
ada sbb ek.? sbb aku busy sgt..
sekarang ni aku da boleh relax sbb sume da setel.
jz tinggal final exam yg 1 paper tu je.haha.
1 je lak tu.. erm..
awl bulan 11 ni, aku praktikal. malas doe..
praktikal kat rumah karya citra, production house erma fatima.
aku suke aku suke.! hehe..:)


bukak cerita pasal hari skrin aritu.
short film aku x menang pon. saingan terlampau hebat.
ape pon mmg kawan aku tu patot menang..
short film bertajuk 5 rules arahan faiz armani..
aku x rase sikit pon terkilan. sekurang2 nya aku timba pengalaman
sebagai director. ye dok.?

ni pic tyme shooting yg aku xpat nak masokkan on time..


ni group pengarahan aku..


aku nak tergelak sbb ape ntah.. aku pon da terlupe..


lepas satu..then after raye aritu kitorg buat photoshoot kelas.
kene pakai baju ghaye.
tapi sorry la..aku xkai baju raye aku lak..

dak perempuan kelas aku.



asst director & director. cehceh..


bunge sekuntom di tepi telinge! muahahahha