Thursday, December 3, 2009

Teater Natrah dilanjutkan .

Pengumuman : Pementasan teater NATRAH akan dilanjutkan sehingga 13 Disember. kerana mendapat sambutan yang sangat memberansangkan. terima kasih .


Boleh lah make up hari-hari. suka wooo!


suka-suka pon, sedih jugak. tak dapat mesej botfren! asyik busy je. huwaaaaaaaa :((


terima kasih atas sokongan yang diberikan . NATRAH ISLAM! ALLAHUAKBAR! suara aku totally dah habis dek laungan ni.

Wednesday, December 2, 2009

Entry Si Busy ,


PITY HER.

. flashback mari : lokasi 7Eleven. kawan aku (kiri dalam gambar) tengah membayar. aku ternampak pisang sebelah kaunter pembayaran kat 7Eleven, kalau yang tak kenal perangai aku. meh aku bocor rahsia diri sendiri. aku memang suka gelakkan orang, meranjau orang gila-gila oink oink, after dat gelak sambil mengeluarkan "air mata maria". aku tak sangka la, kat 7e ada jual pisang seringget satu. aku suroh kawan aku beli. bawak balik office. dia taknak. then abang kat kaunter tu tanya, "nak ke..?" aku kata " taknak la, tu sesuai untuk ibu mengandong". akak kaunter sebelah tu tunjok kat kawan aku yang sedang membayar ( mangsa) sambil berkata dengan confidentnya "yg ni ke mengandong, akak da agak da..". belom sempat keluar 7e, aku dah gelak macam nak terburai usus. kesiiiiiiian kawan aku sorang tu. dia tensen, baju yang dia pakai tu agak besar. then tiba-tiba lak ada orang buat statement dia mengandong. haih.. kesian kaw ika. sabar lah ye. kesimpulannya, jangan la maen cakap je kak.. kan ke kawan aku dah malu gila, muka dia dah merah gila keluar dr 7e tu. dayah ( kanan dalam gambar) gelak sampai terkentot-kentot.


ni on da way balik dari sesi yang memalukan tadi. ;D


ika: apa pandang-pandang.? aku tak mengandong la. semua baju ni punya pasal..
aku : (sambil menangkap gambar) mana ada la ika. meh aku tangkap gambar dari tepi. usha perot sikittt!



Salam semua. sesiapa yang berhajat nak tengok teater NATRAH, tolong berhati-hati dengan makhluk di atas ye. dia akan mengeluarkan sejenis cecair berwarne hijau keluar dari mulotnya. makhluk ni dipercayai terlepas dari bilik eksperimen DR. MARYA dan sedang MENGGANAS di sekitar Istana Budaya. makhlok tersebot juga, menaiki skooter VS berwarna silver. baru-baru ini, makhlok ini telah menciom dan berguling-guling manja di atas jalan raya sekitar titiwangsa. gedebak gedebuuuuk. skang tak boleh join teater natrah da. AREN..


ni adek mr bean. dia baru ditemui di tepi semak samun sedang mencabot lalang.


ni aku. tak boleh kutok lebey-lebey ek. haha. aku dipaksa oleh mereka. kalau aku tak buat, aku akan dihumbankan ke lobang jamban berhampiran.


ali. anak berok yang baru masok kelab kami. welcome :)



+ DAY 1 +



+ DAY 2 +



+ DAY 3 +


aku suka join teater ni bukan pasal apa. aku suka kene make up. suka sangat. kalau make up sendiri tak suka. aku suka tadah muka je. nak-nak juru make up pro yang tulun make up. happy sekali :)) haha. hurm. sekarang aku nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati la ha.

*balik teater natrah dah malam malam buta.
* esok pagi kena masok pejabat pukol 10.
*dengan badan yang penat tak habes direhatkan lagi.
*tak dapat mesej boyfren.
*terkejar-kejar pergi istana budaya dari office kat wangsa maju.
*kot ada transport takpelah. TEKSI yang berjasa.
*kesian kat adek botak aku. aku tak dapat main ngan dia.
*pegi pagi balik malam.
*kena berlakon mende yang sama selama seminggu.


kesimpulannya : walaupon penat. tapi inilah pengalaman.





Tuesday, December 1, 2009

Perusoh-perusoh Teater NATRAH .


Salam semua. maaf sebab entry ni sedikit terlambat. disebabkan kesibukan yang melanda sejak akhir-akhir ni. seperti semua sedia maklom, aku kan kata aku dah tak terlibat dengan teater NATRAH. tapi.. kak erma suroh jugak budak-budak praktikal join teater ni untuk jadik perusoh. haa. atas ni pic-pic kitorang selepas disolek. ehem ehem. before solek pon takde la burok sgt k :) terima kasih kerana mempercayai kata-kata aku. ulangan: sebelom solek pon tak burokkkk sangat. kah3.



ni adalah satu malaysia. marya, fify yang sudah digelapkan, ika


selain menjadik perusoh yang berjaya, dila juga seorang pendandan rambot yang berjaya. ALLAHUAKBAR!


pantang aku nampak cermin. aku ada gak senyap2 tanya kat cermin tu. "cermin-cermin, dalam bilik ni siapa paling lawa?". tapi cermin tak jawab-jawab. kenapa hah.? takde orang lawa ke lam bilik ni.? MUSTAHIL...... cermin ni aku syak la kan.. bisu owh! ke sabotaj taknak bersuara.


aku tak suka menipoo. tapi.. KENAPA jadik begini.?? pinochio dah sumpah aku.


konon-konon aku make up sndri la. aiseh. ada la juru make up profesional yang menconteng dan mewarnai muka-muka kami. ni adalah percubaan atau lebih tepat lagi, SESI PERASAN.! harap malom ye puan-puan.


lagi lagi muka aku, aku dah bosan! kalau nak letak muka orang laen lagiiiiii aku bosan!!! haha :D


sebelum dan selepas make up. apa perbezaan ??


oyyyy.! aku benci tengok muke kaw. eh muka aku lagiii ke..? maap maap..


gadis melayu second last. yang terakhir vanida imran dah chop! so aku pasrah la jugak.. jadik yang second last pon jadiiiiiii..


ada ke rupa budak kampong.? pasrah jela menjadik orang kampong yang bersemangat waja untuk merusoh. wakakakka.



bosan gila menunggu. budak-budak laen pergi carik "pelanggan". wakakka. dah bunyik cam pelacor berjaya dah. subhanallah ...



macam mana nak buat rambot ni.? botak kan baru lah style..baru la syarifah amani.


ini hari pertama di istana budaya. kitorang merusoh dalam teater tu. sape-sape yang bercita-cita nak tengok teater ni, tiket paling murah RM30 hengget je! meh la datang ye. sampai sembilan haribulan je :) dapat la tengok aku ngan kawan-kawan menjerit-menjerit dengan laungan "ALLAHUAKBAR, NATRAH ISLAM, dan lain-lain". yeah. bak kata kak erma "yang perempuan-perempuan merusoh jangan nak terlari-lari macam gatal bijik kelentit! ". haha:D tapi baru aku rasa, bez jugak join teater ni. pengalaman kan.. then terasa macam aku betol-betol perusoh. untuk memperjuangan naseb NATRAH yang terpaksa balik ke Belanda arahan mahkamah. terpaksa berpisah dengan suami tercinta. waaaaaa. tu yang tak puas hati. kalau nak tengok rupa aku tengah marah (macam orang teran berak) maiii la ramai-ramai beli tiket teater NATRAH. beli kat istana budaya, di kaunter penjualan tiket. haa. kan da promote ni. sampai sembilan haribulan pon aku pakai baju ni. kot ternanpak atas pentas, tak SYAKKKK lagi la tu. MEMANG AKU !!

Saturday, November 28, 2009

Harta Pusaka Aku Yg Baru Dijumpai.


Ok. Kali ni, dengan muka yang lebih mengganas awwuuummm! aku siap besedia nak mengemas bilik. terutama rak buku aku yang dah berapa lama aku tak usik. kejap aku kire, "unne rende munne nale" eh.. haa. dah hampir tiga tahun. haha. terok la. lepas spm je. aku busy kerja kat isetan, klcc. buku sekolah aku, aku tak usik sebab dalam hati, " adek aku nak guna nanti kalau dorang spm". ceyt. poddah. apa yg dorg guna.? takde apa pon. buku aku tak macam menggunong lak. tak kemas ke ape ke. pi lantak la. so. hari ni, aku dah saket mata sangat then memulakan aktiviti riadah dengan mengemas buku-buku zaman-zaman spm dulu. ahuhu..

oi botak ! apa kes kaw menyemak lagi ni.
berambos keluar bilik. ada je nak usik-usik harta pusaka aku.



peace ! ni lah rak buku yang dimaksodkan.?
cam hutan belantara tak.?
ye. aku bangga ada rak buku yang macam ni.
" senang nak carik buku". kah3.





ni baru satu plastic sampah ni korang nampak. yang bibik aku dah buang agak-agak berapa plastic.? haha. bak kata bibik " esok saya nak jual buku-buku ni , dapat la RM10 hengget boleh beli gula-gula". heh.?? lantak kaw le.





apa aku jumpa ??
tadaaa! korang mesti tak taw ni apa mende kan.? ni lah tempat kitorang letak punch card time keje kat isetan klcc. yela. taknak kasik komot katakan. buat la guna kertas yang keras. setahu aku la, kalau aku tak hilang ingatan lagi, ni ex aku punya. lepas dia buat baru tempat letak punch card dia, dia kasik aku yg lama ni. lama pon lama la. beguna tu. :) tapi apehal mende ni menyemak lagi.? nak buang ke pe.? ke buat kenang-kenangan.? wakakka. geli ketiak aku nak buat kenangan.






oo. ni pandangan hadapan. dia dulu kerja tempat jam. tu sebab gamba jam jam.





surat apa yang aku jumpa ni.? ouh. ni surat waktu aku sekolah teknik klang dulu. surat nak kasik kat ibu bapa mengatakan kena datang program "hati ke hati" tu. ambik report card la hoyy! aku ingat lagi, time tu lah bapak aku kata kat ckgu kelas aku yang aku nak pindah sekolah lama balik. aku dah tanak duduk sekolah teknik. kah3. bukan sebab apa, aku ada masalah la nak sekolah kat sekolah asrama, terasa macam masa tak cukop je. aku nanges2 taw. kekekkeke. taktik nak pindah sekolah dengan gaya yang "palinggggggg cemerlang". kalau tak, kaw ingat bapak aku kasik aku maen pindah-pindah sekolah. dulu, aku ambik kejuruteraan mekanikal tu. skarang, SENI LAYAR siap! (filem study) haha. jaoh aku tercampak ya.


ouh. kepada aimie harmelia. kaw hengat mende apa ni.? kaw letak gamba yang kaw lukes ni atas meja. hari last persekolahan, aku yg kutip menda-menda ni suma atas meja kaw. & aku simpan lagi. terer tak aku.? kah3.




ni pon kaw lukes. kan.?




buku apa ni.? tak rupa buku da. sebab mayb adek aku koyak-koyakkan. kawan-kawan aku time sekolah dulu tawu lah. aku dulu memang fanatik ngan si bawang merah tu. nia ramadhani. sebab kononnya ada satu pic aku dulu tu, mirip-mirip dia lah! (bukan aku perasan ek) tak caya tanye kawan-kawan aku la. blueks! ngan perangai jahat-jahat aku ni. wakakka.




bahagian dalam.


pic ngan kawan-kawan time sekolah. time sekolah aku sopan sikit kan.? agagagagga.
kalau kawan-kawan sekolah tawu kenyataan aku ni, mau kene penyepak.! sopan kononnnn.



selak lagi.


haa haa. haiyok! pic sape tu.? ngan laki mana tu.? pakai baju sama colour lagii.
alahai bodoh la. tu kawan baek aku dari sekolah rendah. tapi budak-budak kelas gosipkan kitorang dulu. haih.. budak-budak..




haa tgk. nia ramadhani lagi.. lagi.. & lagiiiiiii.


biodata aku. yang macam koyak-koyak tu, aku rasa tikos gigit! haha.


gambar yang dicantomkan ni, semuanya biodata kawan-kawan aku yang dorang ilhamkan untuk tatapan aku. heh. sayanggggggg korang taw. kreatif korang-korang ni ye joyahhh! tak sangka disebalik kerajinan aku hari ni, terjumpa gak aku mende-mende yang penting dalam hidop aku. kenangan zaman sekolah yang.. yang.. yang menceriakan hidop aku. ceceh. kot aku terjumpa apa-apa lagi, aku bagitawu la heh.?

ouh lupa ye! zaman sekolah-sekolah dulu, aku suka lukis gamba orang yang aku suka. tak perlu lah bagitawu nama dia k. tapi. pic yang dilukis ni, sorang lelaki yang aku suka dari aku darjah lima sampai aku tingkatan lima. & aku tak pernah couple time sekolah dulu. hehe. kira aku bertepok sebelah tangan la. :)

ni lak konon-konon rain la. kah3. tak berapa nak jadik sangat ye. harap maap. aku lukis pic dia sebab. aku suka dia. semenjak cerita full house tu. sekarang, skill melukis aku dah hilang. juga skill menyanyi. dulu time sekolah. pantang ada masa terluang, mmg aku kaki lalak dalam kelas. ok lah. tu je khazanah negara yang aku jumpa setakat ni. sekian.